TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

18 Jun 2022

Lepas Habis Sijil Pelajaran Malaysia SPM, Nak Apply Pergi Mana?

Assalam wbt dan Hai,

Untuk adik-adik lepasan SPM, ada banyak cabang yang korang boleh pilih. Pertamanya tentukan apa yang korang minat. Jangan menyesal di kemudian hari pulak. Ada beratus-ratus course di Malaysia, baik di IPTA (universiti gomen sponsor) atau IPTS (universiti swasta), tak kisahpun belajar di mana asalkan korang mampu nak bayar kalau tiada tajaan. Apa yang ditulis dalam posting ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian manusia di sekeliling aku. 



Result berapa SPM tak menentukan titik akhir hidup korang tapi sebenarnya titik mula perjalanan hidup korang. Kalau SPM tak berapa okay, nak kerja pun tak ada masalah. Ramai yang berjaya juga jadi lebih kaya daripada kita yang berkerja. Aku suka tulis sebab aku dulu pun tak ada panduan masa pilih kos apa untuk jalan hidup aku. Jadi moga yang ini boleh jadi panduan untuk korang adik-adik. 

Ada diploma saja boleh menjawat jawatan ijazah? Jawapannya boleh kalau korang kerja sudah lama dalam 5-8 tahun ke atas, sudah boleh upgrade automatik. Habis, perlu sambung belajar? Jawapannya, bergantung kepada company tempat korang kerja. Kalau suruh belajar, then sambunglah. Kalau tak perlu, then tak payah pun tak apa. 

1. Kos IT information technology - kos paling diperlukan sampai bila-bila, dulu kini dan selamanya. Nak belajar memang susah juga, tapi semua company boleh masuk. tak kisahlah bank ke, oil and gas ke, stesen tv ke, kilang-kilang, telecommunication, hah semua boleh. Kalau ada passion, sila ambil kos ini untuk menjamin peluang pekerjaan yang cerah di masa hadapan, starting gaji juga boleh tahan. ada yang boleh work from home sampai bila-bila. Kerja berunsur IT berdasarkan skill IT yang korang kuasai, lagi banyak lagi bagus, kadang-kadang ada diploma saja dah cukup kalau tahu buat semua yang disuruh oleh company. 

2. Kalau result okay ada A, seperti 2A dan ke atas tetapi belum tahu nak ambil course apa masa kat universiti, ambillah kolej matrikulasi, zaman untuk berfikir panjang. Kolej matrikulasi ada setahun dan dua tahun kalau tak silap. Yang setahun, fast track sangat. Yang dua tahun slow and steady. Kalau yang setahun tak dapat catch up, auto upgrade jadi dua tahun matriks. 


Dulu masa zaman sekolah suka subjek biologi atau fizik?
kalau suka fizik, then ambil sains fizik.
kalau suka biologi, ambil sains biologi. 
kalau tak suka dua-dua, suka matematik? kalau suka matematik, then ambil fizik. 
kalau suka akaun, then ambil akaun di kolej matrikulasi. 

Eh kalau korang dah ambil sains biologi, tetibe nak ambil engineering masa kt universiti, tak ada masalah. tak tengok pun. Cuma kalau korang ambil sains fizik kemudian nak ambil perubatan, yang itu susah sikit, mungkin boleh tapi susah sikit. 

Lupa nak ingatkan, kolej matrikulasi bukan taraf diploma ye, sekadar sijil saja. 

3. Selain kolej matrikulasi di bawah kementerian pendidikan Malaysia, ada banyak lagi kelas persediaan seperti Pusat Asasi, contoh PASUM asasi UM, Asasi UITM, Asasi UIA, Asasi UKM dll. Ada juga kelas persediaan ke overseas seperti IB (international baccalaureate malaysia). Ada yang diiktiraf diploma, dan ada yang tidak. 

Kelas persediaan atau asasi atau foundation ada yang tidak diiktiraf diploma contohnya foundation di universiti tertentu dan perlu sambung ijazah di universiti tersebut saja. jadi, if one day korang rasa patah semangat dan nak quit dari universiti itu, korang kena start from zero. faham dak? 

Jadi kena pilih betul-betul pusat asasi yang boleh diterima ke universiti lain. contohnya PASUM memang ada di UM, tapi korang boleh sambung degree di UTM atau universiti IPTA lain.  Kebanyakan boleh apply melalui UPU. Boleh beli pin UPU di BSN. 

LINK APPLY UPU

UPU merupakan pautan rasmi untuk anda membuat permohonan, semakan, dan kemaskini hal ehwal berkaitan kemasukan ke univeriti awam, politeknik, kolej komuniti dll. 

4. Kalau korang suka engineering, eh memang pandai, terus ambil matriks aje lah sains fizik, jimat 1 tahun je, pastu degree 4 tahun di IPTA/IPTS mana-mana yang korang dapat, apply melalui UPU juga. kos engineering memang sustainable, sampai bebila digunakan cuma gaji kecil jugalah unless korang masuk ke oil and gas, mungkin boleh dapat besar sikit. takpun company subsidiary overseas ataupun company yg ada export ke overseas, memang gaji boleh tahan, selebihnya lambat naik gaji juga, ramai engineer stress. normal. 

5. Kalau korang suka nak jadi doktor, farmasi, perubatan lines, korang terus ambil matriks aje lah sains biologi, jimat 1 tahun. Untuk kos kedoktoran, mesti dapat 4.00 untuk kedua-dua semester, cerah masa hadapan. Terus sambung degree 5 tahun kat mana-mana IPTA/IPTS yang korang apply, apply melalui UPU juga. 

6. Kalau korang rasa matrik tak boleh go sebab rushing kan, setahun aje woi... otak pulak macam lambat pickup, apply diploma melalui UPU. diploma selalunya 2 1/2 hingga 3 tahun untuk kebanyakan kos. korang apply terus kos yang korang suka. then habis diploma selalu ada internship (praktikal), jadi after tu korang decide nak sambung belajar atau nak kerja terus. yang apply UPU kebiasaannya yang memang dah confirm suka bidang apa. Tahu jalan hidup nak pergi mana.

7. Kalau korang suka subjek berkaitan bahasa Melayu, pengajian am, sejarah, geografi, aku cadangkan korang ambil STPM selama 2 tahun. kemudian, baru apply degree melalui UPU.

8. Kalau korang nak jadi cikgu, lepas matrikulasi ambil UPU UPSI atau UPU yang ada pendidikan, kena buat research sikit, atau korang apply IPG (Institut Pendidikan Guru) yang famous sekarang. fokus terus kalau minat nak jadi cikgu, jangan konar-konar sebab takut menyesal kemudian hari.


9. Ada pekerjaan yg korang tak perlu belajar sampai degree, better sampai diploma je kalau niat nak kerja. kalau niat nak jadi lecturer, then boleh sampai masters terus Phd.

Contoh kalau korang suka nak jadi cikgu tadika, pre-school teacher, ambil diploma saja. Contoh lain, kalau korang minat bidang perhotelan dan kulinari, tak perlu sampai degree, diploma saja dah okay. Cuma korang perlu tambah skills lain seperti belajar subjek lain. 

10. Kalau korang suka benda teknikal ada hands on maksudnya yang menggunakan tangan, tak minat belajar, boleh apply terus ke kolej politeknik mana-mana ikut kos korang suka, dalam 3 tahun di situ. Bila keluar, korang terus dapat SKM Sijil 4 nanti. pastu nak upgrade lagi, korang boleh apply TVET (jadi cikgu sekolah politeknik, kolej giat mara, kolej kemahiran dll) dalam 2 tahun juga. Mahal juga gaji cikgu-cikgu vokasional ini. 

*kalau korang ada degree berupa skills seperti kulinari dan pertanian, juga boleh jadi cikgu di sekolah kemahiran. sebab ini adalah berdasarkan penempatan cikgu oleh kementerian pendidikan Malaysia. 

KPM - Kolej Professional MARA
KKTM - Kolej Kemahiran Tinggi MARA
MJII - MARA Japan Industrial Institute
IKM - Institut Kemahiran MARA




11. Korang rasa eh macam gagal pulak semua belajar, macam lembap sangat otak ni malas, korang kerja ajelah. banyak peluang pekerjaan sekarang. contohnya sorter/pembungkus/warehouse assistant lazada/shopee/lel express dll eh memang banyak, gaji RM2600 kerja isnin sampai sabtu, 8pagi-8malam. masyuk jugak. food deliveries mungkin banyak saingan sekarang, jadi go for operator kilang pun okay. untung-untung boleh jadi leader atau supervisa (supervisor) ke... jadi cashier atau pekerja giant/tesco bla2 pun takpe. janji halal okay...... 

12. Lepastu kalau korang famos, ha buat youtube content yang menarik, makan duit youtube ads pun masyuk juga weh, tapi ini kena tak tahu malulah kan. kalau perempuan kena fikir malu lagi. jadi yang perempuan, kena fikir-fikir banyak kali sebab dari sudut Islam, semua kena fikir juga, kang kt akhirat kena tanya kalau buat konten yg buat orang lupa solat, semua tu saham dosa akhirat. banyakkan orang tak sambung belajar sbb jadi famos macam ni... 

13. Berniaga. kalau korang suka berniaga, boleh start dari dropship, ada duit lebih jual shawl, jual macam-macam kat IG, nak-nak kalau korang famous kan, lagi mudah nak terjual. Simple, terus berjaya.

Sekian, moga membantu ye... Terima kasih. 





No comments: