TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

5 Dec 2018

Berkelah di Pantai Tanjung Bidara, Melaka


Assalam wbt

Pada cuti bulan lepas, kami berpeluang ke Pantai Tanjung Bidara di Melaka. Kami sangat beruntung kerana waktu itu cuaca sangat cerah. Ramai orang bermandi-manda di sini. Sementara Naqib dan Nasuha bermain air, Mama dan Tok Mak duduk di tepi pokok sambil menikmati nasi lemak. Sungguh nyaman apabila angin sepoi-sepoi bahasa menyapa pipi.

Susah juga hendak tulis karangan dalam bahasa Melayu yang formal.

Pantai ini lebih cantik kerana ada pihak yang menjaga kebersihan. Laluan air dari hutan nipah yang berdekatan juga sudah diperbesar. Ia menjadi salah satu lanskap yang menghiasi Pantai Tanjung Bidara. Selain itu, saya katakan ada sebuah rumah tinggal tetapi mungkin dahulunya menjadi tempat untuk bergambar atau boleh jadi restoran, sekarang sudah tidak digunakan lagi juga turut menyumbang kepada lanskap yang cantik di sini. Walaupun rupanya agak berkarat tetapi saya tetap suka elemen yang unik.

inilah laluan yang saya ceritakan tu. cantik kan?



jeti yang menjadi landskap kepada Tanjung Bidara.



Naqib sudah agak jauh di laut bersama Babah. Nasuha pula bersama Tok Ayah hanya berani di gigi pantai sahaja. Mungkin Nasuha agak geli kerana memijak butir-butir pasir yang lolos ke dalam. Dalam pukul 11:30 pagi, Babah memujuk Naqib untuk berhenti bermain. Ketika itu monyet menyerang tempat duduk kami. Cepat-cepat kami simpan makanan kerana takut dicuri monyet. Saya tidak suka tindakan sesetengah pengunjung yang sengaja mencetuskan reaksi agresif kepada sekawan monyet dengan menjerit-jerit dan membaling makanan.

Selepas selesai menukar baju, kami berhenti makan di kedai berdekatan.

Oh ya, baru-baru ini ada dengar khabar angin tentang buaya yang terlepas di sini. semoga ia tidak menjejaskan kawasan ini sebagai pusat pelancongan di Melaka. 

Sampai jumpa lagi.


30 Nov 2018

Bermain di Pantai Morib bersebelahan dengan Sepang Gold Coast

Hi dan Assalam,.


Assalam wbt

Pada hujung minggu yang lalu, kami mengambil peluang untuk ke Pantai Morib bersama Keluarga Nisa. Sebenarnya, kami mengikut Keluarga Nisa ke Majlis Walimatulurus kawan mereka. Nisa sebenarnya nama kepada anak kawan kami, Zaki dan Intan. Nisa merupakan kawan kepada Naqib dan Nasuha. Nasuha dan Nisa adalah sebaya.

Kami sangat beruntung kerana cuaca tidak panas dan air sedang surut. Kami berjalan agak jauh merentas pantai yang seluas-luasnya. Mungkin sejauh satu kilometer dari pantai yang asal semasa air sedang pasang. Naqib berlari sepuas-puasnya. Seronok bukan main. Tidak lupa untuk melihat ketam-ketam kecil sedang mencari sarang.







Kami dapat melihat Sepang Gold Coast di sebelah kanan dan Pusat Penapisan Petroleum di Port Dickson di sebelah kiri. Lain kali apabila mahu datang ke sini, perlu lihat jadual Air Pasang dan Air Surut di Laman Web Rasmi Jabatan Meterologi Malaysia. Mereka tidak ramal di bahagian Pantai Morib tetapi mungkin boleh sasarkan di Port Klang kerana menghala ke Selat Melaka yang sama.

Selepas puas bermain, Naqib dan Nasuha wajib menukar baju. Kami solat. Kemudian menikmati goreng pisang dan makanan bergoreng yang lain di kedai makan berdekatan. Tidak lupa juga air kelapa muda. Memang nikmat !

Sampai jumpa lagi.

Terima kasih.

29 Nov 2018

Setiap Individu Ada Masalah Dalam Kehidupan, Hanya Berbeza Tahan Kesukaran, Teruskan Berjuang!

Assalam wbt dan Hi,


Aku bukannya suka nak bercerita tentang masalah aku, simpan saja dgn Bang Ajid. Hah korang pun jangan nak kemeruwuk sangat (asyik nak mengeluh saja) sedangkan orang lain pun banyak juga cuma tak bercerita... 


27 Nov 2018

Melawat Arnab di Denai Alam Recreational Park, DARC


Assalam wbt dan Hi,

Pada hari Ahad yang lalu, kami mengambil peluang pergi melawat arnab di DARC, Denai Alam Recreational Park. Agak malang kerana setibanya kami di sana, hujan turun dengan agak lebat membuatkan kami tidak berpeluang untuk menunggang kuda. Kuda telah disimpan oleh pekerja-pekerja DARC di kandang tertutup. Kami tidak boleh lihat dari luar khemah.

Kawasan DARC agak usang dan sedikit daif. Mungkin kurang penjagaan rapi dek kerana kos penyelenggaraan yang agak tinggi. Sebenarnya jika berpeluang untuk dimajukan, boleh menjemput ramai orang luar datang ke sini.








Kami sempat melawat kandang arnab dan reban ayam. Pelbagai jenis ayam dapat dilihat. Namun ayam-ayam tersebut dikandang rapi dan kami tidak dibenarkan masuk, hanya dapat melihat dari luar pagar besi. Walaupun begitu, itu sudah cukup membuatkan Nasuha tersenyum lebar melihat telatah ayam. “Ayam! Ayam!” jerit Nasuha. Gambar tidak disertakan kerana posing Mama sangat hazab

Di hadapan reban ayam, terdapatnya kandang arnab yang agak kecil. Kami perlu membayar sebanyak RM10 untuk dewasa dan kanak-kanak adalah percuma. Penjaga kandang arnab memberikan dua bungkus lobak yang telah dipotong tipis. Naqib dan Nasuha memang benar-benar gembira, mengejar arnab-arnab ke sana dan ke sini. Naqib juga sudah berani untuk memberi makanan kepada arnab.
Selepas puas bermain dengan arnab, kami solat asar di surau yang disediakan. Surau sangat bersih! Ada juga restoran kecil di bahagian dalam tetapi kami tidak ke bahagian itu. Kami juga tidak lihat berapa ringgit harga untuk menunggang kuda kerana kaunter ditutup. Mungkin perlu datang lagi semasa hari cerah.

Sampai jumpa lagi.


22 Nov 2018

Tiket Percuma ke Sky Deck, Menara Kuala Lumpur


Assalam wbt

Saya pun tidak pasti ramai atau tidak orang tahu tentang kewujudan Sky Deck di Malaysia. Yang pasti, lebih ramai orang bangsa asing di sini berbanding orang Malaysia. hihi... 

Pada 15.11.18 yang lepas, kami bercuti lalu mengambil peluang untuk melawat Sky Deck atau Sky Box di Menara Kuala Lumpur. Semasa kami membuat kaji selidik harga untuk ke Sky Deck ialah RM71. Harga ini pakej untuk lawatan ke Sky Deck dan Observation Deck. Seperti yang saya pernah kongsi dalam blog sebelum ini, Link , Observation Deck ini adalah tempat tertutup. Sky Deck adalah ruang terbuka dan pada aras yang sama, kita boleh menjamu selera di sebuah kafe yang disediakan.

Ruang Sky Deck ini mempunyai dua kotak yang berbeza, Box 1 dan Box 2. Box 1 berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas atau KLCC, manakala Box 2 berlatarbelakangkan jalan-jalan utama di ibu kota Kuala Lumpur. Saya juga tidak pasti nama jalan-jalan tersebut.

Bergambar di Sky Box 1, KL Tower

Berlantaikan kaca lutsinar, terus tembus sampai ke bawah. Jangan pandang bawah kalau gayat. hihi.. 

Kafe bersebelahan dengan Sky Box 1. Sepotong kuih berharga RM12.50 iaitu harga biasa sahaja tetapi setin air minuman berharga RM15 !! dan minimum pembelian adalah dua item. Nak atau tak nak mesti beli. Oh ya, boleh bergambar di kafe ini, jika membeli makanan mereka. kafe ini berdindingkan kaca lutsinar yang menhadap KLCC. sweet sangat! hehe


bergambar di Sky Box No 2. 


Oh ya, berkenaan “Birthday Treat by KL Tower” atau “Hadiah Sempena Hari Jadi daripada Menara Kuala Lumpur”, tiket adalah PERCUMA. Saya ulangi, tiket percuma untuk pergi ke mana-mana di Menara KL. (Zoo Mini, Rumah Terbalik, Aquaria) Oleh sebab kami hanya merancang untuk ke Sky Deck sahaja, jadi harga RM71 dibelanja oleh Menara KL. Beruntunglah sesiapa yang pergi bersama Birthday Boy atau Birthday Girl, tiket kita akan mendapat potongan diskaun sebanyak 20% . Jimat dan berbaloi sangat. Jadi, daripada RM71, kami perlu bayar RM52 sahaja.


Sebelum terlupa, saya suka nak bercerita kami juga mendapat pakej sehelai gambar percuma yang sepatutnya berharga RM30 kalau tidak silap.

21 Nov 2018

Merry Go Round di Melaka Premium Outlet, MPO

Assalam wbt

Hari ini hari Rabu, jadi saya tulis pendek-pendek sahaja.

Kami pergi Merry Go Round di MPO atau Melaka A Famosa Outlet.

Dengan hanya membayar RM1 untuk dua minit pusingan.

Sesuai untuk kanak-kanak dan ibu bapa atau penjaga yang membawa anak-anak.

Tidak laju dan saya rasa, kurang bahayanya.

sudah lama Naqib ingin main permainan ini, tetapi susah nak jumpa di Selangor. Boleh naik sampai pening okay?

Babah dan Nasuha bergambar di hadapan Merry Go Round. 

Kami bergambar di hadapan mercu tanda MPO. bukan senang nak sampai sini. Kami juga sempat naik ke atas sebelum hujan. 

Sesuai juga untuk berjalan-jalan terutamanya jika ada tujuan. Jika tiada tujuan, mungkin agak membazir kerana susah mahu cari parking dan tiada foodcourt. Walau bagaimanapun, surau, tandas, baby's room disediakan. Cuma, baby's room dan surau di kedudukan hujung dan hujung. Agak penat sikit. 


Sekian, terima kasih.

9 Nov 2018

Dapat Makanan Percuma dengan Tag A Meal


Assalam wbt

Anda mahu makanan percuma? Daftarkan seramai 30 orang di syarikat anda dan nikmati makanan percuma pada hari tersebut. Maksimum 30 orang ya.

Boleh lawati website ini https://www.tagameal.com/

Caranya, seorang wakil daripada syarikat anda perlu menghubungi pihak Tag A Meal. Kemudian, menu akan diberikan oleh wakil Tag A Meal. Kita hanya boleh memilih menu seperti yang diberikan sahaja. Compile order dan nah, tunggu seminggu untuk mendapatkan makanan percuma.



Harga Tag A Meal serendah RM7.00, ada juga nasi putih, untuk Vegie, soft drink seperti Coke dan 100Plus juga disediakan. Penghantaran percuma di tempat-tempat yang terpilih. Boleh tengok di website, okay?

Oh ya, ada banyak promo code yang mereka berikan melalui kiriman SMS. pastikan alert.


Sekian Terima kasih. 


7 Nov 2018

Mengikuti Program Qurban dengan Zabeeh

Assalam wbt

Pada Hari Raya Aidil Adha yang lalu, suami saya telah mengikuti program Qurban secara online dengan Zabeeh.

http://www.zabeeh.com.my/

Tuan-tuan dan puan-puan boleh mengunjungi laman web ini. Sangat mudah.

Harga sangat berpatutan iaitu Qurban serendah RM390.

Harga sangat berpatutan iaitu Aqiqah serendah RM580.

Hasil Qurban anda akan diberikan kepada negara-negara yang agak mundur. Kita laksanakan di luar negara kerana nak membantu umat islam yang dalam kesusahan dari segi makanan. Kerana di luar negara umat islam hidup dalam keadaan susah. Di malaysia kadang-kadang daging qurban berlebihan dan mungkin ada yang membazir apabila memperolehinya.Tetapi di luar negra daging-daging tersebut digunakan sebaik mungkin tanpa pembaziran. Dimanfaatkan sebaik mungkin disana.

Insha Allah ada manfaatnya.


Sijil pengesahan  diposkan selepas 2 bulan. 


Terima kasih. 

30 Oct 2018

Review Restoran The Third Letter, TTDI Jaya

Assalam wbt

Bersempena menyambut ulang tahun kelahiran aku yang ke xx , encik Babah telah membelanja makan di The Third Letter, TTDI Jaya. The only cafe hipster in TTDI Jaya, i guess. Suasana ala-ala romantik dan simple sangat menambat hati kami. Aaaa gituew. 

Sudah dapat menu list daripada waiter, sila pergi ke kaunter sendiri ya. Tiada istilah waiter ambil order di meja. Sila Sila  perhatian. Hihi. Boleh bawa sekali kertas menu tadi atau boleh tengok sahaja di kaunter tersebut, ada juga tertampal menu ya. Makanan akan dihantar ke meja, jadi jangan risau. Masa order, just tunjuk meja mana kita duduk, nanti cashier akan tulis table berapa. 

Lasagna

Chicken chop

Maaflah harga harga standard harga yahudi orang cakap, hihi. Lime+lemon+xxxx harga RM12. Jadi kami mengambil keputusan untuk membeli segelas air sahaja. Kalau haus lagi, sila telan air coway office sampai perut kembung. 

Okay rasa sedap, itu sahaja. Staff okay, ceria. Servis biasa, tidak cepat sangat, tidak lambat sangat, just nice. Yang penting boleh tapau, ada surau juga. Ruang luas, tapi jarak meja dengan kerusi agak sempit, tidak perasan pula meja kekal (sudah diskru terus ke simen atau tidak). Saya muat sahaja, cuma saya lihat jiran meja sebelah. Maaf bah. 

Overall sesuai untuk business meeting di sini. Boleh waze The Third Letter, Taman TTDI Jaya, seksyen U8, Shah Alam. 

Terima kasih. 

27 Oct 2018

Perkara Yang Aku Buat Untuk Cuba Berubah, Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih

Assalam wbt dan Hai,

Aku tulis pada 23/9/2021.

Memang susah nak berubah tapi cuba tinggalkan dunia medsos dan dunia hiburan sedikit demi sedikit. 

1. Aku archive semua gambar di instagram yang tak bagus. 

2. Aku delete akaun twitter aku sebab banyak sangat like benda-benda lagha. Jadi bila delete, maknanya hilang dari radar terus.

3. Aku delete segment review K-dram daripada IG aku. Perkara ini bukan mudah tapi aku berjaya. Alhamdulillah. 

4. Aku buang semua gambar bermuka dari blogspot.

5. Aku buang posting yang tak berapa elok dari blogspot.

6. Aku buang semua posting yang tak berapa elok dari facebook.

7. Aku lebih berhati-hati nak post apa pada IGS, whatsapp story dan FB story.

24 Oct 2018

Easy Pizy How to Split Column in Ms Excel

Assalam wbt


Bagaimana hendak Split Column from Single Column to Multiple Column ataupun bagaimana hendak membahagi satu colum kepada beberapa column di ms excel. Ia boleh menggunakan button yang ada di excel atau juga formula excel itu sendiri. Lets check it out!

Niat di hati hendak mengasingkan nama dan description perkataan dalam satu column eperti contoh ini kepada dua column.

Title:PI Engineer
Name:Fara
Company:Trisystems 

Nak jadi seperti, dua column (nama dan description)

Title: PI Engineer
Name: Fara
Company: Trisystems
Setiap perkataan berlainan saiz. 

Cara paling senang ialah, anda highlight satu column A seperti di atas. pada ribbon ms Excel, pilih Tab Data, kemudian, pilih Text to Column, kemudian tanda pada check box "deliminated", pilih button Next

pilih bawah sekali, others, pada kotak kecil putih, tulis ":" (iaitu seperti apa yang kita mahu)

taraaaaaaa.... hasilnya!!!!


walau bagaimanapun ini bukan pilihan yang terbaik. jika tulisan asal banyak sangat titik dua bertindih ini ":" maka nanti hasilnya seperti di bawah. 

contohnya,

Nama:Fa:ra
Title:PI:Engin:eer

Tak pasal2 jadi banyak column.


tengok. jadi pelik pula.. hihi.. bagaimana nak ubah?



nah ini penyelamatnya... sila buat okay?

cari length atau panjang perkataan terlebih dahulu. formula length, =LENGTH(A1) = B1
cari di mana titik dua bertindih =FIND("A1,1)  =C1
pilih untuk asingkan yang titik dua bertindih ke paling kiri =LEFT(A1,C1) 
untuk asingkan yang abjad selepas titik dua bertindih =MID(A1,C1+1,B1-C1)

kemudian sudah dapat apa yang dihajati, copy and paste without formula okay? 


Semoga bermanfaat. 

23 Oct 2018

Review Nasi Ayam Kunyit Mak Rock, Menara PNB Kuala Lumpur


Assalam,

Assalam wbt

Nasi Ayam Kunyit Mak Rock in the house. Sedap dan murah sangat! bahagian pun banyak. 


Daripada gambar juga sudah nampak sangat menyelerakan. Wah Wah. Rasa nak makan banyak-banyak kali. Nasi Ayam Kunyit Mak Rock paling sedap di Kuala Lumpur barangkali. Macam mana nak datang sini? Boleh waze “Menara PNB Kuala Lumpur”.

Jalan agak bersimpang siur dek kerana pembinaan LRT tetapi anda mesti percaya dengan waze sebab kalau betul-betul ikut memang boleh jumpa. Menara PNB terletak di Jalan Tun Razak, bersebelahan dengan G Tower. Jika anda berada di Jalan Tun Razak, Menara PNB di kanan bangunan G Tower. Contoh tidak guna Waze. Dan jadikan G Tower sebagai panduan untuk mencari Menara PNB. Menara PNB ala-ala corner lot sebab banyak jalan tutup.

Suka saya ingatkan, kalau nak datang sini, bawa touch n go siap-siap sebab untuk parking ke sini, anda hanya boleh guna touch n go sahaja. Untuk pass visitor RM3.50 sekali masuk. Pastikan kad touch n go anda ada lebih daripada nilai tersebut.

Harga lauk ayam kunyit RM5.

Harga lauk daging kunyit RM5.

Harga lauk sotong kunyit RM7.

Harga lauk campur RM8.

Harga tambah telur mata RM1.


Kalau harga tidak berubahlah ya. Yang penting harga mampu milik. Hihi. Kesai ini dibuka pada pukul 11 pagi sahaja. Weekend tak pasti buka ke tidak. 

Selamat mencuba!


22 Oct 2018

Melihat Matahari Terbenam di Kuala Lumpur, KL Heli Lounge

Assalam wbt

Mesti ramai yang suka melihat matahari terbenam atau sunset tidak kira di mana sekalipun. Hari ini saya ingin berkongsi tempat hendak melihat sunset di Kuala Lumpur. Bukan di tepi pantai sahaja, di tengah kota juga ada. Tempat ini juga sudah digazetkan menjadi tempat tarikan di Kuala Lumpur.

Anda boleh datang ke sini dengan waze "Heli Lounge Bar" atau Menara KH, Jalan Sultan Ismail. Tempat agak sesak jadi pastikan sudah berada di KL pada pukul 5 petang. Parking di B3 atau B4 sahaja, RM12 sekali masuk. Parking banyak, so jangan risau. Sampai sahaja terus naik ke tingkat 34. Kalau tak pasti boleh tanya dengan pengawal yang menjaga.

KL Heli Lounge adalah ruang terbuka di tingkat atas. Ia akan dibuka pada pukul 6 petang sahaja. Sementara menunggu pintu dibuka, bolehlah duduk-duduk sahaja di bar mereka. Air yang kami order, air lemon dan air limau purut sahaja (lemon dan lime juice). Yang lain-lain macam syubhah. hehe. Harga segelas ialah RM25. Paling murahlah tu ya. hihi...

Oh ya, jika anda ingin ke sini dengan menaiki kenderaan awam atau public transport, boleh menaiki monorel, terus ke Raja Chulan. Kalau naik bas, saya tidak pasti pula.

inilah tangga yang menghubungkan bar dengan kawasan open-air tadi. banyak juga anak tangga yang perlu dilalui. hati-hati, sebab agak sempit. Boleh bawa air yang sudah dipesan tadi ke atas. 

Di belakang kami ada sunset. Ramai di sini nak ambil gambar kenangan, kami juga tidak mahu ketinggalan. 

Berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas, KLCC. Cantik kan?

Sekali tengok macam sedang melawat di luar negara sebab lebih ramai bukan Malaysia daripada Malaysia. Meja dan kerusi agak terhad, siapa cepat dia dapat. Actually gelas ini lebih kepada nak "chop" kerusi dan meja. hehe. kalau nak bergambar sekejap, ada lagi kerusi kita tu, tiada orang ambil. 

Selepas pukul 9 malam, partay (bak kata kawan saya) parti  akan bermula. Sila pakai dengan pakaian yang sesuai, jika tidak anda akan kena halau. Kami hanya sampai azan maghrib saja di sini. Turun ke tingkat 5 untuk menunaikan solat fardhu Maghrib, lalu pulang ke rumah. 


Jadi, jomlah datang sini.

14 Oct 2018

Review Sate Willy di Cawangan Kajang

Assalam wbt

Pada minggu lepas, kami sempat mengunjungi Restoran Sate Willy cawangan Kajang. Kedudukannya di deretan kedai dan berhadapan dengan tapak pembinaan mungkin menyebabkan tidak ramai berkunjung ke sini. Sebenarnya kami tidak tahu rasanya bagaimana. Kami hanya pergi ke sini kerana mencari sate terdekat yang bukan Sate Hj Samuri. Restoran Sate-Sate lain tidak banyak di review oleh geng bloggers dan google.



Saiznya agak besar tetapi harganya agak mahal. Secucuk sate daging berharga RM1.20 manakala secucuk sate ayam berharga RM1.10. Sayangnya servis terlalu lambat! Kami terpaksa tunggu lebih kurang 30 minit. Sebenarnya sate ayam sudah selesai dibakar, tetapi stail mereka tunggu juga selesai membakar sate daging baru menghantar ke meja kami. Sudahnya tidak habis dimakan kerana perut sudah masuk angin. Semasa mereka membakar sate daging giliran kami, dalam anggaran selepas 20 minit kami menunggu, sekumpulan perempuan singgah ke restoran ini. Untung mereka, tunggu sahaja 10 minit dan order sudah sampai. Pelayan juga menghantar kepada meja tersebut terlebih dahulu kerana mereka duduk lebih dekat dengan kaunter berbanding kami. 

Sepatutnya mereka boleh saja menghantar sate ayam sementara menunggu sate daging selesai dibakar. Nasib baik ada juga kata maaf. Kalau tidak, rasa nak marah. Yang penting, kami boikot Sate Willy. Selepas ini, kalau teringin sate lagi, kami tetap akan memilih Sate Hj Samuri. Titik. Servis mereka sangat bagus, jauh berbeza dengan Sate Willy. 


12 Oct 2018

Review Guna Umobile GX50 di Area Shah Alam dan Subang Jaya

Assalam wbt

Alhamdulillah jimat duit saya semenjak menggunakan plan postpaid Umobile Giler GX50. Jimat dan berbaloi-baloi sangat. Dengan harga RM50, saya mendapat servis internet tanpa had dan panggilan tanpa had! Kalau sebelum ini, setiap bulan saya akan menghabiskan sekurang-kurangnya RM80 untuk bil telefon tetapi sekarang sudah jimat RM30!

Buka laman web ini Umobile

Pelan Umobile ini boleh didapati di mana-mana cawangan di seluruh negara. Mudah hendak jumpa, kadang-kadang ada booth kecil di pasaraya seperti Giant atau Tesco. Kita boleh mengekalkan nombor sekarang. Tempoh untuk menukar nombor mengambil masa dalam dua hari sahaja. Mudah! Cuma bayar RM50 sebagai advanced payment dan RM10 sebagai yuran pendaftaran.

Oh ya, suka saya ingatkan, kelajuan internet hanyalah dihadkan kepada 3Mbps iaitu terlalu kecil. Namun, jangan berprasangka buruk. Di kawasan Lembah Klang yang berkepadatan tinggi kebiasaannya sudah ada pencawang dan sistem komunikasi yang baik.

Pada awalnya saya agak ragu-ragu kerana rumah kami tinggi, mungkin banyak path LOS atau banyak halangan yang menyebabkan tidak dapat liputan atau coverage. Namun sangkaan kami meleset kerana kami masih juga boleh menikmati dengan aman.

Kadang-kadang sahaja ada masalah, sekali sejak tiga bulan melanggan Umobile.


Oleh kerana ianya internet tanpa had, jadi saya menggunakannya sehabis baik! Dalam masa sebulan, dalam 50Gb! uwahhhh. Walhal di rumah ada juga WiFi Maxis 30Mbps. 


Terima kasih.

11 Oct 2018

How to Solve When Windows Stuck / Hidden Behind Taskbar?

Assalam and Hi

How to solve when windows and any application like ms excel, ms word, google chrome hidden behind task bar. i have tried many solutions like magnifier, autohide task bar, but it didnt resolve at all. still stuck behind the taskbar... ottokey?? 

Tiba-tiba, windows dan aplikasi-aplikasi lain seperti ms word, google chrome dll bersembunyi di belakang taskbar bawah itu. Sungguh annoying kan? jadi saya cuba pelbagai cara tetapi tidak berjaya. 

Namun begitu, cuba cara ini ya... 

nampak ke? bahagian bawah tu?

So.... Here is one of the solutions. What i did just now is: 

1. Right click on desktop
2. Click on Personalize (pop up window come out)
3. Click Display (left at bottom)
4. Change Display Settings
5. Resolution (change anything, let say 1280 x 768)
6. Click Apply
7. Restart
8. Change back resolution to recommended version




SETTLE. Hope it helps. 

9 Oct 2018

Hak Pemilikan Strata Untuk Rumah Kos Rendah


Assalam wbt

Kebiasaannya hak milik strata untuk rumah kos rendah selalu diabaikan. kebanyakan pemilik rumah tidak tahu kewujudan hak milik ini. Kesannya, walaupun sudah tinggal di rumah tersebut lebih 20 tahun, hak milik masih berstatus Master. Bukan setakat hendak menjual rumah, malah untuk proses pembahagian harta juga akan mengalami proses yang agak sukar. 

Ada dua jenis pemilikan iaitu pemilikan tunggal atau Master Title dan pemilikan strata atau Strata Title.

Hak pemilikan strata ini diberikan kepada pemilikan berbentuk bangunan, blok berbilang tingkat atau  berbiblang lapisan petak tanah yang dibangunkan di atas sebidang tanah bermilik. Perkataan strata merujuk kepada unit yang dipecah dibahagi kepada berbilang lapisan. Hakmilik strata mulanya telah diperkenalkan pada 1966 melalui Kanun Tanah Negara Malaysia 1965, untuk meningkatkan perundangan bagi pemilikan bangunan berbilang tingkat. Sebelum ini ia dikenali sebagai hak milik subsidiari dengan rujukan bangunan yang didirikan di atas tanah berimilik. Pada pindaan 2007, konsep hakmilik strata diberikan kepada blok berbilang tingkat atau berbilang lapisan petak tanah yang dibangunkan di atas sebidang tanah bermilik. 

Secara mudahnya, pemilikan strata sangat penting terutamanya kepada rumah pangsa, rumah flat, rumah jenis kondo dan rumah jenis pangsapuri. Semasa proses pembelian rumah, kita tidak didedahkan dengan jenis pemilikan rumah, namun sebenarnya by default ialah pemilikan Master iaitu masih bawah hak milik pemaju (developer) perumahan seperti Sime Darby, SP Setia, Glomac dan sebagainya. Dalam tempoh enam bulan penyerahan kunci kepada pembeli rumah, pihak pemaju akan memberi surat penyerahan strata kepada pembeli.

Pembeli perlulah sentiasa memastikan tidak terlepas apa-apa surat. Surat itu perlu dibawa ke pejabat Pemaju untuk menandatangani proses pindah milik. Di dalam surat itu, dinyatakan nombor strata rumah. Nombor ini sangat penting ketika proses jual beli rumah. Andai kata suatu hari nanti, anda berniat untuk menjual rumah tersebut, nombor tersebut akan digunakan untuk membuat carian geran di Pejabat Tanah dan Galian Negeri atau Daerah.


Seperti kes saya, saya ingin membeli rumah kos rendah di Subang Jaya. Nombor geran yang terdapat di dalam salinan SNP rumah masih lagi pemilikan berstatus master. Kemungkinan besar tuan rumah mengambil sikap sambil lewa untuk tidak menukarkan status rumah tersebut. Oh ya, anda boleh memeriksa nombor strata di pejabat pengurusan, untung-untung mereka ada menyimpan data. Jika pejabat pengurusan rumah pangsapuri ini tidak dapat memberi maklumat ini, jadi kita perlu minta maklumat itu daripada pemaju rumah.  Penyelesaiannya, kita perlu meminta bantuan daripada lawyer yang biasa membantu proses jual beli rumah di kawasan ini. Mereka tentu arif dengan siapa perlu dirujuk.

Pihak lawyer  akan menghubungi pemaju untuk memaklumkan akan ada proses jual beli rumah untuk unit tersebut. Dengan itu, terhasillah Undertaking Letter daripada lawyer kepada pemaju. Proses ini mungkin memakan masa lebih dua minggu. Kerana itu, saya ulangi, kita perlu mencari rumah yang mudah hendak dibeli dan tuan rumah asal seorang yang mudah memberi kerjasama. Lawyer yang bijak mungkin boleh memujuk pihak pemaju untuk menyemak nombor strata dahulu sementara keputusan rasmi dikeluarkan. Ya lah, mahu tunggu dua minggu itu agak lama.

Okay, sesudah kita mendapat nombor strata daripada pemaju rumah tadi, jangan lupa lengkapkan permohonan seperti post saya sebelum ini.

5 Oct 2018

Cara-Cara Hendak Membeli Rumah Second, Rumah Kos Rendah di Selangor


Assalam wbt

Saya ingin berkongsi pengalaman untuk membeli rumah second hand bertaraf kos rendah. Ada banyak perkara perlu diambil kira sebelum membeli rumah tersebut.  
1
      1. Pastikan rumah itu memang rumah kos rendah. Bagaimanakah untuk mengetahui status rumah ini? Boleh tengok di dalam Perjanjian Jual Beli Rumah atau SNP Agreement. Dari situ memang nyata tertulis, rumah kos rendah atau low cost house.

Kenapa perlu tahu rumah ini kos rendah atau tidak? Kerana, jika rumah kos rendah, cara jual beli adalah sedikit berbeza berbanding belian rumah bukan kos rendah. Rumah kos rendah, agak leceh dan memerlukan kesabaran yang tinggi.



2.   2. Sudah pasti rumah kos rendah? Pastikan syarat-syarat ditepati iaitu
·         warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
·         Jumlah pendapatan pembeli dan pasangan tidak melebihi RM5,000
·         Pembeli dan pasangan tidak memiliki rumah di Selangor
·         Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa negeri.

3.   3. Pastikan tuan rumah mudah dihubungi dan mahu berkerjasama. Kenapa? Sebab banyak sangat perkara yang perlu diuruskan. Sila minta SNP jika niat nak beli dengan serious, atau serious buyer bak kata orang hinggerish.

4.   4. Pastikan rumah tersebut tiada tunggakan dari segi maintenance, bil air, bil elektrik. Anda boleh bertanya dengan bahagian pengurusan rumah tersebut.

5.   5.  Rumah juga bebas daripada masalah paip, longkang tersumbat, tiada bocor dari rumah atas. (kebanyakan rumah kos rendah ialah rumah flat atau bertingkat-tingkat). Anda boleh bertanya dengan jiran di bahagian atas, di bahagian bawah atau sebelah.

6.   6.   Rumah juga mestilah tidak perlu ada major renovation atau pengubahsuaian yang berlebih-lebihan. Suka saya ingatkan, KWSP kita boleh digunakan untuk membeli rumah pertama. Jadi kalau boleh kos pengubahsuaian rumah tidak lebih daripada wang tersebut. Jumlah pinjaman kepada bank juga perlu diambil kira ketika merancang melakukan pengubahsuaian.

Contoh mudah, nilai yang boleh dikeluarkan daripada KWSP ialah RM20,000. Nilai 10% deposit ialah RM20,000. Let say kita tiada simpanan langsung, maka 10% deposit perlu diutamakan. Sebab itu saya katakan, rumah mestilah tidak terlalu rosak.

7.    7.   Ada kerosakan rumah yang boleh diambil kira dalam proses negosiasi harga rumah. Bukan semua jenis kerosakan ya. Selalunya, kerosakan yang bersifat kekal sepeti lubang pada dinding. Jika lubang ada pada pintu, pintu boleh diganti, jadi tidak boleh minta ganti rugi. Oh ya, harga rumah seterusnya akan dinilai oleh pihak lawyer dan pihak bank selepas kita confirm nak beli rumah. Tapi itu lambat lagi. Jadi, buat masa ini kita sekadar berkira-kira bajet dan modal terlebih dahulu.

8.   8.    Sudah confirm, sudah hubungi tuan rumah? Sila pergi ke LPH. Apa itu LPH? Jika anda membeli rumah kos rendah, anda akan melalui proses permohonan di LPH. LPH di Selangor terletak di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang terletak di Seksyen 5. Nama borang ialah “Permohonan Pindah Milik Rumah Kos Rendah / Rumah Awam Kos Rendah”.


No 2, merujuk kepada checklist yang perlu disediakan. Sila dengar betul-betul semasa pegawai itu memberi penerangan, nanti catatkan yang mana-mana perlu diisi dan tidak perlu diisi. 



9.   9.  Bawa borang “Permohonan Pindah Milik Rumah Kos Rendah / Rumah Awam Kos Rendah” tadi, salinan SNP rumah asal, IC, offer letter tempat kita berkerja dan penyata gaji terkini untuk tiga bulan kepada Lawyer berdekatan. Pemilihan lawyer juga penting. Anda boleh bertanya dengan jiran-jiran berdekatan, kawan-kawan tentang lawyer yang pernah menguruskan pembelian rumah kos rendah. Jika anda “main pilih” saja lawyer, mungkin anda akan berhadapan dengan masalah kerana lawyer yang selalu menguruskan pembelian rumah bukan kos rendah tidak terlalu faham cara kerja LPH (Lembaga Perumahan dan Hartanah) Negeri.

Semasa jumpa lawyer, lawyer akan terangkan serba-serbi tentang proses pembelian rumah supaya kita lebih faham. oh ya, kalau boleh ambil gambar dan tunjuk gambar rumah kepada lawyer. Mereka akan beri nasihat cara-cara nak berunding dengan tuan rumah.  

1    10. Sekurang-kurangnya dua minggu selepas kita berjumpa lawyer, Letter Undertaking akan dikeluarkan oleh pihak lawyer kepada developer asal rumah. Contohnya, Sime Darby Property, SP Setia etc. Tujuan letter undertaking adalah untuk mengatakan persetujuan tuan rumah asal untuk menjual rumah tersebut.

1    11. Ketika proses letter undertaking itu dilakukan, kita boleh bersedia menghantar permohonan pinjaman rumah kepada bank-bank berdekatan. Anda boleh check berapa percent interest setiap bank. Contohnya, CIMB 5%, Maybank 4%, ini adalah kadar yang saya dapat pada Julai 2018 yang lalu. Caranya mudah, anda hanya perlu bawa salinan ic, salinan bank statement di mana gaji kita masuk, salinan offer letter dan penyata 3 bulan gaji. Isi borang yang diberikan oleh bank, tunggu giliran dan Pegawai bank akan bagitahu berapa RM yang layak dipinjam.

Di sini, kita perlu ingat, rumah second hand perlu membayar 10% deposit. Deposit ini akan diberikan kepada tuan rumah. Jadi kalau boleh, kita adakan perjanjian dengan tuan rumah (OTP – akan saya ceritakan di point seterusnya). Jika boleh, nego dengan tuan rumah untuk bayar booking sahaja seperti nilai RM1000, sementara urusan bank selesai. Sebab itu, perlunya membeli dari tuan rumah asal yang mudah dihubungi dan tidak berlagak.

1    12. Seterusnya, OTP. OTP atau Offer To Purchase. Kita buat sendiri hokey, lawyer tidak akan tolong buatkan. Ia adalah surat perjanjian jual beli antara pembeli dan tuan rumah asal. Isi kandungannya menyatakan kita nak beli dan ada bagi duit booking sementara pinjaman selesai, perlu ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak. Kemudian, surat OTP akan di chop di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

Surat OTP boleh diperoleh dari hasil google internet sahaja. Bawa surat OTP, dan kita isi borang pesuruhjaya sumpah dengan mengatakan lampiran yang dibawa (OTP) adalah benar. Borang pesuruhjaya sumpah ini standard ya. Jangan reka-reka formatnya. Yang penting, bawa saja OTP di hadapan pesuruhjaya sumpah, cerita serba sedikit, nanti mereka akan tolong taip. OTP ini nanti serahkan kepada lawyer. Oh ya tujuan OTP ini sebagai satu warranty atau surat jaminan kepada kita, jika tuan rumah ada “buat hal” kelak.

1    13. Checklist dalam borang “Permohonan Pindah Milik Rumah Kos Rendah / Rumah Awam Kos Rendah” ada yang perlu disediakan oleh kita dan tuan rumah. Boleh rujuk kepada lawyer, yang mana lawyer boleh bantu dan yang mana satu kita perlu buat sendiri. Ingat ya, setiap apa yang kita minta lawyer buat, akan ada kos. Jadi selagi kita boleh buat, buatlah sendiri ya. Tuan rumah perlu beri kerjasama untuk sediakan semua benda yang diperlukan juga. Semakin lambat kita uruskan, semakin lambat kita nak beli.

1    14. Selepas berbincang, ada beberapa perkara yang perlu saya buat sendiri. Salah satu checklist dalam borang “Permohonan Pindah Milik Rumah Kos Rendah / Rumah Awam Kos Rendah” ialah geran. Geran asal mungkin telah ada di tangan tuan rumah. Sila tanya tuan rumah terlebih dahulu. Kalau tuan rumah tidak ada geran asal, makan, kita perlu buat “Carian Geran” di Bahagian Tanah dan Galian Negeri atau Daerah. Macam mana nak tahu, nak cari kat mana? Di dalam SNP, terdapat satu tulisan begini , H.S (D) dan H.S (M). D bermaksud Daerah, maka boleh cari di bahagian Tanah Galian Negeri. M bermaksud Mukim dan anda boleh cari di bahagian  Tanah dan Galian Daerah. Kalau tidak pasti, rujuk kepada lawyer.

“Carian Geran” dilakukan sendiri okay. Kalau suruh lawyer tolong buat, nanti tambah kos. Hihi. Nama borang yang kita perlu isi, “Borang Carian Rasmi” warna kuning. Ada beberapa maklumat yang kita perlu isi. Maklumat ini akan diberikan oleh lawyer selepas Letter Undertaking tadi dibuat. Bayaran yang dikenakan ialah RM50. Tunggu dalam dua minggu, nanti pihak mereka akan telefon kita dan kita perlu ambil sendiri.

Borang ini berwarna kuning ya. 

1    15. Salah satu checklist dalam borang “Permohonan Pindah Milik Rumah Kos Rendah / Rumah Awam Kos Rendah” ialah penyata pendapatan terkini. Suka saya ingatkan, pendapatan isi rumah mestilah bawah RM5000. Jika suami atau isteri berkerja sendiri, kita dikehendaki membuat surat dan ada chop rasmi Pesuruhjaya Sumpah yang mengatakan berkerja sendiri. Dalam surat itu, boleh ishtiharkan berapa gaji sebulan. Ada sesetengah tempat (Pesuruhjaya Sumpah) menyediakan perkhidmatan menulis surat bagi pihak kita, hanya perlu bayar sahaja, jadi mudah kerja kita. Jika tidak berjumpa Pesuruhjaya Sumpah seperti ini, kita perlu buat sendiri.

1    16. Sediakan semua yang diperlukan di checklist dalam borang “Permohonan Pindah Milik Rumah Kos Rendah / Rumah”, dan hantar kepada LPH, bayar RM50. Dalam dua minggu atau sebulan waktu berkerja, dapatlah surat yang mengatakan kita layak atau tidak. Hoyyeh…! Barulah kita kembali mencari bank untuk membuat pinjaman dengan lebih tekun. Tadi macam survey-survey gitu.

1    17. Serahkan surat Offer Letter daripada LPH kepada lawyer, lawyer akan uruskan segala-galanya. Tunggu saja sampai SNP baru keluar……. Yeay!!!!! Oh ya, jika LPH mengatakan kita tidak layak membeli rumah kos rendah, maka segala usaha yang kita lakukan tadi adalah sia-sia. Ini sangat serious! Tapi, kos lawyer tetap kena bayar. Sebab itu, nak beli rumah kos rendah adalah kepada yang layak sahaja.

SSekian Terima Kasih. Semoga berguna kepada sesiapa yang nak beli. 

2 Oct 2018

Review Vaseline untuk Mencegah Tapak Kaki Pecah-Pecah

Assalam wbt

Hari ini saya nak buat review krim Vaseline untuk mencegah tapak kaki pecah-pecah. Tapak kaki aku agak pecah-pecah sejak bersalinkan anak-anak.

keadaan seperti inilah tapak kaki pecah-pecah. sakit kalau cuba-cuba nak kopek. 

nah... guna saja Vaseline. selesai masalah.

Alhamdulillah lepas guna Vaseline secara konsisten, masalah semakin berkurang. cuma perlu bersabar dan lakukan setiap hari sebelum tidur. waktu tidur adalah waktu yang sesuai untuk kulit-kulis berehat. jadi waktu ini sesuai untuk membaiki kulit kita. tak gitu?? mungkin agak lambat untuk memperoleh hasil yang baik iaitu memakan masa selama sebulan atau dua bulan. tapi bagi aku, sangat berbaloi. 

Harganya dalam lingkungan RM15, boleh didapati di farmasi berdekatan atau SHOPEE


Terima kasih. 

26 Sept 2018

Nota Sales and Service Tax (SST)

Assalam wbt

Pagi tadi kami mendengar taklimat SST drp CFO.

Buat nota supaya tidak lupa.


DDP - with Sales and Service Tax. DAP - without Sales and Service Tax. 


Thanks.