TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

1 Jul 2022

Tukar Kad Debit Maybank di Kiosk Layan Diri Maybank Taipan USJ 10 Subang Jaya, Tidak Perlu Pergi Ke Kaunter Lagi

Assalam wbt dan Hai,

Memang mudah sangat-sangat ye kawan-kawan sekarang ini nak tukar kad debit Maybank. Tak perlu beratur susah-susah di kaunter. Hanya perlu tukar terus di kiosk Maybank Taipan, ada di USJ 10 Subang Jaya. Senang dan cepat tak sampai 5 minit!

Bila perlu tukar kad debit? 6 bulan sebelum atau 6 bulan selepas tarikh yang ada di atas kad debit korang. 

Mula-mula korang pilih BAHASA terlebih dahulu. Ada tiga bahasa sahaja, English, Bahasa Malaysia dan Mandarin. Selebihnya, follow betul-betul instruction. Kalau dia suruh masukkan kad debit, masukkanlah mengikut tempat yang disediakan. Kalau dia suruh masukkan IC, ha masukkanlah macamtu. Lepastu dia suruh masukkan nombor pin. Untuk tidak keliru, aku masukkan nombor pin kad debit yang lama. Jadi kad baru korang mesin ini settingkan mengikut nombor pin kad debit yang lama. Tak lama itu, dah keluar kad baru. Kad baru akan keluar di tempat yg dia sediakan. 

Selepas itu, korang testlah pada mesin atm di sebelah, guna nombor pin kad debit lama tadi, boleh baca sudah. yeah.. mudah.... Kalau korang nak tukar nombor pin, pilihlah menu tukar nombor pin di mesin atm macam biasa itu.... 


terletak di hujung sekali tepi dinding. 


Bila boleh tukar? selagi shutter pintu Maybank Taipan USJ10 masih dibuka, selagi itu boleh guna, tak kisah waktu berkerja atau hujung minggu. Memudahkan. Terima kasih Maybank.


Moga bermanfaat.


Terima kasih. 

No comments: