SHOPEE KAKNA
Hari ini kami berpeluang makan di Restoran Chef Ammar, USJ 4 Subang Jaya. Restoran ini sangat popular ya untuk penggemar nasi arab di Subang Jaya. Mungkin harga agak mahal tapi berbaloi rasa dan kuantitinya. Saya boleh habiskan maksudnya nasi sejenis bukan cepat kenyang kot. Berbanding saya makan di Restoran Mozers, sepinggan tak mampu habiskan.
Restoran ini mungkin agak sempit tetapi kapasitinya dalam 50 orang kot. Bolehlah korang reserve kalau nak. Kami tadi datang dalam pukul 12 tengah hari jadi belum ramai. Parking tak banyak tapi kebetulannya kami tadi dapat parking betul-betul depan pintu, Alhamdulillah dimudahkan. Untuk pengetahuan kalian, Chef Ammar juga menjadi peniaga tetap di infamous Bazar Ramadhan USJ, walaupun dibuka seawal 4 petang, memang ramai juga beratur panjang untuk membeli juadah berbuka mereka.
Mandy chicken berharga RM22 sepinggan. Nampak bulat di tepi, sebiji telur sebenarnya. Kuah black pepper sedap tetapi kuah pedas bukan taste saya. Acar sayur agak masam untuk saya.
Bagi kami, kalau dah makan appetizer dah kenyang. haha. kesian perut.
Nampak tak ketuhar pizza restoran ini, memang bakar asli tau, so kami sangat teruja tetapi oleh sebab datang sini sangatlah lapar, jadi kami pilih untuk makan nasi
Harga untuk secawan air juga agak mahal. Kami memilih air milo dan harganya RM5.00. Hehe. What do u expect? Tapi menariknya di sini ada pizza restoran made. Yang dibakar dari ketuhar asli, memang nampak sedap. Saiz besar berharga RM35 - RM45. Saiz kecil lebih murahlah. Kalau beli roti appetizer lain, harga seperti yang saya share. Kalau korang terfikir nasi apa yang paling murah, jawapannya Nasi Mandy Chicken berharga RM22. Yang jenis nasi lain lebih mahal ya dan lebih berempah. Ikut citarasa masing-masing. Servis agak cepat dan pelayan pun ramai, tidak menunggu lama pun. Di sini ada juga toilet awam dan singki, tahap kebersihan okay.
No comments:
Post a Comment