TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

7 Jun 2022

Sarapan Nasi Lemak dan Lontong Sedap di Gerai Nasi Lemak Mak Lang Viral, Seksyen 16 Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Baru aku tahu rupa-rupanya ada gerai makan di Seksyen 16, memang first time datang sini sebab nak makan nasi lemak viral. Memang datang sini, hampir habis masa jam 10 pagi. Roti canai yang terletak bertentangan dengan gerai nasi lemak ini juga sudah habis. Hew hew hew, kami yang sampai lewat. 

Masa kami datang, parking memang ada banyak kosong. Sebenarnya parking yang ada dalam 10 saja gitu, tapi kami bernasib baik sebab ramai sudah pulang. Ada dua saja gerai yang buka iaitu Gerai Nasi Lemak Mak Lang Viral dan Gerai Roti Canai (yang hampir tutup shutter roll dia. hehe). 

Kenapa kena datang?
1. Makanan SEMUA SEDAP! Kau hada jumpa kat mana-mana?
2. Banyak sangat menu, ada NASI LEMAK, LONTONG, SOTO, MEE GORENG dll
3. Lauk sampingan pun SEDAP, macam nasi lemak KERANG, nasi lemak SOTONG, RENDANG ayam, RENDANG daging, hah begitu
4. Air panas sedap sangat, memang tarik, kurang manis, pastu pekat, pastu panas gileeee... 
5. Air sejuk pekat memikat, contoh air milo...
6. Layanan baik makcik pakcik gerai nasi lemak yang menghiburkan hati

Sign board Medan Selera Serai memang ada sebelum masuk ke kawasan parking

Gerai tak ada nama, tapi glamour lagi viral weh. Memang tabik spring. 


Yang ini nasi lemak telur mata. Yang kisah kelakar telur mata. Masa aku order, telur mata sudah habis. Jadi pakcik kena goreng. Nama pun pakcik, kuali besar pun totap goreng sebiji sebiji. Haha. Pastu makcik tak puas hati, makcik kata "abang pi ambil order air orang tadi, biar saya goreng telur". Hah pastu makcik goreng telur dua bijik terus dalam satu kuali tadi, cepat gileeee, kejap je dah goreng 10 biji sementara pakcik tadi berulang tanya order air customer.... 

Lontong biasa, auto ada kuah kacang. Kalau taknak kuah kacang, kena bagitahu siap-siap tau. Dapat telur separuh. Yang ini aku ingat harga dia RM5.50 sebab portion memang banyak. 1 1/2 ketul nasi himpit. mana kau jumpa kat tempat lain tah banyak macam tu?? Sayur tak banyak tapi yang penting ada tauhu kering. Yelah ada sesetengah tempat tu, tauhu kering tak ada tapi yang ada hanyalah kubis semata-mata. HAHAHA.



Oleh sebab ramai sangat sampai tak menang tangan pakcik makcik, berdua saja berkerja, tiada pembantu. Banyak juga pinggan yang belum dikemas. Meja pun tak sempat nak lap selepas pelanggan pulang. Lepastu, makcik pakcik tiga-empat-lima kali tanya aku order apa. Lepastu, masa makcik hantar ke meja kami, dia minta maaf sebab lewat dan lama menunggu. Sejuk hati aku. Sebenarnya aku tak kisah pun, sebab memang makcik pakcik berdua saja kan.

Yang aku kelakar, pakcik tanya seorang customer, dia order apa. Pastu pakcik itu bagitahu makcik, orang ini order sekian sekian. Lepastu makcik repeat order dengan mulut. Tetibe pakcik lupa, dia tanya makcik, apa order orang tadi. Kemudian makcik ingat, makcik repeat. Sekali tu, pakcik tak boleh tangkap lagi, makcik tak boleh dah nak repeat, dia pun lupa. lepastu makcik pulak ambil order dengan customer tu. Hehe aku rasa comel, sebab mereka tak marah sesama sendiri. cool saja. Customer itu pun baik, dia layan saja karenah pakcik makcik. Aku tengok aje, sebab masa itu, aku masih beratur lagi nak order. 

Maaflah tidak dapat dipastikan berapa harga sepinggan setiap satu menu, tetapi jumlah semua ialah RM21.50. 50sen Makcik nasi lemak halalkan kami, Alhamdulillah rezeki. Terima kasih makcik, moga bertambah rezeki makcik pakcik sekeluarga, aamiin. Sesungguhnya aku terhibur tengok telatah makcik pakcik mengingatkan aku kepada pasangan yg bahagia. Moga terus bersama hingga ke syurga ya pakcik makcik. 

Lepastu kalau nak pantas-pantas makan, jangan datang sini tau. Nak makan kat sini untuk orang yang sabar saja. Kihkih. 


Terima kasih. 

No comments: