Jika korang teringin nak ambil kucing sebagai kucing angkat, bolehlah korang datang ke sini ya. Boleh juga cari anjing di sini juga. Banyak sangat kucing cantik-cantik. Ada yang sudah disunat dan ada yang juga belum disunatkan. Di pintu masuk ada ditulis, sudah ready utk di adopt atau belum ready. Ada yang kecil, ada yang sudah matang. Memang banyak sangat. Kalau yang sudah matang, maknanya tak payah nak ajar sangat macam mana nak kencing berak dalam pasir.
Harganya bergantung kepada jenis, dalam range harga RM180 ke atas. Dan tak sampai RM500. Memang murah. Lepas korang dah confirm nak pilih kucing yang mana, korang pergilah bagitahu dengan staff office, nanti dia discuss harga semuanya. Boleh bayar cash atau online.
Jalan PJU 1A/20, Ara Damansara, 47301 Subang, Selangor
Dibuka setiap hari kecuali hari Rabu, jam 9 pagi hingga 4 petang sahaja. Datanglah ke sini ya bila-bila. Ada tabung derma juga kalau korang nak derma semata-mata. Warning sikit, baunya agak busuk, jadi pakailah mask. hehe....
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment