TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

13 Dec 2019

Contoh Gambar-Gambar Akuarium Yang Sudah Dihias sebagai Inspirasi

Assalam wbt dan Hi


Kalau korang beginner macam kami, mesti dok terfikir apalah nak tambah untuk akuarium ikan. Jadi, saya suka untuk berkongsi inspirasi akuarium yang kami nampak di kedai. 

Kami simpulkan, untuk mendapatkan akuarium yang cantik, perlu ada pokok dan batu besar. Batu apa sesuai digunakan untuk akuarium air tawar? Boleh rujuk di sini. 


HASIL AKUARIUM KAMI :)

Batu 1kg = RM8
Pokok yang hidup atas kayu = RM15 
(Kalau pokok sahaja, mungkin RM8, mengikut jenis pokok)
Anti klorin = RM8
Makanan Ikan yang tertulis mengandungi vitamin dan zat = RM4.50
Kayu untuk ikan menyorok (harga mengikut saiz) = RM4
Jaring ikan = RM3.50

Sekarang jumlah wang sehingga kini (Lihat Start-up Akuarium)

RM116.50 + RM43 = RM159.50 ~ RM160.

Kata penjual ikan, bukan semua batu boleh dimasukkan di dalam akuarium. Kami beli batu yang ada di kedai saja, lepastu pilih yang ala-ala boleh berdiri untuk diletakkan di bahagian penjuru. Hasilnya sangat memuaskan sebab ikan suka bersembunyi di tepi batu-batu. Ada juga yang menyorok di sebalik kayu dan pokok. Tujuan batu, kayu dan pokok, bukan sahaja untuk mencantikkan, malah untuk menghasilkan nutrien yang sesuai untuk ikan. Contohnya satu hari terlupa nak memberi ikan makan, dari tiga benda inilah ikan mendapatkan makanan. 

Contoh 1

Contoh 2

Contoh 3

Contoh 4

Contoh 5


Contoh 6 - Yang ini ikan air masin kerana ada batu karang



Itu saja untuk hari ini. Semoga bermanfaat. 



No comments: