TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

20 Jul 2022

Melawat Petting Zoo, Saville Wonderland di Semenyih Selangor

Assalam wbt dan Hai,

Boleh check di FB Saville Wonderland

Alamat boleh google map di Saville Free Range Agro.

Masuk sini, dewasa bayar RM8 dan kanak-kanak bayar RM7. OKU Percuma. Tempat ini dibuka pada setiap hari dan cuti umum setiap jam 9 pagi hingga 6 petang. 

Apa aktiviti menarik di sini?
1. Petting Zoo (ada kucing, sesumpah, ayam, arnab, merak, burung kakak tua, rusa, burung unta, kambing, lembu, kerbau, kuda)
2. Memancing (bawa alat pancing sendiri)
3. Memanah (1 pax dapat 10 panah, iaitu RM10 sahaja)
4. Menunggang kuda (akan diberitahu kelak dalam FB)


Review:
Kambing yang memang sangat jinak! yang dia boleh jalan-jalan sebelah kita, tak pernah jumpa kambing sejinak itu. Memang betul-betul petting zoo. Yang free and easy ialah arnab, ayam biasa, ayam belanda, dan kambing. Arnab semuanya rehat-rehat sebab panas. Seronok bagi makanan pada haiwan. Guna tangan sendirilah wey.. Haha..

Semua binatang dalam kandang seperti rusa, lembu dan burung unta, ya hampun excited kalau ada pengunjung nak bagi makanan, pelahap masing-masing. 

Ada toilet, ada jual air boleh belilah. Ada juga aiskrim artisan iaitu yang mereka buat sendiri. Sedap weh cuma mahal yelah, artisan kan... RM6 semangkuk aiskrim. 





Jomlah datang sini... 


Terima kasih. 

No comments: