Assalam wbt dan Hi,
Pada hari Ahad yang lalu, kami mengambil peluang pergi melawat
arnab di DARC, Denai Alam Recreational Park. Agak malang kerana setibanya kami di
sana, hujan turun dengan agak lebat membuatkan kami tidak berpeluang untuk
menunggang kuda. Kuda telah disimpan oleh pekerja-pekerja DARC di kandang tertutup.
Kami tidak boleh lihat dari luar khemah.
Kawasan DARC agak usang dan sedikit daif. Mungkin kurang
penjagaan rapi dek kerana kos penyelenggaraan yang agak tinggi. Sebenarnya jika
berpeluang untuk dimajukan, boleh menjemput ramai orang luar datang ke sini.
Kami sempat melawat kandang arnab dan reban ayam. Pelbagai jenis
ayam dapat dilihat. Namun ayam-ayam tersebut dikandang rapi dan kami tidak dibenarkan
masuk, hanya dapat melihat dari luar pagar besi. Walaupun begitu, itu sudah
cukup membuatkan Nasuha tersenyum lebar melihat telatah ayam. “Ayam! Ayam!”
jerit Nasuha. Gambar tidak disertakan kerana posing Mama sangat hazab.
Di hadapan reban ayam, terdapatnya kandang arnab yang agak
kecil. Kami perlu membayar sebanyak RM10 untuk dewasa dan kanak-kanak adalah
percuma. Penjaga kandang arnab memberikan dua bungkus lobak yang telah dipotong
tipis. Naqib dan Nasuha memang benar-benar gembira, mengejar arnab-arnab ke
sana dan ke sini. Naqib juga sudah berani untuk memberi makanan kepada arnab.
Selepas puas bermain dengan arnab, kami solat asar di surau
yang disediakan. Surau sangat bersih! Ada juga restoran kecil di bahagian dalam
tetapi kami tidak ke bahagian itu. Kami juga tidak lihat berapa ringgit harga
untuk menunggang kuda kerana kaunter ditutup. Mungkin perlu datang lagi semasa
hari cerah.
Sampai jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment