TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

21 Aug 2020

Perlu Minta QR Code Daripada Staff Carsome Yang Menjalankan Transaksi Bank untuk Sertai REFER FRIEND CAMPAIGN CARSOME

Assalam wbt dan Hi,

Pengalaman Berurusan dengan Staff Carsome Kelana Jaya

Hari ini posting saya untuk memaki. Kahkahkah walaupun hari ini hari Jumaat yang mulia. Diharap posting ini akan dibaca oleh mana-mana staff Carsome dan BERINGAT ya...Kali ini menjual kereta di Carsome kurang puas hatilah. Daripada staff yang buat inspection/nego harga dan staff yang menguruskan transaksi di bank. kalau aku complaint di tempat yang betul, belum tentu diorang dengar. Jadi, aku harap adalah mata-mata, kaki-kaki staff Carsome, baca komen aku ini ya. 

Rate utk Staff Carsome yang buat inspection/nego
Rate 2/5. Kereta yang kami nak jual Honda. Sama ada nak capai KPI, nak kaya cepat, ke nak makan puji ke nak bonus besar, aku tak tahu tapi offer sikit sangat RM42k. Masa kami kata nak participate dlm bidding online kami letak RM52k then dia terus cakap, tak adanya orang nak beli mahal macam tu. Eh eh kau ini kan.... suka hati akulah nak bajet harga tinggi pun. Kemudian, aku sebut kalau tiada orang nak beli nanti kami turunkanlah sampai RM48k. Tibeeeeeeeeeeeeeeeeeer dia cakap, eh kalau RM48k, Carsome boleh bagi RM48k. (What the fish!) Eh, tadi masa first tadi kau nego dengan kami RM42k tanpa budi bicara ya. Kami nego RM46k kau pun taknak. Pebenda ah kau kan.... Gile

Rate utk Staff Carsome yg menguruskan transaction bank
Rate 0/5. Sampai lambat, janji pukul10 sampai dalam 1030. Lepastu suruh kami isi dulu form utk deposit cheque. Eh kau?? kau dibayar gaji utk buat semua benda itu. pebenda nak suruh orang pulak? Aku nak cakap, masa aku jual Myvi dulu, staff Carsome yg berurusan dgn kami kata, tak perlu isi apa-apa langsung! STAFF CARSOME BUAT SENDIRI A-Z, sbb dia kata, dia dibayar gaji utk itu, aku cuma tengok aje! langsung tak kata apa-apa pun kat bank Islam (loan kereta myvi). nampak tak beza?? then, tak respon bila wasap utk suruh buatkan e-batal sampai bang Ajid terpaksa telefon general line dan staff general line itu yang buatkan e-batal... Masa aku jual Myvi dulu, staff yg berurusan dgn aku kat bank itu yang uruskan, 10 minit aje weh dia buat, terus email! Lepastu lupa pasal QR code ktorang.

Aku ada menjual kereta di Carsome pada Februari 2020. Kemudian, refer bang Ajid untuk menjual di Carsome. Jadi ingatkan nak join kempen ini kot lah boleh dapat duit RM500. 



Aku memang menyumpah-nyumpah STAFF Carsome tersebut! QR Code itu memang staff yang melalukan transaksi bank yang perlu bagi tapi dia lupa bagi. Alasan dia kata, kenapa kitorang yang tak ingatkan dia??? apebenda tah?? Kesannya memang kena maki jugalah dgn bang Ajid kt telepon, plus aku komplen jugak kat dalam email. Tak perlu ya nak ingat-ingatkan ke hape. Staff itu sendiri patut wasap terus lepas kami tanya. time-time itu jugak nak buat, tak payah tangguh-tangguh. macam kau kata kau banyak kerja, kau fikir kau punya kerja aje ke? kau tak fikir kerja aku dengan bang Ajid tak banyak ke??? 


Jadi korang jangan rugi macam kami ya.. lepas buat transaksi bank, terus bagitahu kat staff Carsome tersebut, nak join Kempen Refer Friend Carsome dgn memberi nombor plat kereta kawan yg sudah menjual. Lepastu ingatkan dia utk ingat. Takkan kita aje nak remind! Jika tidak, korang tak layak nak join kempen ini dan tiada harapan dapat RM500!


Update untuk cerita ini, setelah telefon Carsome dan suruh mereka expedite, finally kami dapat QR Code tersebut tapi tak tahu lagi dapat ke tak.. result kempen ini pada 21 september. kalau ada rejeki adalah, kalau tiada rejeki, salah staff carsome pelupa tadi! Oh ya, aku ada call staff di general line, eh dorang semua okay so far. sangat membantu!! itu aku bagi star 5/5!!! 


Ini nak katanya, kerana setitik nila, rosak susu sebelanga. Aku jual dua-dua kereta di Carsome Kelana Jaya. tapi rezeki jual Myvi dimudahkan tapi jual Honda jumpa staff Carsome perangai yang nokharom. Seriouslah Carsome, kalau nak terus jadi brand yang bersinar, janganlah hire orang yang banyak lemak, pemalas macam ini. Menyusahkan orang aje. Aku tak kisahlah kau ada banyak masalah kat rumah ke, kau ada masalah dengan bos ke.. tapi kerja kau itu adalah servis kpd orang lain yg memerlukan. Kau kena ingat semua itu amanah. Kalau korang jumpa staff yg pemalas nego macam ini, korang tukarlah ke tempat lain. 

No comments: