TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

8 Jul 2022

Kirim Wang Ke Luar Negara Dengan Fee Lebih Murah di Ejen Western Union

Assalam wbt dan Hai,

Kalau korang nak kirim duit ke luar negara? Korang boleh cuba ke mana-mana ejen Moneygram atau Western Union. Contohnya, kami pilih Western Union yang terletak di Sunway Pyramid. Selepas giliran nombor kita dipanggil, kita akan bagitahu nama penuh. Kemudian, kita bagitahu nama penerima. Nama penerima mesti ada surname. WAJIB ye.. Kalau tak ada surname, nama tak valid. atau senang kata, nama itu mesti sama dengan nama IC / Passport / ID. Kalau tak sama, tak boleh retrieve duit. Selepas urusan bagi duit ke Western Union selesai, mereka akan bagi satu no kod kepada pengirim. No kod ini perlu dikongsikan kepada si penerima.

Cara nak retrieve duit, penerima akan pergi ke Western Union kawasan dia, dan bagitahu no kod tadi dan tunjukkanlah IC/Passport/ID dia. Apabila sudah confirm match, hah boleh dahlah ambil duit tersebut. Mudah sangat. Hari ini hantar, esok dah sampai duitnya. 

Boleh juga guna Maybank ke apa-apa bank pun untuk money transfer ke overseas, tapi macam rate dia mahal sikit iaitu dalam USD10. Dengan Western Union, cuma bayar RM15 fee. Jimat betul! 



Moga bermanfaat. Terima kasih. 


No comments: