TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

5 Jun 2022

Majlis Haul Imam Al-Haddad 2022 di Masjid Sultan Salahuddin, Masjid Negeri, Shah Alam Selangor

Assalam wbt,

Alhamdulillah tahun ini kami berpeluang menyertai Majlis Haul Imam Al-Haddad. Imam Al-Haddad atau nama sebenarnya Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi bin Muhammad Al-Haddad, dikurniakan gelaran Al-Qutub Ad-Da'wah wal Irsyad. Beliau merupakan keturunan Rasulullah SAW yang ke-30 melalui cucu baginda Sayyindina Husein bin Ali RA. Beliau dilahirkan pada 5 Safar 1044 H dan meninggal dunia pada 7 Dzulqaedah 1132 H. Apa itu Majlis Haul?  Majlis ini untuk memperingati Hari Haul beliau yang juga digelar seorang mujaddid Islam abad ke-12 Hijrah. Bukan sebarang ulama yang layak dianugerahkan gelaran Mujaddid Islam tetapi setelah dikaji peninggalannya, zuhudnya, hikmahnya, ilmunya, catatannya, nasihat serta wasiatnya kepada seluruh umat di zamannya dan terkemudian daripadanya, sentiasa terus mengajak umat Islam kini mengamalkannya kerana manfaatnya yang banyak dan berkesan serta telah dirasai mereka yang cenderung kepada jalan kehidupan dalam afiah di dunia dan di akhirat. 

Tahun ini tahun ke-22 Majlis Haul diadakan di Malaysia, bertemakan Akhlak Hakiki. Penganjur ialah negeri Terengganu, Johor khususnya di Batu Pahat, Sarawak khusunya di Miri dan Bintulu, Sabah khususnya di Kotak Kinabalu dan di Melaka. 

*Adapun Hari Haul bermaksud Tarikh Meninggal Dunia. Jika di Malaysia, Hari Hol dikaitkan dengan Kemangkatan Sultan. Setiap negeri diisytiharkan cuti ketika Hari Hol Sultan terdahulu. 

Siapa itu Mujaddid?
Hadis Rasulullah ada menyebut lebih kurang maksudnya, ‘Akan lahir setiap awal kurun seorang yang akan membaharui agama.' Membaharui agama itulah Mujaddid, bukan membawa agama baru tetapi mentajdid atau mengembalikan roh agama sehingga umat Islam dizaman itu dapat merasakan roh Islam itu seolah-olah baru beragama. Kaedah, pendekatan, teknik, uslub yang dibawa Mujaddid tidak sama dengan ulama sezaman. Mereka adalah Sohibuzzaman, wakil Tuhan, rasul lil Rasul, ulama berwatak Rasul, pemimpin kebenaran dan ketua para Wali. Mujaddid sangat dipimpin oleh Allah swt dab Rasulullah saw. Mereka mendapat ilham dan ilmu hikmah. Mereka juga amat berjaya dalam memimpin roh manusia.

Majlis dimulakan dengan membaca khatam Al-Quran yang ringkas iaitu surah-surah lazim dari Surah Ad-Duha sehingga Surah An-Nas. Selepas itu, membaca zikir susunan dan amalan Al-Imam terutamanya Ratib Asy-Syahir atau Ratib Al-Haddad semasa beliau masih hidup. Berselang-seli dengan ceramah yang disampaikan oleh beberapa ulama. Qasidah ini memang tak berapa familiar dengan orang biasa-biasa macam saya, saya cuba juga cari di youtube tapi tak jumpa, liriknya juga tak ada dikongsikan di platform maya. Kami hanya rujuk buku percuma yang disediakan di pintu masuk masjid. Oh ya, dapat percuma kayu sugi juga. Alhamdulillah. 

Ulama yang terlibat ialah TG Sheikh Abu Zaki Yusof, TG Ustaz Faszil Ismail, Habib Kadzim Assaggaf, dan Habib Abdullah Al Habshi. Kedua-dua Habib memberi ceramah dalam bahasa arab dan diterjemahkan oleh ahli yang fasih. Laju betul hadam apa yang Habib sebut kemudian diterjemahkan ke bahasa Melayu. Hati yang bersih melahirkan lisan yang bersih. Subhanallah kagum. Masya Allah. 

Imam Al-Haddad seorang yang fasih dalam ilmu agama Islam, jadi kita boleh bertawasul dengan beliau ketika meminta hajat. Ketika kita membacanya seolah-olah Imam Al-Haddad yang berbicara atau berdoa kepada Allah. Insya Allah, Allah akan makbulkan hajat kita. 

Untuk melengkapkan Majlis Haul, bacaan Ratib Al-Haddad dipimpin oleh Habib (tak pasti siapa yang mengetuai bacaan sebab di sebelah muslimat, penglihatannya terbatas) Semoga kita membaca bukan dengan niat menambah ilmu sahaja tetapi mendapat futuh atau pembukaan sebagaimana yang dirasai oleh Allahyarham Habib Ahmad yang mengamalkan Ratib Al-Haddad setiap hari sepanjang hidup beliau. InsyaAllah niat seperti ini bakal disusuli penghayatan dan beroleh kemujaraban terutamanya apabila diamalkan dengan istiqamah.

*Futuh ialah kondisi dimana terbukanya hati dan fikiran seseorang untuk menerima dan menjalankan syariat Islam.

Majlis Haul ini juga diserikan dengan syair atau qasidah luahan hati Imam Al-Haddad yang merupakan munajat kepada Allah Yang Esa, pujian kepada KekasihNya iaitu Nabi Muhammad SAW, nasihat penuh hikmah serta aura yang sukar ditafsirkan dengan kata-kata. 

Jadi, apa faedah kita menyertai Majlis Haul Imam Al-Haddad:
1. Menambah keimanan kita kepada Allah
2. Memperingati kepada Allah dan Rasulullah SAW
3. Menghadapi fitnah akhir zaman

Pengajaran yang saya dapat:
Kita perlu berserah kepada Allah, berprasangka baik kepada Allah. Setiap yang berlaku di dunia adalah takdirnya. Tidak perlu berfikir sampai menganggu ketenteraman jiwa. Yang dirancang oleh Allah pasti akan berlaku, sedangkan kita hanya hamba Allah yang lemah. 






Majlis ini dijalankan pada hari Sabtu, 4/6/2022 bersamaan 5 Zulkaedah 1443 Hijrah bermula dari pukul 6 petang sehingga lewat 10:30 malam. Sepatutnya dalam jadual bermula dari pukul 5 petang hingga 9:30 malam, tetapi mungkin peserta sedikit sangat, jadi mulanya agak lewat. Pada pendapat saya, datang sini siap-siap makan berat sebab takut lapar. Sebenarnya ada disediakan jamuan makan nasi, tetapi oleh sebab saya fokus untuk membaca qasidah, saya tak turun ambil makanan antara waktu Maghrib dan Isyak, bila habis majlis pada jam 10:30 malam, makanan sudah habis. 

Begitulah serba sedikit pengalaman di Majlis Haul di Shah Alam. Insya Allah sampai jumpa lagi pada tahun depan.

Posting seterusnya nanti saya tuliskan siapakah Imam Al-Haddad berdasarkan biodata yang dikongsikan di dalam buku. Saya salinkan semula di posting supaya ramai-ramai kenal. Insya Allah semoga bermanfaat. 

Terima kasih. 

No comments: