TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

30 Jun 2022

Amalan Bacaan Pada 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

Assalam wbt dan Hai,

Wazhifah 10 Hari Pertama pada bulan Zulhijjah. 

💓 1000 x Lailahaillallah
💓 1000 x Selawat kepada Rasulullah SAW
💓 1000 x Kalimah Syahadah
💓 100 x Surah Al-Ikhlas
💓 100 x Ya Lathif
💓 100 x Ya Jabbar, Ya Ghaffar
💓 100 x Ya Mu'ín Al-Ajizin
💓 100 x Astaghfirullahaladzim




Semoga sama-sama kita amalkan. 


Terima kasih. 

29 Jun 2022

Pengalaman Terasa Panjang Masa Ketika di Haramain

Pengalaman Membaca Doa Berhenti atau Menangguhkan Darah Haid Sementara, Semasa Menunaikan Umrah

Assalam wbt dan Hai,


Ayat dan doa di bawah ini bertujuan untuk menangguh dan menghentikan sementara pusingan haid kaum wanita. Ia boleh digunakan sebagai suatu ikhtiar untuk mengatasi penyakit reproduktif wanita dan bagi kelancaran mengerjakan ibadah Ramadhan mahupun ibadah haji dan umrah.

Sekiranya memang waktu sepatutnya ‘keuzuran’ atau didatangi haid dan ingin melakukan sesuatu ibadah atau berlaku sesuatu yang tidak dapat dielakkan seperti perubahan jadual perjalanan dan flight semasa hendak menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Maka bolehlah diikhtiarkan membaca dan mengamalkan doa berikut:



A.  Doa


Doa dan ikhtiar bagi menangguh dan menghentikan sementara haid wanita.


doa ikhtiar henti haid 1




B.  Bacaan Ayat dan Surah

 

Baca ayat-ayat berikut setiap satunya sekali:


 1)  Ayat pertama, surah Al-Masad (Al-Lahab) : 


doa ikhtiar henti haid 2


2)  Baca dari ayat 38, Surah Yaasin :

doa ikhtiar henti haid 3


3)  Baca sebahagian dari ayat 44, Surah Hud :

doa ikhtiar henti haid 4


4)  Baca sekali Surah Al-Ikhlas : Ayat 1 – 4

doa ikhtiar henti haid 6


5)  Baca Selawat Nabi :.

doa ikhtiar henti haid 7



Doa penahan dan ayat-ayat di atas boleh juga digunakan untuk menahan darah akibat luka/ kemalangan, tumpah darah yang tiada henti, cirit-birit, muntah-muntah dan sebagainya.


 C.  Cara Mengamalkannya:

 

  1. Apabila selesai membaca ayat 1, 2 dan 3, tekankan lidah ke lelangit, tarik nafas dan tahan selama 5 saat sambil berdoa (mohon dihentikan sementara haid sehingga selesai ibadah haji / umrah) lalu dihembuskan ke dalam air.
  1. Diteruskan membaca surah Al-Ikhlas dan ketika berhenti pada setiap hujung ayat hendaklah disebutkan niatnya dalam hati di situ; contohnya, “Ya Allah! Berhentikanlah darah ini.” Lalu ditiupkan ke dalam air.
  1. Diakhiri dengan membaca Selawat Nabi lalu dihembuskan ke dalam air kemudian dibuat minum. Insya’Allah mujarab.
  1. Boleh juga ditiupkan dan sapu sebanyak tiga kali pada bahagian ari-ari atau peranakan iaitu di bahagian atas dan bawah perut.
  1. Bermohonlah dengan sepenuh keikhlasan hati dan bersungguh-sungguh kerana segala yang berlaku adalah dengan izin Allah سبحانه وتعالى. Sekiranya Allah سبحانه وتعالى mengizinkan, maka kitaran haidnya akan tertangguh sehingga ke suatu masa yang dikehendaki.




D.  Doa Penamat


Apabila telah selesai sesuatu ibadah dan tempohnya. Bagi membuka dan untuk mengembalikannya kepada kitaran haid yang normal semula, maka bacalah doa Rasulullah ﷺ sepertimana terdapat dalam Surah Al-Isra’ berikut:


doa ikhtiar kembalikan semul haid terhenti SQ

.

.

ULASAN SAYA

Adapun doa menangguhkan kedatangan haid adalah satu ikhtiar kita. Kita juga disarankan untuk solat hajat semoga kita tidak didatangi haid ketika menunaikan ibadah umrah/haji. Doa banyak-banyak semoga Allah permudahkan urusan kita. 

Buat pengetahuan saudari yang membaca, saya peroleh ilmu ini ketika menunaikan umrah. Jika kita didatangi haid ketika kapal terbang berlepas dari Malaysia ke Jeddah (masuk Mekah terlebih dahulu), pastikan kita bersih dari haid (tukar pad bersih) semasa sedang niat di Miqat Qarnul Manazil. Ketika berniat di dalam kapal terbang, kita semua memang niat bersyarat. Setibanya di Mekah, kita tidak boleh terus menunaikan umrah seperti orang lain, kita perlu tunggu dahulu sehingga darah berhenti. Ingat ya, kita masih dalam ihram jadi tertakluk kepada 13 pantang larang. Contohnya, hari ketiga tiba-tiba darah tiada. Masa itu, cepat-cepat bagitahu Mutawwif, mereka akan pandu kita untuk tawaf, saie kemudian bertahallul sebelum darah haid turun semula. Selesai umrah pertama. Pastikan tiada darah sepanjang 3 rukun umrah tadi. Jika sepanjang berada di Mekah selama 7 hari, darah tetap tidak berhenti langsung sung sung, maka kita perlu bayar dam sebanyak seekor kambing dalam SR350 kemudian bertahallul untuk membebaskan diri daripada ihram. 

Selain itu juga, kita boleh makan pil menangguhkan haid (in english contraceptive pill seperti Yasmeen). Saya juga makan pill ini sebulan sebelum berangkat ke tanah suci kerana badan kita perlu menstabilkan hormon. Jangan esok nak pergi, baru nak makan pil hari ini. Boleh jadi tak dapat menangguhkan haid.

Walau apa pun, pastikan bawa pad dan pantiliner banyak-banyak atau beli di sana banyak-banyak, sebab kita mesti mementingkan kebersihan sepanjang menunaikan umrah. 

Semoga bermanfaat. Insya Allah.



Terima kasih. 


28 Jun 2022

Petua Dilindungi Sepanjang Keluar Rumah - Doa Keluar Rumah

Assalam wbt dan Hai,

Doa yang baik untuk diamalkan ketika keluar rumah. Insya Allah.

1) Ayat Kursi. 

2) Bacalah ini. 


 بِسْـمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُـرُّ مَعَ اسْـمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي الْسَّمَـآءِ وَهُوَ الْسَّمِيْـعُ الْعَلِيْـمُ

Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada suatu pun, baik di bumi mahupun di langit dapat memberi bencana, dan Dia Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. 

 

Dari Ibn Hibban; Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Hamba-hamba Allah yang membaca doa ini pada waktu pagi dan petang tiga kali, tiada apa jua kesakitan akan dialaminya.”

 




Semoga kita terhindar daripada anasir jahat ketika berada di luar rumah. Insya Allah. Aamiin ya Rabbal Alamin. 


Terima kasih. 

27 Jun 2022

Pengalaman Simpan Emas Dinar Lebih 10 Tahun, Sejak 2011 Sehingga Kini

Assalam wbt dan Hai,

Alhamdulillah sejak tahun 2011, kami diberi kesedaran untuk membeli emas dinar. Masa itu masih belum timbul banyak kesedaran dalam menyimpan emas. Emas yang ada di pasaran pula kebanyakannya Emas 916 dalam bentuk syiling dinar. Cara nak beli pula memang melalui orang tengah, belum ada website seperti PGMall dan Shopee. Ejen emas pun belum ramai. 

Semasa kami beli pada tahun 2011, 1 dinar Emas 916 (22K) bersamaan 4.25gram, harganya dalam RM600+ sahaja. 1 dinar Emas 999 pada tahun 2011, kemungkinan harganya juga lebih kurang sama. Pada Jun 2022, 1 dinar Emas 999 (24K) bersamaan 4.25gram ialah RM1200+. Walaupun perbandingan bukan apple to apple, tetapi kita dapat lihat dalam tempoh 10 tahun iaitu 2011 hingga 2022, harga perbezaannya dalam RM600 sahaja.



Jadi mengikut pengalaman 10 tahun menyimpan emas, sebenarnya nak simpan emas memang perlu ada tujuan. Simpan sebab nak kaya, atau sebab terfikir satu hari nanti wang kertas sudah lagi tidak bernilai atau memang saja suka-suka sebab ada wang berlebihan. 

Pada kami, tujuan menyimpan emas kerana kami yakin suatu hari nanti, wang kertas sudah lagi tidak bernilai. Masa itu, wang beribu-ribu dalam bank pun tak boleh nak keluar. Wang yang ada di tangan juga tidak boleh digunakan untuk proses jual dan beli. Emas bukan untuk kaya, tapi kelangsungan hidup pada masa sulit suatu hari nanti. Terutamanya dalam menghadapi akhir zaman hendak melawan dajjal dan konconya. Sekiranya kami syahid awal, emas boleh diwariskan kepada anak-anak (keturunan) atau pahlawan-pahlawan Islam yang ingin syahid bersama Imam Mahdi kelak. Jika korang ada niat begini, insyaAllah menyimpan emas bukanlah suatu amalan yang sia-sia, ia akan membantu korang suatu hari nanti.

Mengikut pemerhatian, harga emas tidak naik mendadak sepanjang tempoh 10 tahun. Mungkin perlu simpan lebih lama daripada itu, mungkin dalam tempoh 20 tahun ke atas baru nampak perubahan harga.


PAJAK EMAS DINAR JENIS SYILING

Untuk tujuan memajak emas, korang boleh pergi ke mana-mana cawangan Ar-Rahnu berhampiran untuk mendapat harga yang berpatutan kerana mengikut harga semasa iaitu RM270 untuk 1gram. Untung dan berbaloi sangat. Kenapa pilih Ar-Rahnu sebab bebas unsur riba dan syubhah. Mereka tidak menipu gram, tiada interest, dan jujur dalam menyenaraikan upah simpan emas. Kalau korang pilih Pusat Pajak Gadai yang lain-lain (seperti yang beragama bukan Islam), berkemungkinan ada unsur riba, dan riba itu haram. Selagi kita boleh memilih untuk yang halal, kenapa pula memilih yang haram. Kan?

Di Emas Ar-Rahnu, mereka akan memberi pinjam (harga pajakan) iaitu wang sebanyak 70% dari nilai emas yang kita ada.

Contoh kiraan:

1 dinar emas 916 = 4.25gram = RM1,147.76
1 gram mengikut harga semasa = RM270 

70% harga pajakan ialah RM803.43. Alhamdulillah menguntungkan, sebab itu memang ramai memilih untuk memajak emas di sini. 

Untuk makluman, di Ar-Rahnu tiada gadai, hanya pajak sahaja. 


EMAS JENIS KAD

Untuk apa sebenarnya emas dinar ada kad? jawapannya, sebab nak letak nombor siri. Ketika proses pajak gadai, nombor siri ini menunjukkan yang emas ini original, bukan tipu-tipu cap bangkok ke, cap korea ke... Lagi satu, mereka di Ar-Rahnu dan seangkatan ada mesin timbang emas, boleh check emas palsu ke original. Cuma, ada nombor siri ini menguatkanlah bukti. 


JUAL/PAJAK EMAS JENIS KAD PUBLIC GOLD 

Untuk menjual emas pula, yang dalam bentuk syiling dinar memang mudah untuk dijual. TAPI, TAPI kalau korang beli yang jenis kad di PG Mall, tak semua tempat boleh ambil untuk jual atau pajak emas jenis ini. Sebab apa, sebab emas PG dilekatkan sekali dengan kad tersebut, once keluarkan emas dari kad, akan jatuh harga. Hakikatnya kad ini bertujuan nak cantik-cantik.

1 gram Emas 999 (bentuk syiling) = RM280
1 gram Emas 999 (bentuk kad) = RM350
Kan beza kan...

Kami pernah cuba pajak emas PG jenis kad di Ar-Rahnu tetapi mereka tak terima. Kalau nak pajak/gadai juga, kena keluarkan emas tersebut daripada kad. Tapi once keluarkan, korang tak boleh jual pula kepada branch Public Gold sebab dah mengubah kejadian asal.. Huhu. Jadi akhirnya kami perlu pajak/jual emas jenis kad public gold di branch Public Gold itu sendiri. Harga, boleh terus rujuk di website KLIK PUBLIC COLD MALAYSIA 



JUAL/PAJAK EMAS JENIS KAD ORO DESIGN 

Kalau korang beli emas dari ORO Design, kad dan syiling dinar adalah dua entiti yang berbeza. Korang boleh keluarkan emas dari kad kalau korang nak pajak gadai. Mudah sangat, jadi kad itu tak bawa erti apa-apa, just nak cantik-cantik saja. Lagi best, boleh buyback juga. 


Kami belum menjual emas lagi, tapi kalau berminat nak join jadi ahli emas, kami boleh bagi nombor telefon yang korang boleh refer. 


Jika posting ini sampai ke mata korang untuk dibaca, moga memberi manfaat.


Terima kasih. 


Sarapan Nasi Lemak di Mamak Stadium USJ 16

Assalam wbt dan Hai,

Ye, siapa nak sarapan nasi lemak, ada disediakan di Restoran Mamak Stadium USJ 16. Hehe. Kotlah ada yang tertanya-tanya ada ke tak.... Ye roti canai memang masih sedap, lembut saja. Tempat favorite kalau mamak di kawasan Subang Jaya. 


Pertama kali kami makan, memang sedap sangat-sangat di sini. 

Harganya dalam RM3+ bergantung kepada lauk yang korang ambil. Kalau korang rasa nak datang singgah sini, parking pun banyak. Tempat ada yang open, ada juga yang beraircond di dalam bilik. Kalau korang nak makan ayam goreng mamak, pagi-pagi jarang ada. Selalunya dalam pukul 9-10 ke atas baru ada ya. 

Datanglah makan di sini. 

Terima kasih. 

26 Jun 2022

Makan Nasi Lemak di Tasha Nasi Lemak, PJS 11 Bandar Sunway

Assalam wbt dan Hai,

Asyik-asyik makan, asyik-asyik makan. Mana taknya bertambah berat badan. Insya Allah minggu depan aku kerja, nanti dah tak adalah posting sarapan pagi lagi di belog aku. Kihkih. Walaupun tempat makan cuma berkisar di kawasan rumah aku saja, tapi aku enjoy gak rasa makan-makan nasi lemak. Ye, aku cuma sukanya cari nasi lemak sahaja. 

Kalau korang berpeluang ke arah Bandar Sunway, boleh pergi ke PJS 11, iaitu kawasan berdekatan dengan Sunway University. Di sini ada sebuah gerai dalam foodcourt, gerai diberi nama Tasha Nasi Lemak. 

Sepinggan berharga RM2.50

Sambal nasi lemak, pedas gileeee makaih tapi sedap sampai kena tambah dua kali, sikit sangat tak cukup! Sedap kena tekak yang memang boleh repeat lagi dan lagi dan lagi next time, insya Allah.

Gerai hujung-hujung sikit. Ambil sikit gambar pakcik. Jangan risau ya, pinggan dicuci sendiri oleh pakcik, jadi tak adalah syak syubhah, tercampur pinggan dengan orang lain punya. Hah gituewwww...

Lepas kau order makanan, kau duduk je, tak lama gitu ada seorang waiter datang tanya nak minum air apa. nanti korang order, dah sampai air terus bayar dan-dan itu juga. Simple. Yang makanan, nak bayar terus boleh, bayar nanti pun boleh. Di sini, ada banyak kerusi dan meja, cuma parking tak berapa banyak, ikut nasib dapat parking kat mana. Jangan lupa bayar tiket parking, takut kena clamp pula nanti. Hehe. Tak berapa pasti Sabtu dan Ahad buka ke tidak, lupa nak tanya. Esok-esok aku tanya lagi ye. 


Selamat menjamu selera.


Terima kasih. 

25 Jun 2022

Makan Nasi Lemak di Kedai Mamak Anuar USJ Height, Subang Jaya

Assalam wbt dan Hai,

Ye ada satu lagi tempat nasi lemak mamak iaitu Restoran Mamak Anuar yang terletak di USJ Height, Subang Jaya. Kawasan kedai di situlah. 



Rasanya boleh tahan jugalah. Bolehlah korang cuba. Roti canai kat sini jenis lembut-lembut, bukan keras mamak. Lepastu sini pun ada nasi kandar. Hehe. Harga nasi kandar kat sini, belum cecah RM10 juga. 

Jemput makan.


Terima kasih. 

24 Jun 2022

Keutamaan Surah Ad-Dukhan Pada Malam Jumaat

Assalam wbt,


Keutamaan Surah Ad-Dukhan Pada Malam Jumaat

✿ Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca surat Ad-Dukhan pada malam hari, ia akan dimohonkan ampunan oleh seribu malaikat.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 4/620).

✿ Ubay bin Ka’b berkata bahwa Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca surat Ad-Dukhan pada malam Jum’at, ia akan diampuni dosanya.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 4/620).

✿ Abu Umamah berkata bahwa Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca surat Ad-Dukhan pada malam Jum’at atau hari Jum’at, ia akan dibangunkan oleh Allah rumah di surga.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 4/620).


SURAH  AD-DUKHAN  DAN  TERJEMAHANNYA

بسم الله الرحمن الرحيم

Haa, Miim. (1) Demi Al-Quran Kitab yang menerangkan kebenaran. (2) Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). (3) (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar). (4) Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul. (5) (Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya). (6) Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang-orang yang yakin (akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu). (7) Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dia lah Yang menghidupkan dan Yang mematikan; (Dia lah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu. (8)(Mereka tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan kepada mereka), bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara ugama.(9) Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat), (10) Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: “Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan”. (11) (Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!”. (12) Bagaimana mereka dapat beringat (menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu)? Pada hal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan-keterangan (yang cukup untuk mereka beriman)! (13) Sekalipun demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata (sesama sendiri): “Dia seorang yang diajar (oleh bangsa asing), dia juga seorang yang gila!” (14)Sesungguhnya (kalaulah) kami hapuskan azab itu barang sedikitpun, sudah tentu kamu akan kembali (kufur ingkar). (15) (Ingatlah! Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan dibinasakan) semasa Kami timpakan (kamu dengan) paluan yang besar (dari pihak lawan kamu); sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa (dengan azab yang seberat-beratnya). (16) Dan demi Sesungguhnya! Sebelum mereka, Kami telah menguji kaum Firaun, dan merekapun telah didatangi oleh seorang Rasul (Nabi Musa) Yang mulia, – (17) (Yang memberitahu kepada mereka dengan katanya): Berikanlah kepadaku wahai hamba-hamba Allah (apa-apa yang menandakan kamu menerima kerasulanku); sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, yang diutuskan kepada kamu. (18)

.

.

“Dan janganlah kamu berlaku sombong takbur terhadap Allah; sesungguhnya aku ada membawa kepada kamu mukjizat yang jelas nyata. (19) “Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.(20) “Dan sekiranya kamu tidak juga mahu berimankan kerasulanku, maka putuskanlah perhubungan kamu denganku (janganlah mengganggu daku).” (21) (Setelah Nabi Musa berputus asa daripada iman mereka), maka ia pun merayu kepada Tuhannya lalu berkata: “Sesungguhnya orang-orang ini adalah kaum yang berdosa, (yang telah sebati dengan kekufurannya, dan berhaklah mereka menerima balasan yang seburuk-buruknya)”. (22) Lalu (diperintahkan kepadanya): “Bawalah hamba-hambaku (pengikut-pengikutmu) keluar pada waktu malam, kerana sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan orang-orangnya). (23) “Dan tinggalkanlah laut itu dalam keadaan tenang – terbelah, kerana sesungguhnya mereka (yang mengejarmu itu) ialah tentera yang akan ditenggelamkan (sehingga binasa)”. (24) Banyak sungguh kebun-kebun dan matair, mereka tinggalkan, (25) Dan juga berbagai jenis tanaman serta tempat-tempat kediaman yang indah – mulia, (26)Dan juga kemewahan hidup, yang mereka sekian lama menikmatinya. (27) Demikianlah keadaannya (hukum Kami ke atas orang-orang yang derhaka); dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan orang-orangnya: milik kaum yang lain (kaum Bani Israil). (28) Mereka (ketika dibinasakan) itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi. (29) Dan demi sesungguhnya! Kami telah selamatkan kaum Bani Israil, dari azab yang menghina, – (30) Dari penindasan Firaun, sesungguhnya ia adalah seorang yang sombong takbur lagi terbilang dari orang-orang yang melampaui batas (dalam keganasan dan kekejamannya). (31) Dan demi sesungguhnya! Kami telah memilih mereka dengan berdasarkan pengetahuan (Kami) – menjadi lebih pangkatnya dari penduduk dunia (pada zaman itu), (32)Dan Kami berikan kepada mereka (melalui Nabi Musa) berbagai mukjizat yang mengandungi ujian yang jelas nyata (untuk melahirkan sikap mereka). (33) (Berbalik kepada kisah kaum musyrik penduduk Makkah, Allah berfirman): “Sesungguhnya mereka ini akan berkata (kepadamu – wahai Muhammad dan kepada pengikut-pengikutmu): (34) “Mati, hanyalah mati kita yang pertama (di dunia), dan kita tidak sekali-kali akan dibangkitkan hidup lagi (sesudah itu); (35) “(Jika tidak) maka bawakanlah datuk nenek kami (yang telah mati) kalau betul kamu orang-orang yang benar!” (36) (Mengapa mereka masih berdegil dalam kekufurannya?) Adakah mereka yang lebih kekuatan dan kehandalannya atau kaum “Tubba'” dan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu semuanya Kami telah binasakan, kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berdosa. (37) Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, secara main-main; (38) Tidaklah Kami menciptakan keduanya (serta segala yang ada di antaranya) melainkan kerana menzahirkan perkara-perkara yang benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).(39)

.

.

Sesungguhnya hari pemutusan hukum untuk memberi balasan, ialah masa untuk mereka semua berhimpun, –(40) Iaitu hari seseorang kerabat atau sahabat karib tidak dapat memberikan sebarang perlindungan kepada seseorang kerabat atau sahabat karibnya, dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan (untuk menghapuskan azab itu), (41) Kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. (42) (Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum, – (43) (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka). (44)(Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, – (45) Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya. (46) (Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka): “Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka. (47) “Kemudian curahkanlah di atas kepalanya – azab seksa – dari air panas yang menggelegak”. (48) (Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): “Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu)” (49)(Kemudian dikatakan kepada ahli neraka umumnya): “Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya!” (50) Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa. – (51) Ia itu di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya, (52)Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing). (53) Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. (54)Mereka meminta – di dalam Syurga itu – tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini), dalam keadaan aman sentosa. (55) Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain daripada mati yang mereka rasai (di dunia) dahulu; dan Allah selamatkan mereka dari azab neraka; (56) (Mereka diberikan semuanya itu) sebagai limpah kurnia dari Tuhanmu (wahai Muhammad); yang demikian itulah kemenangan yang besar. (57) Maka sesungguhnya tujuan Kami memudahkan Al-Quran dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya mereka (yang memahaminya) beringat dan insaf (untuk beriman dan mematuhinya). (58) (Kiranya mereka tidak berbuat demikian) maka tunggulah (wahai Muhammad akan kesudahan mereka), sesungguhnya mereka juga menunggu (akan kesudahanmu). (59)

23 Jun 2022

Lunch Nasi Goreng Daging di Gelojoh TTDI Jaya

Assalam wbt dan Hai,

Kami makan lunch di Gelojoh yang terletak di TTDI Jaya. I would say gerai, not restaurant sebab kedudukannya di kawasan gerai MBSA, yang berkongsi kawasan tempat makan dengan gerai-gerai lain. Masa kami datang, gerai lain tidak dibuka. Lokasinya sama kawasan dengan Warong Ambo TTDI Jaya, ada gerai di situ, korang boleh nampak signage dari arah parking.

Nasi Goreng UK

Nasi Goreng Daging

Sepinggan nasi goreng berharga RM9, semua sekalilah. Ada beberapa menu nasi goreng yang korang boleh pilih. Sedap memang sedap, cuma aku kenyang sikit. jadi tak habis makan. Bukan tak lalu makan. Minuman pun boleh order macam-macam. 

Datanglah sini lunch hari berkerja. Hari sabtu ahad aku tak berapa pasti buka ke tak. Sorrriiii....


Terima kasih. 

22 Jun 2022

Lunch Nasi Kandar di Restoran Mamak Pelita, Bandar Sunway Subang Jaya

Assalam wbt dan Hai,

Tadi kami lunch makan Nasi Kandar Pelita yang terletak di bandar Sunway, Subang Jaya. Susah nak cari parking di sini, tapi ada parking berbayar sejam RM3. Secawan air teh tarik masih berharga RM2. Air teh tarik sedap tapi panas gila, panas suam kuku saja. Heheh. Roti tampal masih RM2.20. Belum naik harga. 


Sepinggan nasi kandar simple habis dalam RM10. 

Betullah nasi kandar pelita memang sedap. Lama sangat tak makan. Hehe. Last makan tahun 2012 agaknyalahai. Lepastu, makan pun yang kat area KL punya. Ayam goreng pun sedap. Cuma kalau minta pendapat aku, ada nasi kandar lebih sedap dari sini. Hehe. 


Datang lah sini kalau boring nak makan masakan melayu.


Terima kasih. 

21 Jun 2022

Riadah dan Jalan-Jalan Percuma di Taman Persahabatan Selangor - Jepun di Seksyen 14 Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Kami pergi berlibur di Taman Persahabatan Selangor-Jepun yang terletak di Seksyen 14 Shah Alam. Korang boleh google map atau waze. Masuk percuma sahaja, dan boleh beli air botol atau dadih RM1 kalau nak menyumbang, ada di hadapan pintu masuk. Dibuka pada setiap hari kecuali hari Isnin jam 10 pagi hingga 6:30 petang. Senang cakap, Isnin tutup! 

Kalau korang familiar dengan kawasan Shah Alam, korang boleh terus ke arah Muzium Shah Alam. Hah tak payah waze. 



Korang nampak I Love Shah Alam, agak besar saiznya di tepi jalan, ada nampak kereta parking di situ, hah korang masuk kawasan situ. Ketika sedang mencari parking, korang halakan kepala korang ke arah kanan nampak macam pagar buluh-buluh kekuningan, hah dah dekatlah tu, mudah aje untuk orang yang tak guna google map. Hehe.

pintu masuk, buka SHARP 10 pagi, tak lebih tak kurang saatnya, bagus betul pakcik guard. Moga dipermudahkan urusan pakcik.

aku close up ye


Dari arah hadapan begini rupanya, asal nampak bumbung ini dah dekatlah korang. Nampak tak pagar buluh yang aku cakap tadi, dari luar mungkin tak nampak sangat tapi once korang masuk ke kawasan parking tadi, ya terus boleh nampak. 

Seperti blogger lain cerita, taman ini sempena memperingati keakraban Selangor dengan Jepun, kan banyak kilang dibina di Selangor. Jadi mereka membelanjakan dalam RM3.8 juta ya. LINK Luasnya dalam 242 meter persegi, besar juga dan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk pusing-pusing. Yang lama sebab ambil gambar. Hehe. Kalau kamera cantik, maka cantiklah hasil gambar. Simple. 

tempat cantik nak ambil gambar



Masa kami sampai, ada group photoshoot dengan jubah convo dan ada juga beberapa geng budak universiti tengah photoshoot friendship moment barangkali. kihkih, aku pun tak pasti. 



Nah nak ambil gambar dengan kimono? whatsapp mereka ya. 011-36368106 (Shahrul) atau 016-4113160 (Azlan). 


Semoga bermanfaat.


Terima kasih. 

20 Jun 2022

Coffee Drip Lover - Kopi Titis Zhulian Medium Roast dan Dark Roast Bau Wangi dan Menyegarkan

Assalam wbt dan Hai,

Memperkenalkan produk baru Zhulian iaitu Kopi Titis Zhulian, Coffee Drip Zhulian. Wow!!!


Oh! Anda tidak ada mesin pembuat kopi di rumah? Bagaimana pula jika mesin pembuat kopi anda rosak ketika anda amat memerlukan rangsangan kafein? Atau, anda tidak dapat menggunakan mesin pembuat kopi kerana anda tidak berada di rumah? Tiada masalah! Dengan KOPI TITIS ZHULIAN, mudah untuk anda menyediakan kopi tulen berkualiti bagai disediakan oleh barista kopi, tanpa mesin pembuat kopi!

KOPI TITIS ZHULIAN dihasilkan istimewa buat para pencinta kopi yang mahukan kesenangan tanpa sebarang kompromi terhadap kualiti. Dibungkus secara berasingan di dalam beg titis, ia memerlukan beberapa minit sahaja untuk dibru – sangat menyenangkan dan ia sedia dibru pada bila-bila masa dan di mana jua! Diperbuat daripada biji kopi Arabika 100% yang dipanggang sempurna, perisanya, keseimbangannya, kekayaan dan kehalusan rasanya pasti menyuntik kesegaran buat anda!





FB2551 RM34
Medium Roast Drip Coffee (Ethiopia Blend)
10 bag x 10g

FB2552 RM34
Dark Roast Drip Coffee (Colombia Blend)
10 bag x 10g

Cara nak membuat kopi titis Zhulian







Testimoni Berjaya


Nah Cara Macam Mana Nak Buat Kopi Titis (Video)


Apa tunggu lagi, boleh beli dari WHATSAPP Kakna


Terima kasih.