TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

22 Oct 2018

Melihat Matahari Terbenam di Kuala Lumpur, KL Heli Lounge

Assalam wbt

Mesti ramai yang suka melihat matahari terbenam atau sunset tidak kira di mana sekalipun. Hari ini saya ingin berkongsi tempat hendak melihat sunset di Kuala Lumpur. Bukan di tepi pantai sahaja, di tengah kota juga ada. Tempat ini juga sudah digazetkan menjadi tempat tarikan di Kuala Lumpur.

Anda boleh datang ke sini dengan waze "Heli Lounge Bar" atau Menara KH, Jalan Sultan Ismail. Tempat agak sesak jadi pastikan sudah berada di KL pada pukul 5 petang. Parking di B3 atau B4 sahaja, RM12 sekali masuk. Parking banyak, so jangan risau. Sampai sahaja terus naik ke tingkat 34. Kalau tak pasti boleh tanya dengan pengawal yang menjaga.

KL Heli Lounge adalah ruang terbuka di tingkat atas. Ia akan dibuka pada pukul 6 petang sahaja. Sementara menunggu pintu dibuka, bolehlah duduk-duduk sahaja di bar mereka. Air yang kami order, air lemon dan air limau purut sahaja (lemon dan lime juice). Yang lain-lain macam syubhah. hehe. Harga segelas ialah RM25. Paling murahlah tu ya. hihi...

Oh ya, jika anda ingin ke sini dengan menaiki kenderaan awam atau public transport, boleh menaiki monorel, terus ke Raja Chulan. Kalau naik bas, saya tidak pasti pula.

inilah tangga yang menghubungkan bar dengan kawasan open-air tadi. banyak juga anak tangga yang perlu dilalui. hati-hati, sebab agak sempit. Boleh bawa air yang sudah dipesan tadi ke atas. 

Di belakang kami ada sunset. Ramai di sini nak ambil gambar kenangan, kami juga tidak mahu ketinggalan. 

Berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas, KLCC. Cantik kan?

Sekali tengok macam sedang melawat di luar negara sebab lebih ramai bukan Malaysia daripada Malaysia. Meja dan kerusi agak terhad, siapa cepat dia dapat. Actually gelas ini lebih kepada nak "chop" kerusi dan meja. hehe. kalau nak bergambar sekejap, ada lagi kerusi kita tu, tiada orang ambil. 

Selepas pukul 9 malam, partay (bak kata kawan saya) parti  akan bermula. Sila pakai dengan pakaian yang sesuai, jika tidak anda akan kena halau. Kami hanya sampai azan maghrib saja di sini. Turun ke tingkat 5 untuk menunaikan solat fardhu Maghrib, lalu pulang ke rumah. 


Jadi, jomlah datang sini.

No comments: