TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

22 Aug 2020

Teringin Nak Makan KFRY Tapi Selalu Penuh, Jadi "Book A Table" pada Website KFRY

Assalam wbt dan Hi,

Posting ini merujuk kepada website KFRY

Selalu kalau nak makan di KFRY IOI Mall Putrajaya mesti penuh! MESTI diulangi MESTI. Memang tak boleh jadi betul, takkan setiap masa penuh? Haha. Kalau pergi waktu hari berkerja baru nampak macam okay sikit tapi still penuh juga. Memang KFRY "buat duit" betul! Jadi, kalau nak jimat masa, tak nak penat-penat beratur nak cuba-cuba nasib, buatlah seperti kami. Hehe. Sudahlah jimat masa, dapat tempat duduk yang strategik pula. Memang seronok sangat! 

Sudah klik website KFRY, klik pada "Book A Table"


Isi tempat kosong seperti yang disuruh


Dalam beberapa waktu, sudah dapat email untuk membuat confirmation. Klik saja "Confirm Booking"

Ya Allah, mudah beneran ini ! Hehe

Jika korang tak jadi nak datang, jangan lupa reply email confirmation di atas untuk cancel a book. Kesian diorang nanti. Pada hari kejadian iaitu 22 Ogos 2020, kami pun datang. 15 hingga 30 minit sebelum masuk, korang perlu update kepada orang yang bagi nombor giliran pada hari tersebut.

Aku : Hi encik, saya ada booking table pada pukul 12 tengah hari. Dah boleh masuk atau masih perlu tunggu?
Kfry : Oh nama cik siapa, nanti kami akan panggil
Aku : Saya Fara. okay. 

Waktu kami sampai dalam pukul 1130 pagi, masih awal agaknya. Jadi kami masuk kedai FOS di sebelah betul-betul dengan Kfry. Dalam pukul; 1145 pagi, staff Kfry telefon dan kata sudah ada meja yang direservekan utk kami. Kemudian, rujuk semula kepada staff yang ambil nombor giliran tadi dan tunjuk email reservation. Nanti staff Kfry yang lain akan tunjukkan meja kita. Nah, tempat yang super strategik iaitu menghadap taman di dinding kaca itu. Hehe.

Nak order pun sudah begitu mudah, just guna QR Code, order di dalam handphone sendiri. Haha, so kalau salah order memang salah engkorang! Haha bukan salah staff. Bijak bijak! Lepastu dalam beberapa minit lepas kami ambil gambar, nah, dah sampai dah makanan!!!! Cepat gile. Oh ayam belum disalut cheese tak panas, memang boleh terus makan. Kalau nak ambil gambar dahulu, dipersilakan. Kalau tak nak salut cheese pun dipersilakan. Ada mulut, kau cakap. Haha. Kemudian, staff dia buatlah adegan salut-salut cheese pada ayam itu kan, alah yang viral itu kan. Kemudian, kepal-kepalkan nasi. Hoyyeh. Adik staff tersebut peramah, ajak-ajak borak dan tolong ambilkan straw. 

Kemudian, sangat polite, staff datang, puan order yang ini kan? (merujuk bumbuk cheese). Kemudian datang nasi belum dikepal, puan order yang ini kan? Kemudian staff lain lagi datang bawa air, puan order yang ini kan? Wakakaka.. dia panggil puan. baguslah bagi aku. hehe. ada orang datang tanya semua order dah sampai ke? Kemudian, ada staff lain lagi datang, order semua dah sampai ke? Kemudian kami dah mula makan, ada lagi staff datang tanya semula, order semua dah sampai ke? Hahaha. berapa kali korang nak lawat kami? macam VVIP pulak....Bersih pun iya. 




Apa yang kami order tak payah tunjuk ye. Hehe. Boleh merujuk kepada blog lain. Rujuk 1    Rujuk 2 

Aku rasa pengunjung yang makan di sini bukan sejenis lepak melepak. Siap makan, terus balik. Bagusnya engkorang eh, fikir pasal orang lain termasuk kami. Lepas kami muak nak makan, kami tapau bawa balik dan terus bayar. Sejujurnya kami bagi servis 5/5 bintang! 

No comments: