Baru-baru ini, sekolah Naqib mengadakan minggu berkenalan dengan Frontliner. Sebenarnya mungkin anak-anak pun tak kenal juga dengan istilah Frontliner. Mungkin sepatutnya ditukar saja dengan konsep Pekerjaan tetapi tidak mengapalah kerana anak-anak berasa happy dan enjoy every moments. Gituh.
Oleh kerana ustazah sekolah Naqib lambat sangat bagitahu, jadi kelam kabut mama babah nak cari kostum. Kami cari juga di kedai Hari-Hari dan PKNS sebab hendak memilih kostum Ahli Bomba aka Fireman, namun tidak jumpa. Penat juga kami google tetapi tiada. Kalau ada pun di Shopee, mungkin sampai lewat pula. Nak pergi GM pulak belum tentu jumpa sebab GM Klang boleh tahan besarnya. Baik-baik nak beli baju bomba kang terrrrbeli benda lain.
Cari punya cari punya cari, kami jumpa dengan Azam Perkasa Resources. Tolong google map atau waze. Parking pun banyak. Alamatnya ialah.
No 74, Tingkat 2, Jalan TP 7/2, Taman Perindustrian UEP, 40300 Subang Jaya, Selangor
Kalian boleh masuk terus, naik lif ke tingkat 2. Boleh nampak bangunan ini di tepi jalan menghala ke McD seksyen 22.
Bukan setakat kostum pekerjaan, malah binatang seperti buaya, singa dll pun ada. Mungkin untuk pertandingan bercerita.
Azam Perkasa ini memang menjual pelbagai barangan keperluan Sekolah Tadika. Macam-macam ada. Best betul macam pergi Indoor Games hehe
Cuma, suka saya ingatkan yang kostum ini TERHAD sehingga saiz 15 sahaja. Saiz 15 standard utk budak-budak umur 6 tahun dan ke bawah atau umur-umur lain tapi saiznya kecil. Okay, nah ini nombor wasapnya kalau korang nak contact. www.wasap.my/+60122770375
No comments:
Post a Comment