Setelah
bertangguh selama 2 bulan untuk menulis catatan Cambodia, hari ini aku
berkesempatan untuk menulis pengalaman kami ketika di Cambodia. (Percutian ke
Singapura tempoh hari pun belum sempat nak kongsi.. hak aduuuh)
2 Oktober 2019
Pada
mulanya cadangan hendak parkir di Putrajaya Sentral namun oleh kerana bas
terawal hendak. Perjalanan kami dimulai dengan bas dari Terminal Bas Bersepadu
ke KLIA 2 kerana tiket kami agak awal, jam 640 pagi dari KLIA2. Tiket bas dari
TBS ke KLIA 2 ialah RM11. Harga rate parking di TBS pula, RM10 untuk hari
pertama dan hari-hari seterusnya ialah RM6. Jadi jumlah untuk parking dan tiket
ialah:
Parking
(3 hari) = RM10 + RM6 + RM6 = RM22
Tiket
bas = RM11 + RM11 = RM22 (bas ke KLIA1 dan KLIA2)
Setibanya
di KLIA2, kami solat dan tunggu waktu berlepas. Selepas 2 jam di atas kapal,
kami tiba di bumi Cambodia. Wah! Selamat datang! Seperti biasa, tips untuk
menghadapi Pegawai Imegresen di mana-mana negara pun bersedia, greeting Selamat
pagi Selamat malam, kalau tertidur di dalam flight tadi boleh basuh muka dulu.
Kita datang tempat orang jadi kita kena hormat budaya orang lain.
Simkad
; Keluar saja dari
perkarangan airport, driver tuktuk kami sudah sedia menunggu kedatangan kami.
Namanya panggilannya Abg Salim. Sementara menunggu dia mengambil tuktuk dari
parking, kami beli simkad Smart berharga USD5 18GB untuk 3 hari dan kongsi
sahaja. Kami rasa, lebih mudah jika beli di airport berbanding beli di
kedai-kedai lain sebab nak kena berhenti lagi. Leceh!
Pemandu
Tuk-Tuk di Siem Reap ; Korang
boleh contact Abg Salim di nombor whatsapp ini, +85598571840. Orangnya sangat peramah dan
boleh bercakap Bahasa Melayu, jadi kami rasakan lebih mudah. Hanya bagitahu
itinerary korang kemudian dia akan tolong fikirkan sama ada sempat atau tidak,
boleh atau tidak.
bergambar dengan Abg Salim, driver Tuktuk kami
Matawang di sini ialah USD atau Riel. USD 1
bersamaan 4000 Riel bersamaan RM4. Lebih kurang begitulah. Yang agak pelik di
sini, kedua-dua matawang boleh diterima pakai. Kadang-kadang bayar dengan duit
USD tapi baki dalam duit Riel. Pada pendapat aku, better korang buat tukaran
USD saja di Malaysia dan Riel ditukar ketika di airport Siem Reap. Itupun tidak
terlalu banyak. Kami memilih untuk tidak menukarkan duit ke unit Riel kerana
ketika kami membeli barang, banyak saja baki dalam unit Riel.
Masa di sini lewat sejam dari Malaysia
maksudnya jika di Malaysia pukul 4 pagi, di sini sudah 5 pagi. Waktu solat
boleh rujuk di internet.
Tips
paling berguna ialah sila bawa mask / topeng muka sebab di sini agak berhabuk. Yelah
bayangkan Kawasan Siem Reap ini terletak di tengah-tengah tanah besar Asia
Tenggara tetapi keadaan tanahnya seperti berada di tepi pantai yang berdebu dan
berpasir. Memang kurang sesuai kalau bawa anak-anak kecil.
Oleh
kerana pengembaraan kami bertema jimat selagi boleh, kami tidak masuk ke
tempat-tempat berbayar. Hanya ambil gambar di luar sahaja. Siap bawa kurma
takut lapar. Hehe. Itinerari telah saya kongsi di sini. Kami memilih untuk
tinggal di Serkirin Mary Angkor Villa kerana harganya yang agak murah iaitu USD28 untuk satu malam. Kami booking dua malam, jadi total ialah USD56 bersamaan RM115. Mungkin untuk kawasan hostel, boleh dapat lagi murah.
Kawasan ini juga dekat dengan kedai makan yang halal, Night Market dan Pub
Street. Syukur kami boleh check in awal di sini.
Plug di sini sama seperti di Malaysia. Jadi jangan risau kalau tak bawa adapter yang sesuai.
Kemudian
kami menuju ke Sungai Mekong, sungai terpanjang di Asia Tenggara. Kata Abg
Salim, pada awal tahun 2019, Sg Mekong pernah surut ya, yang tahap kering
kontang sebab kemarau. Baru-baru ini air baru naik cuma airnya agak kotor
seperti Sg Kelang. Kalau hendak naik bot menyusuri Sg Mekong, harganya USD20
tetapi kami tidak pergi, hanya ambil gambar.
Seterusnya
dalam perjalanan pulang, kami pergi ke Lotus Farm. Lotus Farm ini agak besar,
di kiri dan kanan, korang boleh lihat pemandangan yang indah. Lotus atau
teratai, bunganya boleh dibuat minuman dan ubat. Malangnya semasa kami di sana,
baru sahaja selesai proses menuai jadi teratai yang tinggal tidak banyak.Di
tengah-tengah Lotus Farm juga terdapat pondok-pondok kecil untuk korang rehat,
makanan juga tersedia. Di sini juga ada toilet tau, so jangan risau kalua nak
terkucil. Haha. Harga untuk masuk sini ialah USD0.50 seorang. Korang boleh masukkan duit di dalam tabung yang disediakan di bahagian pintu masuk, tiada orang yang jaga jadi tinggal honesty pays the fare.
On
the way nak balik, kami singgah di sebuah sekolah berwarna biru. Sekolah mereka
di sana sama saja seperti di Malaysia, ada tadika, sekolah rendah, sekolah
menengah dan university. Cuma mampu atau tidak saja ibu bapa hendak sekolahkan
anak-anak mereka. Beruntung jika boleh bersekolah kata Abg Salim. Sebabtu Abg
Salim bekerja keras supaya anak-anak mereka boleh bersekolah seperti biasa.
Driver tuktuk kami itu hanya bersekolah sehingga darjah 3 sahaja kerana kurang
berkemampuan. (bersyukur ya !)
Kami
berjalan-jalan sebab nak lihat culture orang di sini. Jadi, kami singgah pula
ke perkampungan di Cambodia ini. Katanya, kampung ini memperoleh dana kerajaan
sebanyak USD40k untuk dimajukan dan ditimbus. Dahulunya kampung ini atas air
dan tak banyak fasiliti. Sekarang sudah ditambak dan kenderaan boleh keluar
masuk kampung dengan mudah. Kami pun tak tahu nama kampungnya sebab Abg Salim
sendiri pun tak pasti. Tiada signboard nama di sini.
Sebelum
makan tengah hari, kami pergi membeli tiket ke Angkor Watt. Abg Salim ikut
sekali masuk ke dalam kerana penjual tiket di kaunter kurang pandai (kot)
berbahasa Inggeris. Jadi takut tersalah beli. Mereka akan tanya Tarikh nak
pergi. Contoh “3 Oct?” korang jangan tak alert. Kang, dia salah print tiket
ha,,, terpaksa follow Tarikh itu. Dorang takkan print semula tiket ya… bahaya!
Dahlah harganya USD37! Okay, di atas tiket itu akan print sekali gambar kita
untuk mengelakkan penipuan. Hehe. Nanti perlu bawa tiket di setiap Angkor yang
kita pergi, penjaga dia lain-lain.
nampak tak ada muka kita kat situ. hehe. harganya USD37 seorang untuk satu hari. Harga berbeza mengikut pakej hari yang korang nak pergi.
Kemudian, alang-alang itu kita beli pula tiket bas dari Siem Reap ke Phnom Penh. Kami pilih Mey Hong Transport sebab harganya yang agak murah iaitu USD10. Yang paling glamour kat sana ialah Bas Giant Ibis dan Mekong Express yang kita boleh beli secara online tetapi harganya USD16! mahal jauh tu! jadi kami agak jimat di sini. Okay semasa nak pilih tempat duduk, penjual kata nak pilih atas ke bawah? aku pilihlah atas sebab kalau bas double Decker aku memang tak suka kat bawah tetapi lepas penjual tiket itu explain, baru aku faham maksud bawah atau atas . haha.. nak tau? stay tune utk pos seterusnya!
dorang janji nak jemput kami di hadapan hostel pukul1030 malam. dan free! jadi jangan risau ya.
On
the way nak lunch, kami melalui Hard Rock Café Siem Reap tetapi hanya mampu
ambil gambar saja sebab mahal sangat pulak tumbler dorang. Hehe. Lepastu kami
ambil gambar pula di Wooden Watermill Wheel Angkor. Alah, Abg Salim yang tolong
ambilkan gambar pun. Haha.
Waktu
lunch, kami makan di kedai makan terdekat di sini ialah Restaurant Backpackers.
Harga makanan di sini adalah serendah USD2.50 hingga USD5.50 paling murah.
Kalau di tempat-tempat lain mahal sangat. Kami makan nasi dan lauk. Lauknya
banyak sangat-sangat yang boleh share dua orang sebenarnya tetapi yelah kami
tamak. Haha… lagipun pagi tadi tak sarapan. Kemudian, kami izinkan Abg Salim
pulang sebab boleh saja nak jalan kaki ke hostel kami yang sekangkang kera. Di
sini dekat juga dengan Masjid Naekmah jadi boleh dengar azan time waktu solat.
Selepas
rehat selama dua jam di bilik, dalam pukul 4 petang, Abg Salim sudah menunggu
kami di luar hostel. Abg Salim mengajak kami ke gerai berdekatan, yang sebenarnya
milik makcik dan isterinya. Haha. Makciknya menjual air tebu. Air tebu di sini
agak lain kerana manis buah tetapi warna tidak pekat dan akan dicampur dengan
perahan limau Kasturi. Oh ya harganya USD1. Kemudian, kami membeli sosej 3
keping USD1.
siapa yang terfikir bagaimana rupa sosej ? macam di atas.
selain itu, di sini ada jual etok-etok (sebelah kiri), harga untuk 1 tin susu berharga 400 riel saja. etok-etok ini boleh dimakan begitu saja selepas dipanggang. ayam panggang pula berharga USD2. laku sangat yach! confirm habis!
Selepas
berbual agak lama, kami meneruskan perjalanan ke Prom Promreath Pagoda. Di sini
ialah living temple iaitu tokong pengamal agama buddha. Ada sesetengah temple
atau kuil, penganut agama lain tidak dibenarkan ke sana kerana menjaga
sensitivity. Kami lihat di sana sedang dijalankan satu program “nazar mereka”,
tidak tahu pula mengapa sebab malas nak tanya. Penyumbang tokong itu juga ada
yang datang dari Malaysia.
Gambar di sepanjang perjalanan kami.
banyak sangat kedai-kedai di tepi jalan tetapi kami tidak beli langsung sebab ragu-ragu dengan status halal.
di sini ada banyak jenis grab yang boleh kita book melalui apps. (kalau korang nak lah)
kedai runcit juga banyak sangat tapi tutup awal betul.
Kemudian
kami jalan-jalan ke Cultural Village yang terletak di Kawasan agak bandar.
Sebenarnya kami sudah melaluinya tadi sebelum tiba di hostel. Harga untuk masuk
ke Cultural Village islah USD20 tetapi kami tidak masuk ya. Kalau korang nak
masuk perlu memastikan masa agak lama iaitu dalam setengah hari kerana pelbagai
acara tempatan yang mereka sediakan seperti majlis perkahwinan, majlis
pertunangan dll. Kalau korang berminat dan teringin nak masuk, better
menggunakan khidmat driver tuktuk korang untuk membelikan tiket sebab harganya
lebih murah, iaitu USD10 setiap orang. Jimat separuh harga!
cultural village
Seterusnya
kami pergi ke Night Market dan Pub Market untuk membeli buah tangan. Habis juga
USD16 di sini. Kalua korang nak tanya mana yang lebih murah, jawapannya Night
Market! Haha. Murah gila tapi barang-barang mungkin agak outdated dan kotor
sedikit, sudah lama sebabtu murah. Lepastu korang kena nego dan tawar-menawar
sampai boleh jadi murah gila!!! Haha… jika di Pub Market, dorang kurang melayan
kalau tahu kita hanya bertanya harga saja.
Pub Street
Selepas
penat bershopping, sementara menunggu Abg Salim menjemput kami, kami duduk di
bangku di tepi sungai sambil menelefon Naqib dan Nasuha. Kasihan tak ikut.
Hehe. Kami habis USD16 untuk barang cenderhati.
Dinner
kami makan di Restoran Wau tidak jauh daripada Restoran Muslim Backpackers.
Harga makanan di sini agak mahal berbanding Restoran Muslim Backpackers. Jadi
kami memilih untuk berkongsi lauk saja. Selepas
itu menapak balik ke hostel dan singgah ke kedai runcit membeli ais krim
sebelum rehat. Esok Abg Salim berjanji untuk menjemput kami seawall jam 5 pagi.
makanan di Restoran Wau berharga USD9 dan aiskrim berharga USD3 utk dua batang aiskrim.
siput (jenis boleh dimakan) juga dijual di sini ya! harganya tak ingat tapi kata bang Ajid kita emang sedap oi! haa gambar kat sebelah kanan itu ialah sosej yang baru lepas dipanggang. dijual di tepi jalan. kalau ada yang jenis memikirkan kebersihan maybe macam tak lalu nak makan kot. haha.
Untuk review makan di Restoran Backpackers, saya akan kongsikan pada post yang akan datang. Tunggu!
Lihat juga.
Trip Cambodia 2019 (Bahagian 1)