TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

14 Oct 2018

Review Sate Willy di Cawangan Kajang

Assalam wbt

Pada minggu lepas, kami sempat mengunjungi Restoran Sate Willy cawangan Kajang. Kedudukannya di deretan kedai dan berhadapan dengan tapak pembinaan mungkin menyebabkan tidak ramai berkunjung ke sini. Sebenarnya kami tidak tahu rasanya bagaimana. Kami hanya pergi ke sini kerana mencari sate terdekat yang bukan Sate Hj Samuri. Restoran Sate-Sate lain tidak banyak di review oleh geng bloggers dan google.



Saiznya agak besar tetapi harganya agak mahal. Secucuk sate daging berharga RM1.20 manakala secucuk sate ayam berharga RM1.10. Sayangnya servis terlalu lambat! Kami terpaksa tunggu lebih kurang 30 minit. Sebenarnya sate ayam sudah selesai dibakar, tetapi stail mereka tunggu juga selesai membakar sate daging baru menghantar ke meja kami. Sudahnya tidak habis dimakan kerana perut sudah masuk angin. Semasa mereka membakar sate daging giliran kami, dalam anggaran selepas 20 minit kami menunggu, sekumpulan perempuan singgah ke restoran ini. Untung mereka, tunggu sahaja 10 minit dan order sudah sampai. Pelayan juga menghantar kepada meja tersebut terlebih dahulu kerana mereka duduk lebih dekat dengan kaunter berbanding kami. 

Sepatutnya mereka boleh saja menghantar sate ayam sementara menunggu sate daging selesai dibakar. Nasib baik ada juga kata maaf. Kalau tidak, rasa nak marah. Yang penting, kami boikot Sate Willy. Selepas ini, kalau teringin sate lagi, kami tetap akan memilih Sate Hj Samuri. Titik. Servis mereka sangat bagus, jauh berbeza dengan Sate Willy. 


No comments: