TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

5 Oct 2018

Cara-Cara Hendak Membeli Rumah Second, Rumah Kos Rendah di Selangor


Assalam wbt

Saya ingin berkongsi pengalaman untuk membeli rumah second hand bertaraf kos rendah. Ada banyak perkara perlu diambil kira sebelum membeli rumah tersebut.  
1
      1. Pastikan rumah itu memang rumah kos rendah. Bagaimanakah untuk mengetahui status rumah ini? Boleh tengok di dalam Perjanjian Jual Beli Rumah atau SNP Agreement. Dari situ memang nyata tertulis, rumah kos rendah atau low cost house.

Kenapa perlu tahu rumah ini kos rendah atau tidak? Kerana, jika rumah kos rendah, cara jual beli adalah sedikit berbeza berbanding belian rumah bukan kos rendah. Rumah kos rendah, agak leceh dan memerlukan kesabaran yang tinggi.



2.   2. Sudah pasti rumah kos rendah? Pastikan syarat-syarat ditepati iaitu
·         warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
·         Jumlah pendapatan pembeli dan pasangan tidak melebihi RM5,000
·         Pembeli dan pasangan tidak memiliki rumah di Selangor
·         Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa negeri.

3.   3. Pastikan tuan rumah mudah dihubungi dan mahu berkerjasama. Kenapa? Sebab banyak sangat perkara yang perlu diuruskan. Sila minta SNP jika niat nak beli dengan serious, atau serious buyer bak kata orang hinggerish.

4.   4. Pastikan rumah tersebut tiada tunggakan dari segi maintenance, bil air, bil elektrik. Anda boleh bertanya dengan bahagian pengurusan rumah tersebut.

5.   5.  Rumah juga bebas daripada masalah paip, longkang tersumbat, tiada bocor dari rumah atas. (kebanyakan rumah kos rendah ialah rumah flat atau bertingkat-tingkat). Anda boleh bertanya dengan jiran di bahagian atas, di bahagian bawah atau sebelah.

6.   6.   Rumah juga mestilah tidak perlu ada major renovation atau pengubahsuaian yang berlebih-lebihan. Suka saya ingatkan, KWSP kita boleh digunakan untuk membeli rumah pertama. Jadi kalau boleh kos pengubahsuaian rumah tidak lebih daripada wang tersebut. Jumlah pinjaman kepada bank juga perlu diambil kira ketika merancang melakukan pengubahsuaian.

Contoh mudah, nilai yang boleh dikeluarkan daripada KWSP ialah RM20,000. Nilai 10% deposit ialah RM20,000. Let say kita tiada simpanan langsung, maka 10% deposit perlu diutamakan. Sebab itu saya katakan, rumah mestilah tidak terlalu rosak.

7.    7.   Ada kerosakan rumah yang boleh diambil kira dalam proses negosiasi harga rumah. Bukan semua jenis kerosakan ya. Selalunya, kerosakan yang bersifat kekal sepeti lubang pada dinding. Jika lubang ada pada pintu, pintu boleh diganti, jadi tidak boleh minta ganti rugi. Oh ya, harga rumah seterusnya akan dinilai oleh pihak lawyer dan pihak bank selepas kita confirm nak beli rumah. Tapi itu lambat lagi. Jadi, buat masa ini kita sekadar berkira-kira bajet dan modal terlebih dahulu.

8.   8.    Sudah confirm, sudah hubungi tuan rumah? Sila pergi ke LPH. Apa itu LPH? Jika anda membeli rumah kos rendah, anda akan melalui proses permohonan di LPH. LPH di Selangor terletak di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang terletak di Seksyen 5. Nama borang ialah “Permohonan Pindah Milik Rumah Kos Rendah / Rumah Awam Kos Rendah”.


No 2, merujuk kepada checklist yang perlu disediakan. Sila dengar betul-betul semasa pegawai itu memberi penerangan, nanti catatkan yang mana-mana perlu diisi dan tidak perlu diisi. 



9.   9.  Bawa borang “Permohonan Pindah Milik Rumah Kos Rendah / Rumah Awam Kos Rendah” tadi, salinan SNP rumah asal, IC, offer letter tempat kita berkerja dan penyata gaji terkini untuk tiga bulan kepada Lawyer berdekatan. Pemilihan lawyer juga penting. Anda boleh bertanya dengan jiran-jiran berdekatan, kawan-kawan tentang lawyer yang pernah menguruskan pembelian rumah kos rendah. Jika anda “main pilih” saja lawyer, mungkin anda akan berhadapan dengan masalah kerana lawyer yang selalu menguruskan pembelian rumah bukan kos rendah tidak terlalu faham cara kerja LPH (Lembaga Perumahan dan Hartanah) Negeri.

Semasa jumpa lawyer, lawyer akan terangkan serba-serbi tentang proses pembelian rumah supaya kita lebih faham. oh ya, kalau boleh ambil gambar dan tunjuk gambar rumah kepada lawyer. Mereka akan beri nasihat cara-cara nak berunding dengan tuan rumah.  

1    10. Sekurang-kurangnya dua minggu selepas kita berjumpa lawyer, Letter Undertaking akan dikeluarkan oleh pihak lawyer kepada developer asal rumah. Contohnya, Sime Darby Property, SP Setia etc. Tujuan letter undertaking adalah untuk mengatakan persetujuan tuan rumah asal untuk menjual rumah tersebut.

1    11. Ketika proses letter undertaking itu dilakukan, kita boleh bersedia menghantar permohonan pinjaman rumah kepada bank-bank berdekatan. Anda boleh check berapa percent interest setiap bank. Contohnya, CIMB 5%, Maybank 4%, ini adalah kadar yang saya dapat pada Julai 2018 yang lalu. Caranya mudah, anda hanya perlu bawa salinan ic, salinan bank statement di mana gaji kita masuk, salinan offer letter dan penyata 3 bulan gaji. Isi borang yang diberikan oleh bank, tunggu giliran dan Pegawai bank akan bagitahu berapa RM yang layak dipinjam.

Di sini, kita perlu ingat, rumah second hand perlu membayar 10% deposit. Deposit ini akan diberikan kepada tuan rumah. Jadi kalau boleh, kita adakan perjanjian dengan tuan rumah (OTP – akan saya ceritakan di point seterusnya). Jika boleh, nego dengan tuan rumah untuk bayar booking sahaja seperti nilai RM1000, sementara urusan bank selesai. Sebab itu, perlunya membeli dari tuan rumah asal yang mudah dihubungi dan tidak berlagak.

1    12. Seterusnya, OTP. OTP atau Offer To Purchase. Kita buat sendiri hokey, lawyer tidak akan tolong buatkan. Ia adalah surat perjanjian jual beli antara pembeli dan tuan rumah asal. Isi kandungannya menyatakan kita nak beli dan ada bagi duit booking sementara pinjaman selesai, perlu ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak. Kemudian, surat OTP akan di chop di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

Surat OTP boleh diperoleh dari hasil google internet sahaja. Bawa surat OTP, dan kita isi borang pesuruhjaya sumpah dengan mengatakan lampiran yang dibawa (OTP) adalah benar. Borang pesuruhjaya sumpah ini standard ya. Jangan reka-reka formatnya. Yang penting, bawa saja OTP di hadapan pesuruhjaya sumpah, cerita serba sedikit, nanti mereka akan tolong taip. OTP ini nanti serahkan kepada lawyer. Oh ya tujuan OTP ini sebagai satu warranty atau surat jaminan kepada kita, jika tuan rumah ada “buat hal” kelak.

1    13. Checklist dalam borang “Permohonan Pindah Milik Rumah Kos Rendah / Rumah Awam Kos Rendah” ada yang perlu disediakan oleh kita dan tuan rumah. Boleh rujuk kepada lawyer, yang mana lawyer boleh bantu dan yang mana satu kita perlu buat sendiri. Ingat ya, setiap apa yang kita minta lawyer buat, akan ada kos. Jadi selagi kita boleh buat, buatlah sendiri ya. Tuan rumah perlu beri kerjasama untuk sediakan semua benda yang diperlukan juga. Semakin lambat kita uruskan, semakin lambat kita nak beli.

1    14. Selepas berbincang, ada beberapa perkara yang perlu saya buat sendiri. Salah satu checklist dalam borang “Permohonan Pindah Milik Rumah Kos Rendah / Rumah Awam Kos Rendah” ialah geran. Geran asal mungkin telah ada di tangan tuan rumah. Sila tanya tuan rumah terlebih dahulu. Kalau tuan rumah tidak ada geran asal, makan, kita perlu buat “Carian Geran” di Bahagian Tanah dan Galian Negeri atau Daerah. Macam mana nak tahu, nak cari kat mana? Di dalam SNP, terdapat satu tulisan begini , H.S (D) dan H.S (M). D bermaksud Daerah, maka boleh cari di bahagian Tanah Galian Negeri. M bermaksud Mukim dan anda boleh cari di bahagian  Tanah dan Galian Daerah. Kalau tidak pasti, rujuk kepada lawyer.

“Carian Geran” dilakukan sendiri okay. Kalau suruh lawyer tolong buat, nanti tambah kos. Hihi. Nama borang yang kita perlu isi, “Borang Carian Rasmi” warna kuning. Ada beberapa maklumat yang kita perlu isi. Maklumat ini akan diberikan oleh lawyer selepas Letter Undertaking tadi dibuat. Bayaran yang dikenakan ialah RM50. Tunggu dalam dua minggu, nanti pihak mereka akan telefon kita dan kita perlu ambil sendiri.

Borang ini berwarna kuning ya. 

1    15. Salah satu checklist dalam borang “Permohonan Pindah Milik Rumah Kos Rendah / Rumah Awam Kos Rendah” ialah penyata pendapatan terkini. Suka saya ingatkan, pendapatan isi rumah mestilah bawah RM5000. Jika suami atau isteri berkerja sendiri, kita dikehendaki membuat surat dan ada chop rasmi Pesuruhjaya Sumpah yang mengatakan berkerja sendiri. Dalam surat itu, boleh ishtiharkan berapa gaji sebulan. Ada sesetengah tempat (Pesuruhjaya Sumpah) menyediakan perkhidmatan menulis surat bagi pihak kita, hanya perlu bayar sahaja, jadi mudah kerja kita. Jika tidak berjumpa Pesuruhjaya Sumpah seperti ini, kita perlu buat sendiri.

1    16. Sediakan semua yang diperlukan di checklist dalam borang “Permohonan Pindah Milik Rumah Kos Rendah / Rumah”, dan hantar kepada LPH, bayar RM50. Dalam dua minggu atau sebulan waktu berkerja, dapatlah surat yang mengatakan kita layak atau tidak. Hoyyeh…! Barulah kita kembali mencari bank untuk membuat pinjaman dengan lebih tekun. Tadi macam survey-survey gitu.

1    17. Serahkan surat Offer Letter daripada LPH kepada lawyer, lawyer akan uruskan segala-galanya. Tunggu saja sampai SNP baru keluar……. Yeay!!!!! Oh ya, jika LPH mengatakan kita tidak layak membeli rumah kos rendah, maka segala usaha yang kita lakukan tadi adalah sia-sia. Ini sangat serious! Tapi, kos lawyer tetap kena bayar. Sebab itu, nak beli rumah kos rendah adalah kepada yang layak sahaja.

SSekian Terima Kasih. Semoga berguna kepada sesiapa yang nak beli. 

No comments: