Boleh nak buat akaun CIMB tanpa mengemukakan offer letter, tapi korang just bawa incase mereka tanya. Kemudian, bayar RM40 sahaja untuk akaun baru. Isi borang menggunakan QR code yang kita scan di kaunter ambil nombor giliran. Jangan lupa bawa bil rumah yang ada nama dan alamat kita. Contoh bil telefon kalau bil letrik nanti nama tuan rumah pulak, almaklum penyewa aje kan. Kalau alamat kita dalam IC berdekatan dengan bank tempat kita buka akaun, tak perlulah bawa salinan bil.
Kalau nak buat kad debit baru, pastikan tarikh expired (atas kad) adalah 6 bulan sebelum atau 6 bulan selepas. Isi form yang kaunter ambil nombor giliran bagi, kemudian tunggu sehingga nombor kita dipanggil. Sudah selesai tukar kad, korang dapat no pin kad debit yang baru melalui mesej. Jadi, jangan lupa bawa handphone bersama. Pergi ke mesin atm, dan tukar nombor pin yang baru. Mudah dan cepat, dan staff di kaunter sangat mesra. Terima kasih ya kaunter no 6 tarikh 30 Jun 2022.
Kemudian, kalau korang baru dapat kerja, HR mesti minta maklumat akaun. Dalam website CIMB tak ada account information yang skima, dia tak berapa skima, yang kau kena screenshot lepastu edit sikit biar tak nampak baki akaun. Tak cantiklah kan... Kalau company korang skimas, info ini tak berapa valid. Jadi, korang kena print out account information di CIMB branch mana-mana. korang pergi saja di kaunter CIMB, dan bagitahu nak account info untuk kerja baru. Nanti mereka akan bagi lepastu cop certified true copy daripada bank.
Sekian. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment