TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR
REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023
Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...
31 Jan 2022
Review Towel Hanger Yang Mudah Tak Perlu Tebuk Lubang
30 Jan 2022
KISAH RASULULLAH, NABI MUHAMMAD SAW, Bahagian 1
29 Jan 2022
Banyak Barang Shopee Best di FB Group " Shopee Best Stuff "
28 Jan 2022
Kerdilnya Aku Di Sisi Allah
27 Jan 2022
Resepi Jeli Oren Squeezy Zhulian Memang Sedap
26 Jan 2022
Sarapan Roti Canai di Lorong Md Som, Jalan Kampung Paya Rumput, Sungai Udang, Melaka
25 Jan 2022
Sarapan Pagi Nasi Lemak di Az One Cafe USJ 8
24 Jan 2022
Pandangan Flat Earth Saya
Terima kasih.
23 Jan 2022
Makan Sarapan Lontong di Seksyen 7, Restoran Utara Selatan
Terima kasih.
22 Jan 2022
Idea Hanging Divider Murah untuk Bahagikan Ruang Dapur dan Ruang Tamu
21 Jan 2022
50 Kali Interview dan Saringan Interview Masih Belum Dapat Job dan Masih Menganggur, Yang Rasa DOWN Sebab Tak Dapat Kerja Perlu Baca Posting Ini
Now tolong support bisnes aku di shopee aku (cari Adra Ansari Shop) plsss................... Hehe Terima kasih.
20 Jan 2022
Bagaiman Mengira Satu Pertiga Malam?
Good luck! Insya Allah.
19 Jan 2022
Review Spec mata untuk budak-budak
18 Jan 2022
Why Student Fail in Exam
|
17 Jan 2022
Port Jual Air Kelapa Muda Segar di USJ Subang Jaya
16 Jan 2022
Cerita: Antara Manusia, Malaikat dan Syaitan - Godaan Syaitan
Subject: Manusia , Malaikat , Syaitan ...
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.
Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?
Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?
Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....
15 Jan 2022
Panduan Memandu Kereta
BREK GAGAL BERFUNGSI www.familiazam.com
- Seseorang pemandu menekan injak brek, tetapi injak brek terus menyentuh lantai.
- Pamkan injak brek dengan segera, bagi memulihkan tekanan brek.
- Sekirannya gagal, tarikkan brek tangan beransur-ansur, tukar gear rendah dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin untuk memperlahankan kenderaan.
- Sekiranya, brek terus gagal berfungsi ketika berada di atas bukit, bukit curam atau kenderaan itu membahayakanpengguna Jalan raya yang lain, segera carikan objek untuk digesel seperti semak ditepi Jalan , rel adang dan bahu Jalan, agar kenderaan dapat dikawal dan memperlahankannya.
- Gunakan hon dan lampu untuk memberi amaran kepada lain-lain pemandu dan penjalan kaki.
KENDERAAN TERBABAS www.familiazam.com
- Sekiranya bahagian belakang kenderaan terbabas, lepaskan pedal pemecut dengan segera.
- Pusingkan stereng mengikut arah belakang yang terbabas itu.
- Jangan gunakan brek dalam keadaan ini.
PEMECUT TERLEKAT www.familiazam.com
- Jika Jalan raya selamat, cuba tarikkan injak pemecut yang terlekat dengan hujung kasut anda.
- Sekiranya tidak boleh, matikan suis enjin dan gunakan brek untuk cuba memberhentikan kenderaan.
- Pegang stereng dengan kuat, supaya tidak terkunci semasa suis enjin dimatikan.
- Berhenti segera ditempat yang selamat dan baiki injak pemecut yang rosak.
- Jikalau gagal hubungi mekanik.
BONET TERBUKA www.familiazam.com
- Brek secara beransur-ansur.
- Naik ke atas bahu Jalan.
- Lihat melalui tingkap untuk panduan dan berhenti memandu.
- Sentiasa pastikan bahawa bonet itu ditutup rapat selepas kenderaan digerakkan.
TAYAR PECAH www.familiazam.com
- Pegang stereng dengan erat.
- Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan.
- Brek perlahan-lahan dan berhati-hati.
- Brek dengan tiba-tiba menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.
- Naik ke atas bahu Jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk menukar tayar.
- Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.
- Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan alat-alat kecemasan yang lain agar pemandu kenderaan lain akan mengetahui ada kecemasan di hadapan.
LAMPU HADAPAN KENDERAAN TERPADAM www.familiazam.com
- Kejadian ini akan menghadkan pandangan anda.
- Pegang kan stereng untuk meluruskan arah pergerakkan kenderaan dan brek segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas.
- Naik ke atas bahu Jalan jauh dari aliran lalu lintas.
- Hentikan kenderaan dengan segera.
- Nyalakan lampu kecemasan.
- Digalakkan menggunakan alat-alat kecemasan untuk memberi amaran kepada pengguna Jalan raya yang lain agar lebih berhati-hati.
KENDERAAN TERBAKAR www.familiazam.com
- Kejadian berlaku akibat litar pintas dalam system elektrik.
- Hentikan kenderaan dengan segera.
- Matikan sistem pencucuh dan arahkan penumpang keluar.
- Buka bonet dan umpilkan wayar-wayar yang terbakar jika boleh.
- Gunakan alat pemadam.
- Sekiranya api tidak dapat dikawal, tinggalkan kenderaan tersebut dengan segera sebelum sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan minta bantuan pihak bomba.
TERPAKSA BERHENTI DI ATAS LEBUHRAYA
- Berikan isyarat dan susur keluar di bahu lebuh raya dengan perlahan.
- Lampu hadapan dinyalakan rendah diwaktu senja, malam dan waktu hujan.
- Nyalakan lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan.
- Jika kenderaan berhenti di selekoh, dipuncak bukit atau kawasan bahaya, keluarkan penumpang jauh dari aliran lalulintas.
- Pastikan alat-alat kecemasan diletakkan dalam jarak 5 meter di belakang kenderaan.
- Angkat bonet dan dapatkan bantuan.
CERMIN HADAPAN PECAH www.familiazam.com
- Perlahankan kenderaan, jenguk melalui tingkap dan berhenti ditempat yang selamat.
- Rentangkan gebar atau kain atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas gebar atau kain tersebut.
- Lindungi mata dengan memakai kaca mata.
- Gantikan cermin hadapan yang pecah dengan segera.
MENGHADAPI SESUATU KEMALANGAN www.familiazam.com
- Had laju yang rendah boleh mengurangkan daya impak.
- Hala ke arah bahu Jalan disebelah kiri dan pandu keluar dari jalan raya.
- Bunyikan hon dan nyalakan lampu hadapan.
- Jangan cuba membelok kesebelah kanan kerana pemandu kenderaan mungkin terkejut dan melanggar anda.
- Perancangan dan pengetahuan adalah mustahak dalam tindakan mengelakkan kemalangan.