Sebenarnya memang ada sebahagian orang akan malu bila nak pakai emas Zhulian. Emas zhulian bukan emas betul seperti emas 916 dan emas 999. Emas zhulian ialah logam aloi yang disadur dengan emas 999 sahaja.
Kalau diikutkan kita pakai emas 916 sebab apa? Sebab kita nak show off kita mampu miliki, atau satu kepuasan, atau satu fikiran yang rasa nanti bila-bila susah boleh digadai? Sebab aku juga dulu ada fikiran yg sama. Alang-alang membeli, baik guna emas tulen 916.
Malangnya, duit tak cukup. Satu gram emas berharga RM250 masa itu. Aku simpan dua tiga bulan, jadi RM500. Aku beli rantai utk Nasuha tapi yg paling tipis gile iaitu dalam 1gram sahaja. Sekali rentap memang boleh putus. Jadi aku pakaikan time nak balik kampung sebab takut hilang. Sayang sangat.
Kemudian, selepas PKP, aku kurang duit jadi aku jual semula. Rugi sangat masa itu. Beli RM250 1 gram, jual balik RM208 utk 1 gram. Aku jual dan beli time PKP. Memang aku fikir nak cantik, dalam masa nak jimat duit, dalam masa yg sama boleh gadai bila tiada duit.
Masa aku simpan duit utk beli rantai emas, aku memang kurangkan shopping. Dan dapatlah simpan. Nasib naik 1gram lebih aje. Kalau yg sampai 6gram, 16gram, entah berapa lama nak simpan dan mengikat perut. dengan nak beli susu, barang mentah dll. Aku kurang sikit nak buat komitmen duit kutu utk dapatkan emas. Aku rasa mcm selfish juga, buat kutu utk emas sendiri. Sedangkan barang rumah belum beli.
Dari situ aku fikir, kat mana nak beli barang kemas yg murah tapi mmg gold plated dan cantik. So jawapannya Zhulian. Kalau korang tengok pun, boleh rambang mata tau... Aku yg memula tiada perasaan nak jadi ejen. Memula jadi ejen sebab nak belikan utk anak aje. Last2 aku terjebak juga.
1 comment:
Hai sis. Nak tny klu pakai, ada org boleh notice tak yg tu bukan emas tulen? Tq ye sis
Post a Comment