Assalam wbt dan Hai,
Okay, hari ini aku saja nak cerita yang kita boleh manage publish post kita. Maksudnya, kalau korang nak publish post yang dibuat pada 7/6/2022 kepada tarikh baru contohnya seperti tarikh 1/1/2022 iaitu tarikh yang sudah lalu atau tarikh pada masa hadapan, jawapannya memang BOLEH ! Yeah... Aku baru saja tahu dan aku tulis banyak gile post untuk aku penuhkan tarikh-tarikh yang aku tak sempat publish. Kihkih...
PRO
Penuh gila posting kau dalam blogspot. Memang ada 365 post gitu untuk tahunan.
CON
Posting yang publish backdated tak ramai yang view. Kadang-kadang, hanya 0 view weh. Hahah kesian. Kalau tulis harini, dan publish hari ini, sekurang-kurangnya ada juga dalam 50 views begitu. At least daripada tiada. Hahah...
OKAY, MACAM MANA NAK BUAT?
Okay nampak tak yang belah kanan bahagian posting, ada tarikh. Kalau tick automatic, maka posting akan publish tarikh yang hari ini, actual date and time stamping. Kalau kau pilih set date and time, maka akan publish tarikh yang ikut suka kau.
Mudah bukan?
Selamat memenuhkan posting belog kau sebanyak yang mungkin, sampai kau pun muak nak tulis apa. Kahkah. Kbai....
Terima kasih. Wassalam.
No comments:
Post a Comment