SHOPEE KAKNA
Sedikit sejarah tentang Pintasan Saloma, dibuka kepada orang ramai pada 2 Februari 2020 yang lalu mempunyai bentuk seperti Sirih Junjung memberi satu impak tradiosional dan simbol perpaduan rakyat Malaysia khususnya. Pintasan sepanjang 69 meter ini dibina dengan kos RM31 juta sepanjang termasuk kos konsultansi untuk membolehkan ia menjadi satu pintasan yang lebih kukuh. Binaan ini menghubungkan dua bahagian yang terpisah kerana Sungai Klang dan enam lane Ampang Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH). Projek binaan ini dikendalikan oleh PKB iaitu Kampung Bharu Development Corporation. dan direka oleh VERITAS. Ia menjadi titk kepada master plan untuk pembangunan Kampong Baru. Selain itu, pembinaan pintasan ini memakan masa selama 18 bulan.
Kalau kau orang teringin nak ootd cantik di Kuala Lumpur, bolehlah pergi ke Saloma Bridge atau Pintasan Saloma yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur. Ia menghubungkan kawasan Kg Baharu dan Jalan Tun Razak. Dengan adanya jejantas atau pintasan ini, penduduk Kg Baharu dgn mudahnya ke kawasan KLCC, sudah tidak perlu naik LRT.
Kau orang boleh parking di kawasan LRT Kg Baharu. Kalau waktu weekends tiada masalah, tidak disaman polis tetapi kalau hari berkerja, aku kurang pasti pula. Kalau nak naik LRT saja, stop di LRT Kg Baru dan pergi ke arah kiri.
Sedikit sejarah tentang Pintasan Saloma, dibuka kepada orang ramai pada 2 Februari 2020 yang lalu mempunyai bentuk seperti Sirih Junjung memberi satu impak tradiosional dan simbol perpaduan rakyat Malaysia khususnya. Pintasan sepanjang 69 meter ini dibina dengan kos RM31 juta sepanjang termasuk kos konsultansi untuk membolehkan ia menjadi satu pintasan yang lebih kukuh. Binaan ini menghubungkan dua bahagian yang terpisah kerana Sungai Klang dan enam lane Ampang Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH). Projek binaan ini dikendalikan oleh PKB iaitu Kampung Bharu Development Corporation. dan direka oleh VERITAS. Ia menjadi titk kepada master plan untuk pembangunan Kampong Baru. Selain itu, pembinaan pintasan ini memakan masa selama 18 bulan.
Sebenarnya, kerajaan telah mencadangkan projek pembangunan kampung yang sudah berusia 121 tahun itu menjadi Taman Warisan Melayu atau Malay Heritage Park. Di sini, 11 rumah tradisional akan dikekalkan. (kurang pasti rumah yang mana). Pembangunan 45000 rumah lagi iaitu jenis mampu milik mampu menarik lebih ramai orang Melayu tinggal di sini. Projek ini dijangka dimulakan pada Jun 2020 tetapi sebab MCO, mungkin ditangguhkan atau lain-lain.
Pintasan ini juga secara amnya menghubungkan Lorong Raja Muda Musa 3 iaitu 100m dari LRT Kampung Baru, Lorong Saloma dan kemudiannya ke Menara Public Bank di Jalan Ampang. Waktu siang, tak ramai terutamanya dalam waktu 2-3 petang. Tiada yang photoboom Hehe....
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment