Hari ini saya ingin kongsikan DIY Jam Hiasan daripada bahan-bahan yang terdapat di Kedai ECO. Seriuosly ECO. Memang nampak menarik sangat-sangat! Buat apa bayar lebih jika boleh berjimat? Hehe.
Barang-barang yang diperlukan,
1. Jam
2. Sudu plastik
3. Chopstik
4. Gam
Langkah 1 : Mula-mula lekatkan chopstik pada bahagian belakang jam mengikut bahagian jam 12, 3, 6 dan 9. Kemudian, lekatkan pula di tengah-tengah antara 12 dan 3, 3 dan 6, 6 dan 9 & 9 dan 12.
Langkah 2 : Susun sudu seperti gambar di atas dan tampal bertindih.
Tarra!! dah siap dipasang di dinding. Cantik bukan?
Kredit idea daripada kakak saya. Hehe.
No comments:
Post a Comment