Assalam wbt
Saya pun tidak pasti ramai atau tidak orang tahu tentang kewujudan Sky Deck di Malaysia. Yang pasti, lebih ramai orang bangsa asing di sini berbanding orang Malaysia. hihi...
Pada 15.11.18 yang lepas, kami bercuti lalu mengambil
peluang untuk melawat Sky Deck atau Sky Box di Menara Kuala Lumpur. Semasa kami
membuat kaji selidik harga untuk ke Sky Deck ialah RM71. Harga ini pakej untuk
lawatan ke Sky Deck dan Observation Deck. Seperti yang saya pernah kongsi dalam
blog sebelum ini, Link , Observation Deck ini adalah tempat tertutup. Sky Deck
adalah ruang terbuka dan pada aras yang sama, kita boleh menjamu selera di
sebuah kafe yang disediakan.
Ruang Sky Deck ini mempunyai dua kotak yang berbeza, Box 1
dan Box 2. Box 1 berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas atau KLCC,
manakala Box 2 berlatarbelakangkan jalan-jalan utama di ibu kota Kuala Lumpur.
Saya juga tidak pasti nama jalan-jalan tersebut.
Bergambar di Sky Box 1, KL Tower
Berlantaikan kaca lutsinar, terus tembus sampai ke bawah. Jangan pandang bawah kalau gayat. hihi..
Kafe bersebelahan dengan Sky Box 1. Sepotong kuih berharga RM12.50 iaitu harga biasa sahaja tetapi setin air minuman berharga RM15 !! dan minimum pembelian adalah dua item. Nak atau tak nak mesti beli. Oh ya, boleh bergambar di kafe ini, jika membeli makanan mereka. kafe ini berdindingkan kaca lutsinar yang menhadap KLCC. sweet sangat! hehe
bergambar di Sky Box No 2.
Oh ya, berkenaan “Birthday Treat by KL Tower” atau “Hadiah
Sempena Hari Jadi daripada Menara Kuala Lumpur”, tiket adalah PERCUMA. Saya
ulangi, tiket percuma untuk pergi ke mana-mana di Menara KL. (Zoo Mini, Rumah
Terbalik, Aquaria) Oleh sebab kami hanya merancang untuk ke Sky Deck sahaja,
jadi harga RM71 dibelanja oleh Menara KL. Beruntunglah sesiapa yang pergi
bersama Birthday Boy atau Birthday Girl, tiket kita akan mendapat potongan
diskaun sebanyak 20% . Jimat dan berbaloi sangat. Jadi, daripada RM71, kami
perlu bayar RM52 sahaja.
Sebelum terlupa, saya suka nak bercerita kami juga mendapat
pakej sehelai gambar percuma yang sepatutnya berharga RM30 kalau tidak silap.
No comments:
Post a Comment