TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

26 Dec 2019

Kenali Buah Epal Laici iaitu Buah Matoa

Assalam wbt dan Hi,

SHOPEE KAKNA

Hari ini saya mencari informasi berkenaan buah epal laici yang ayah saya tanam di Melaka. Kata ayah, namanya buah epal laici iaitu buah laici yang bentuk dan warnanya seperti epal. Saya cuba google di internet, apakah nama saintifik untuk buah ini, ternyata tidak jumpa di dalam web berbahasa Inggeris. Namun sangat mengejutkan saya kerana saya jumpa informasinya di dalam web berbahasa Melayu ! Saya sangat kagum kerana ada manusia yang baik hati mahu berkongsi ilmu tentang ilmu Argo Teknologi. 

Saya ambil informasinya di sini (WEB ANIM AGRO TECHNOLOGY)

Terima kasih Tuan kerana berkongsi ilmunya, saya kredit blog Tuan. Ayatnya saya olah sedikit. 

Hebatnya Buah Matoa ini kerana juga dikenali dengan nama BUAH TIGA RASA iaitu ada rasa Epal, Laici dan Durian ! 

Bentuk luar seperti epal tetapi isinya seperti laici dan bijinya seperti durian. Atau mungkin seperti rambutan. Rasanya agak manis dan adakalanya terlalu manis. Kita perlu kopek dahulu kulitnya sebelum makan isinya. 


TANAMAN BUAH MATOA (Pometia pinnata) atau buah tiga rasa mula mendapat tempat di hati pengusaha tanaman buah-buahan di Malaysia khususnya dibeberapa negeri seperti di Melaka, Sarawak, Pahang dan Negeri Sembilan. Pokok daripada keluarga Sapidaceae ini unik kerana ia masih kurang popular sebab ada yang kata ia adalah buah Nadir. Dikalangan orang di Malaysia kurang kenal buah Matoa atau Buah Kasai akan tetapi sudah popular di negara jiran Indonesia dan beberapa negara tropika lain didunia. Pokok ini natif di Asia Tenggara termasuk di Malaysia yang tumbuh dikawasan tepi sungai dan ada dikawasan Asia Pasifik. Tumbuhan ini juga adalah spesis pokok kayu keras tropika yang besar juga dikenali dengan nama lain sebagai Matoa, Pokok Taun, Laichi Pulau dan Tava. Ada dilaporkan sesetangah orang Malaysia yang memanggilnya sebagai Buah Kristal dan Buah Kasai

Bentuknya seperti epal tetapi rasanya seperti laici

Pokok buah adalah sejenis tumbuhan yang pokoknya besar dan berbuah sekali dalam setahun dan biasanya berbuah pada bulan September, Oktober dan November setiap tahun. Ia mampu tumbuh sehingga ketinggian lebih 30 meter (100 kaki) dengan mempunyai daun berbentuk pinnate dimana pokok ini mampu menghasilkan buah yang boleh dimakan berwarna hijau kekuningan dan merah gelap apabila masak. Buah yang berukuran 4 cm panjang ini mengandungi isi yang seakan buah longan atau laici dimana manis serta banyak khasiatnya. 

Walau pun buah Matoa amat jarang dijual dikedai buah-buahan akan tetapi apabila musim banyak buah mereka yang bernasib baik sahaja akan boleh jumpa untuk mendapatkannya. Penulis blog berpeluang melihat sendiri akan pokok matoa yang ditanam di Melaka dimana ia telah dikomersilkan. Ditanya mengapa menanam pokok Matoa kepada pengusaha tersebut dinyatakan dimana dari segi pengurusan tanaman didakwa pokok Matoa mudah dijaga dan diuruskan. Benih boleh ditanam daripada biji matoa yang disemai dalam semaian sehingga ia sesuai untuk dipindahkan. Lazimnya pokok buah matoa ini sesuai dengan cuaca Malaysia dan boleh dimajukan. Pokok ini juga memang perlukan cuaca yang ada hujan dan panas dengan sinaran cahaya matahari yang banyak. 

Daun jenis pinnate

Buah Matoa adalah salah satu jenis buah yang popular di negara jiran Indonesia. Di Malaysia bagaimana pun ia lebih dikenali sebagai Buah Kasai atau Buah Terajang. Buah Kasai agak mudah dijumpai di Sepanjang Sungai Pahang dan di Sibu, Sarawak. Di negara jiran Indonesia pula buah ini popular dibeberapa lokasi seperti di Papua, Maluku iaitu di kawasan Indonesia Timur. Pokok ini mempunyai akar tunjang dengan mampu tumbuh dengan ketinggian 20 - 40 meter dan diameter batang sehingga maksima akan dapat mencapai 100 cm.

Khasiat?
1. Pertama di didakwa kaya dengan bahan vitamin dan mineral dimana membekalan zat tersebut dengan kadar banyak. 
2. kandunagn vitamin yang tinggi ini adalah untuk Vitamin C dan Vitamin E yang ada tidakbalas bebaskan radikal bebas. Vitamin C juga berguna untuk ianga dapat mempertahankan sistem kekebalan tubuh. Dalam pada itu  vitamin E dapat membantu memelihara kesihatan kulit dan kesuburan kejantanan lelaki. 
3. Dalam buah yang isinya agak kenyal ini terkandung pula beberapa mineral seperti kalsium (Ca) dan Kalium (K). Khasiatnya didakwa mampu merawat untuk elakkan penyekit Kronik seperti sakit jantung, stroke dan diabetis. 
4. Buah matoa ternyata juga kaya akan unsur seperti Tanin yang merupakan unsur Antioksidan.  Kajian lebih lanjut boleh dan perlu dibuat mengenai kehebatan khasiat buah matoa. 
5. Buah matoa juga mampu menghalang bakteria yang masuk kedalam saluran pernafasan dan ia juga berfungsi sebagai antibiotik. Antara khasiatnya didakwa ia membantu mengawal masaalah tekanan darah tinggi sama ada daripada bahagian isi buah ataupun bijinya serta ekstrak daripada daunnya. 
6. Ekstrak buah matoa didakwa mengandungi unsur yang bersifat diuretik dimana ia akan  meningkatkan jumlah cairan yang dikeluarkan dari dalam badan. Ketika cecair ini banyak dalam badan maka tekanan darah akan otomatik akan meningkat. Kemudian apabila kadar cairan kembali normal membolehkan ia menjadikan tekanan darah turun. Kehebatannya dimana dengan mengambil sebanyak 100 mg ekstrak matoa akan dapat membuang air dan garam melalui urin kencing sehingga tekanan darah seseorang boleh menurun. 

Wallahualam....


Untuk bacaan lanjut, boleh klik pada link yang saya kongsikan di atas. Kalau ada sesiapa yang ingin meneruskan kajian, dialu-alukan dan jangan lupa kongsikan kepada saya nanti kerana saya ingin pun baca. 

No comments: