Sudah datang ke kawasan Sekinchan, tidak sah kalau kita tidak pergi ke Pantai Redang Sekinchan. Pantai ini memang famous untuk menyaksikan matahari terbenam. Memang cantik sangat! Banyak tempat duduk di sini jadi bolehlah sambil rehat-rehat. Di sini tak boleh mandi tau, cuma boleh main pasir sahaja. Ada batu-batu yang ditambak di hujung (seperti dalam gambar), sangat cantik nak ambil gambar di situ, tapi ramai manusia jadi kena sabar juga.
gambar ehsan google
Subhandallah cantik!!!!
gambar ehsan google
Sebelum matahari terbenam, boleh menyaksikan bagaimana kapal ikan pulang dari laut membawa muatan ikan. Kalau kapal terbang ada signal untuk mendarat, kapal tongkang ikan juga ada signal yang membantu mereka berlabuh dengan baik dan tidak berlanggar antara satu sama lain. Memang tersusun, beratur satu-satu dari jauh, memang kita boleh nampak. Best juga perhatikan hehe. Lepastu ada juga tempat duduk buaian dan rumah atas pokok yang kita boleh cuba-cuba naik kerana ada tangga di situ, percuma sahaja.
Kemudian, adalah hiburan seperti bas double decker hop on hop off, yang bahagian atas tidak berbumbung. Boleh naik dengan membayar RM5 sekepala. Ramai yang nak naik bas ini, jadi kena beratur panjang ya.
gambar ehsan google
Ada juga tempat menjaja air dan makanan simple seperti buah dan fishball, ikan masin dan keropok. Makan-makan berat dan nasi tak ada pula di sini. Parkingnya banyak jangan risau. Oh ya, masuk percuma! Yeah!!!
p/s: maafler gambar semua ehsan google
Jemput datang!
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment