TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

31 Oct 2021

Selawat Hajat Dunia Akhirat

Assalam wbt dan Hai,

Selawat seterusnya yang saya hendak kongsikan ialah Selawat Hajat Dunia Akhirat. Insha Allah boleh cuba untuk diamalkan. Semoga bermanfaat.



Terima kasih. 

29 Oct 2021

Jom Baca Selawat Adrikni

Assalam wbt dan Hai,


Maaf ya saya rumikan. 

Assolatu wassalamun alaika ya sayyidi ya Rasulullah huz biyadi qallat hilati adrikni


Maksudnya: Rahmat dan sejahtera semoga melimpah kepadamu wahai junjunganku ya Rasulullah SAW, peganglah tanganku sedikir sekali upayaku maka temukanlah aku.

Bacaan yang dijawikan seperti di atas, moga bermanfaat.

Bacalah Selawat Adrikni, kita bertawasul kepada Rasulullah SAW.
1. Baca 7 kali sebelum tidur agar cita-citanya dikabulkan
2. Baca 21 kali agar diberi kesembuhan penyakit atau bala
3. Baca 9 kali tiup pada air untuk diberikan kesembuhan
4. Baca 11 kali sebelum tidur secara istiqamah agar bertemu Rasulullah SAW dan para wali

Insha Allah. Moga kita berjumpa dengan Rasulullah di dunia walaupun dalam mimpi. Dan di akhirat nanti, kita bertemu Rasulullah di syurga.

Ceritanya, hari itu saya sakit kaki yang kalau kita nak naik tangga memang sakit. Lalu, saya baca 9 kali dan tiupkan pada kaki. Alhamdulillah lega dan semakin baik. Terima kasih Allah.



Semoga kalian pun sama.


Terima kasih. 

28 Oct 2021

Jom Baca Selawat Imam Syafie

Assalam wbt dan Hai,

Ya Allah bila dapat tahu ini adalah selawat Imam Syafie, ya memang kita semuaaaa tahu!


Selalunya kita baca selepas membaca 99 asmaul husna. Memang insha Allah sudah hafaz dari sejak sekolah rendah lagi, tak sangka itu adalah selawat Imam Syafie. 


Moga kita dapat amalkan. Insha Allah.


Semoga bermanfaat. Terima kasih. 

27 Oct 2021

Jom Baca Selawat Nuril Anuar

Assalam wbt dan Hai,

Mari berselawat Nuril Anuar. Sebenarnya banyak sangat lagu-lagu selawat. Kenapa kita lagukan? sebab mudah nak hafaz dan kemudian mudah nak amalkan. Insha Allah.



Terima kasih.

26 Oct 2021

Beli Kek Mangga Cheese Kak Nonie Yang Sedap dan Manis Just Nice (Kawasan Shah Alam, Klang, Banting dan Subang Jaya)

 Assalam wbt dan Hai,

Alhamdulillah kali ini nak review kek mangga cheese Kak Nonie yang super sedap! Dahlah manis-manis buah. Kami memang tak suka yang manis gile leting tu kan, jadi memang sesuai dengan lidah kami. Harga pun boleh tahan okay. 6 inci RM60 sahaja. Best sangat, langsung tak jemu! Makan sekali terus boleh habis 1 biji kek. Kalau ikutkan, mana ada kek yang kita tak muak. Kan?




Semua jenis kek, kak Nonie boleh buat. Korang tanya aje dengan dia.... Lepastu dah lah orangnya pun friendly. Trylah beli kalau yang korang tak suka manis leting, hah pls pls beli daripada Kak Nonie. Okay? Sekitar kawasan Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Banting, boleh sangat dah order dengan Kak Nonie. 



Terima kasih. 



25 Oct 2021

Ayat Al-Quran Perintah Berselawat, Surah Al-Ahzab Ayat 56

Assalam wbt dan Hai,

Perintah berselawat dalam Surah Al-Ahzab Ayat 56. 



Semoga bermanfaat.

Terima kasih.

21 Oct 2021

Bendera Daerah di Negeri Johor, Perak, Selangor, Kelantan dan Sarawak

Assalam wbt dan Hai,

Saja nak save di sini yang negeri-negeri di Malaysia juga ada bendera daerah masing-masing. 

Bendera Daerah di Negeri Johor

Bendera Daerah di Negeri Kelantan

Bendera Daerah di Negeri Perak

Bendera Daerah di Negeri Sarawak

Bendera Daerah di Negeri Selangor


Semuanya ehsan google sahaja. Setakat ini jumpa lima negeri ini sahaja yang ada bendera untuk daerah masing-masing. Belum jumpa yang lain, kang kalau ada, boleh kemaskini post. 


Terima kasih. 

20 Oct 2021

Sejarah Bendera Negeri Johor Yang Saya Baru Tahu

Assalam wbt dan Hai

Sejarah Bendera Johor. Boleh beli di SHOPEE SEMUA BENDERA JOHOR sebenarnya. Tak pernah dibuat orang. Hehe.. 

FAKTA MENARIK | SEJARAH JOHOR | SEJARAH BENDERA NEGERI JOHOR

Bendera Johor yang pertama berwarna putih telah digunakan sebelum tahun 1855 pada zaman Temenggung Daeng Ibrahim. Selepas itu Bendera Johor berubah kepada warna hitam dengan penambahan petak kecil berwarna putih di sudut atas penjuru kiri bendera dan telah digunakan sehingga tahun 1865. Kemudiannya ditukar petak kecil tersebut kepada warna merah berpangkah putih.

Pada tahun 1871, Sultan Abu Bakar telah mereka semula bendera Negeri Johor serta bendera peribadi raja. Baginda menggantikannya kepada warna biru laut dan segi empat berwarna merah dengan bulan sabit dan bintang pecah lima berwarna putih di sudut kiri bendera. Sejak itu, bendera yang direka oleh baginda digunakan sebagai bendera rasmi Negeri Johor sehingga kini.

Bendera Johor pada masa ini dikatakan mirip dengan Bendera Turki. Ini kerana telah wujudnya hubungan diplomasi Sultan Johor dengan Kerajaan Othmaniah Turki pada satu masa dahulu. Di zaman penjajahan di Tanah Melayu, Bendera Johor sentiasa dikibarkan lebih tinggi daripada Union Jack (bendera British). Hasil kebijaksanaan Kesultanan Johor dalam memastikan kedaulatan Sultan dan bumi Johor sentiasa dipelihara dan dipertahankan jelas dapat dilihat.





Terima kasih. 

19 Oct 2021

Salam Maulidurrasul 1442H

Assalam wbt dan Hai,

Rindunya kami kepada Rasulullah.


Semoga berjumpa lagi pada Maulidurrasul tahun hadapan. Mudahkan kami hendak menunaikan umrah untuk bertemu dengan pesuruhmu ya Allah. Amin ya rabbal Alamin

18 Oct 2021

Salam Maulidurrasul - Selawat Arzaq Moga Diluaskan Rezeki

 Assalam wbt dan Hai,


Selalu sangat kite dengar selawat ini tapi tak pasti apa butir-butirnya. Jadi saya kongsikan. Semoga bermanfaat. Kita selalu sebut Selawat Murah Rezeki. 





Dengan muzik yang menarik membuatkan kita cepat hafaz bait-baitnya. Insha Allah. 

17 Oct 2021

Pengalaman Dengan Pengangkutan Awam Iaitu Bas

Assalam wbt dan Hai,
Pengalaman dengan bas memang tak dapat dipisahkan sebab selalu naik bas sejak Tingkatan 1 sampai habis unibesiti. Sikit sebanyak aku ceritakan. aku malas nak caps lock yang mana perlu. harap maap. 



1. Masa tu tingkatan lower form, tak ingat tingkatan berapa. aku sampai batu pahat, nak naik bas tingtong ke pekan rumah aku. tiba-tiba aku baru perasan yang aku tak ada langsung duit! langsung !!! serious weh macam mana aku nak balik kalau aku tak ada duit. aku doa supaya Allah bagi aku seringgit. Memang Allah Maha Mendengar! Aku jalan kaki kawasan bas yang aku nak naik, kemudian terjumpa RM1, duit syiling lama yang kuning, masa itu masih laku lagi. Alhamdulillah! Dapatlah aku balik ke rumah! Terima kasih Allah....Allah bagi ilham kat orang yang tercicir duit kat kawasan bas kemudian aku yang gunakannya. 

2. Masa lower form jugak, sekolah asrama aku terletak di negeri sembilan. kemudian, aku tunggu bas di terminal one. aku sudah letakkan beg aku di kawasan yang tersembunyi sikit, di sebalik tiang. lepastu ada konduktor bas yang gila, dia pergi bawak beg aku masuk ke bas yang ke arah utara. gile ke apa?? aku marah dia, tak kisahlah time itu aku muda lagi. aku paksa dia panggil balik bas itu, suka suki kan! akhirnya aku dapat balik beg aku. Alhamdulillah!

3. Masa lower form lagi, aku naik bas tingtong dari negeri sembilan ke melaka. kemudian, di melaka, naik bas dari stesen bas hang tuah. masa itu, melaka sentral belum wujud tau. dari melaka, nak balik ke johor, naik bas apa pun aku tak tahu, tapi cuma ada kami bertiga aje! ya Allah memang takut gila, tapi zaman itu kita tak takut dengan penculikan ke apa, sebab memang dunia penjenayah belum meluas, yang kita takut ialah kena makan hantu. hehe. Alhamdulillah memang itu jalannya, kami yang over risau. haha.....

4. Masa kat unibesiti, aku dah charge handphone, otw ke johor, asyik main mesej dengan ex boipren sampai bateri kong. yelah bateri jaman dulu mana tahan lama, bukan macam sekarang, streaming 3 jam pun baru kurang 20%. lepastu pulak, aku tertidur. ya hampun, kat mana dah bas ini pergi? tahu tahu saja sudah terlepas simpang batu pahat! sebelah tempat duduk aku ada couple, aku dengan beraninya minta sikit kredit. muka aku naif macam budak sekolah menengah, jadi mereka kesian. Aku telefon abah aku, aku dah sampai Machap. mereka ambil aku di RnR machap. Sudahnya, setiap kali aku naik bas, abah mesti akan call aku setiap 5 minit kalau aku kata, aku tinggal beberapa kilometer lagi nak sampai ke signboard yong peng. Punyalah takut aku terlepas lagi. Terima kasih abah :)

5. Masa naik bas, aku selalu doa ada laki hensem duduk sebelah aku, taknak laki busuk. tapi tak pernah pun jumpa. hakhak... jadi, sudahnya aku selalu booking yang single seat sebab senang malas nak fikir. lepastu selesa ya hampun.... 

6. Masa naik bas dulu, aku selalu muntah. isk isk aku pernah muntah termuntah kt kawan aku. kesian dia, mesti dia ingat aku ni fara yg muntah dalam bas tu kan? isk isk isk... tapi pengalaman semuanya. sekarang aku dah okay dah. 

16 Oct 2021

Sayur Gori iaitu Gulai Nangka Air Tangan Mak Memang Sedap!

Assalam wbt dan Hai,

Siapa yang pernah makan gulai nangka, kite orang Johor panggil sayur gori. Ye, go-ri. Memang sedap sangat-sangat! Nangka yang masih mentah dan bergetah, kite kupas kulitnya, potong-potong saiz lebih kecil untuk mudah dimakan. 

Kita tumis seperti biasa, rebus sampai lembut. Kemudian boleh makan dengan nasi panas. Wow! Kalau ada ikan masin lagi ngam ngam soi... Buat pengetahuan korang, 1 kilo boleh mencecah harga RM10. Mahal rupa-rupanya sebab kita dapat makan percuma jadi tak pernah ambil tahu harganya.



nangka muda




Okay, gambar sudah jadi lauk, kite upload kemudian okay? Mak masak gori memang sedap sangat!!!!! Pedas giler pulak. Memang tiada siapa boleh tandingi signature mak.

Signature masakan mak:
1. Lemak Gori
2. Kari Daging
3. Kerabu
4. Gulai Ayam Kampung
5. Mi Kari
6. Sambal Jawa
7. Daging/Ayam Ungkep
8. Bubur Lambuk
9. Bubur Kacang
10. Pengat Pisang/Keledek dll

Kalau asam pedas, masih ada kakak yang masak lebih sedap daripada mak kami masak. Hikhik. Seronoknya dapat jumpa mak dan boleh makan masakan mak. Semoga mak terus sihat insha Allah amin ya rabbal alamin. 


Terima kasih Allah. 


15 Oct 2021

Selawat Asmaun Nabi - Lagu 201 Gelaran Rasulullah SAW oleh Ustaz Amin di YouTube

Assalam wbt dan Hai, 


Kami nak bagitahu yang gelaran Nabi Muhammad SAW ada banyak sangat. Susah juga nak cari. Mula-mula kami search begini "Rasulullah Name Song" sebab ingatkan yang menyanyikan lagu ini ialah orang Arab, yelah slanga sana sangat-sangat. Sekali rupanya Ustaz Amin.

Alhamdulillah Allah izinkan kami membeli KFC di luar, kemudian dengan IKIM kemudian dengar lagu ini. Kami tekan shazam tapi shazam tak dapat detect. Cari punya cari punya cari akhirnya jumpa. Alhamdulillah. Dengar sekali tak puas, kena dengar banyak-banyak kali. 





Jom dengar jom. Kalau nak download, ini link lagu Selawat Asmaun Nabi  .... Semoga bermanfaat! Salam Maulid ! Insha Allah, sama-sama kita rindu Rasulullah SAW.

14 Oct 2021

Poster My Favorite Toy Year 1 English Week

Assalam wbt dan Hai,

Ini contoh poster bertajuk "My Favorite Toy" bersempena Minggu Bahasa Inggeris di sekolah Naqib. Simpan sini ya, mana tahu ada yang nak cari idea. Naqib tak dapat tempat pun untuk pertandingan ini, tak mengapa, dah cuba yang terbaik. insha Allah. 



Terima kasih. 

13 Oct 2021

Pokok Bunga Ros Jepun, Pokok Paling Mudah Tumbuh Untuk Orang Noob

Assalam wbt dan Hai,

Kalau korang baru berjinak-jinak nak ada pokok bunga di rumah, dan confirm nak ia berbunga, pokok bunga paling mudah dah tumbuh kalau korang jenis buta tangan (ada ke istilah ini. Haha) memang tetap boleh tanam dan hidup berbunga dengan baik. Alhamdulillah mudah sangat! Namanya pokok bunga ros jepun. Banyak sangat warna, ada kuning, ada pink, ada merah, ada ungu dan lain-lain. Harganya pulak, alahai murah sangat di Shopee, sebatang pokok dalam RM0.40 sahaja. Apa tunggu lagi?? Cepatlah beli! Hehehe.... 


- tak payah duduk bawah matahari
- siram sehari sahaja tapi kalau panas sangat, dua kali sehari
- siram pagi-pagi sebelum jam 8 pagi sebab selalunya pukul 8 pokok ini akan berbunga
- kalau nak siram petang, siram lepas asar, lewat petang sikit sebelum maghrib
- letaklah baja dua minggu sekali kalau rajin
- boleh tanam dalam pasu sahaja



Terima kasih.

12 Oct 2021

Jumpa Geng Ejen Ali di River of Life Kuala Lumpur

Assalam wbt dan Hai,

Sejak-sejak River of Live Kuala Lumpur semakin cantik, memang ramai datang sini kan. Kat mana? Korang parking saja di tempat parking Dataran Merdeka / Bangunan Tunku Abdul Samad. Kawasan ini, parking biasa tepi-tepi bangunan tak banyak, jadi kena parking bawah, korang waze aje parking dataran merdeka, insha Allah jumpa. 

Kemudian walk walk beberapa langkah, ke sana ke sini, jumpalah. Kalau korang nampak Bangunan Tungku Abdul Samad menghadap padang rumput hijau besar gileeeee yang ada banyak tiang bendera itu kan? River of Live ada di belakang bangunan ini, jadi korang walk walk okay? Yeahhhhhhh.... Mudah kan? 


Kat tengah-tengah laluan adalah nampak Ejen Ali tu, besar ke? tak adalah besar sangat. Punyalah ramai orang, nak ambil gambar pun susah. Hehe.... Di sebalik Ejen Ali, ada Masjid Jamek Jalan TAR. Pusing-pusing tang tu juga. Jalan sampai puas kira langkah sampai 1000 langkah okay. lepastu lepak minum kat restoran area situ. Okay baiii....



Terima kasih. 

11 Oct 2021

Pergi ke KSCC Kuala Selangor Cabin Camp

Assalam wbt dan Hai,

Kami ke KSCC iaitu Kuala Selangor Cabin Camp. Masuk dengan harga RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Kalau nak mandi, lain harga. Masa kami datang ada keluarga tengah buat family day. Nak bayar, cuma kaunter meja saja, bawah khemah. Simple saja. Aku baca dalam surat khabar, KSCC ini dikendalikan oleh penduduk kawasan sini untuk meningkatkan pendapatan. Jadi, haruslah kami memberi sokongan. 



 

 
Aktiviti lasak, yeah pakai selipar saja sebab tak terfikir nak singgah sini hehe.. OKaylah bolehlah janji rock. Hoyyehhh kita main je. 



 
Tempat penginapan. Yang segitiga macam homestay Masbro ada aircond tapi yang hobbit tak ada aircond, ada kipas saja. Kemudian boleh baring dalam 4 orang gitulah. Kalau jenis yang besar, mungkin tak muat. mungkinlah hehe. Oh ya, toilet semuaaaaaaaaaaa sharing ya kat luar. Jadi pandai-pandailah kome.... Hehe... Konsep tidur bawah pokok kelapa sawit, kami dah biasa, jadi taknak tidur kat sini.

 
Ada petting arnab, jadi ambil gambar dengan arnab besar hehee.... 



ada sangkar kucing. kebetulan ada kucing demam, lalu mereka tulis "demam, jangan sentuh" lebih kurang gitu ayatnya. Bagus pengurusan sini.


Banyak aktiviti boleh dilakukan di sini. Tempat bersih dan kami suka.


Terima kasih. 

10 Oct 2021

Pergi ke Bukit Jelutong Eco Community Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

SHOPEE KAKNA

Kami pergi ke Bukit Jelutong Eco Community yang terletak di Seksyen U8 Shah Alam. Dekat saja the hidden germ. Korang google kemudian, jalan masuk adalah jalan sebelah construction plant. Agak sempit tapi ya boleh muat nak lalu dua kereta serentak, hati-hati lebih. Kalau yang tak berapa pandai, better parking di tepi jalan saja. Masuk PERCUMA. Alhamdulillah masih ada yang berbaik hati nak bersedekah pemandangan yang damai ini. 

Jika korang ada wang lebih, korang belilah madu kelulut yang mereka jual, dalam RM50 utk 125gram kalau tak silap saya. 

Bau dan suasana memang rasa kampung, terus teringat pada kampung halaman yang entah bila nak balik kan.... wah rindunya mak. kata bebudak, macam rumah nenek. hehee.. iyela bau tahi ayam kau tahu... tapikan pakai mask, kurang sikit baunya hehe... but its okay, kalau tak, tak adalah rasa kampung nya kan...... yeah!




Kalau ada masa boleh datang di sini. Ada itik, angsa, ayam, arnab, semua jinak-jinak. Kemudian ada juga yang pergi mendai bukit di sebalik transmission cable belakang itu, aku pun tak pasti apa ada di sebalik bukit, tak pergi sampai sana. Hehe.


Terima kasih. 

9 Oct 2021

Model Bentuk Muka Bumi Subjek Sains Darjah 1

Assalam wbt dan Hai,

Ini contoh kerja untuk membuat model bentuk muka bumi. Kerja ini memerlukan tanah liat dan pinggan kertas. Pinggan kertas boleh dibeli di 99 speed mart dan kedai serbaneka seangkatan. 

Tanah liat yang diperlukan
* Warna coklat = 2 batang
* Warna hijau = 1 batang
* Warna kuning = 1 batang
* Warna biru muda = 1 batang

Sebatang tanah liat berharga dalam RM1.15 - RM1.50. Saya beli di SHOPEE ini. Sebab apa, sebab color tanah liat warna hijau ini susah juga nak dijumpai di kedai shopee yang lain. Kita perlukan hijau tua bukan hijau muda. 






Mudah juga nak buat dalam beberapa minit sahaja. Alhamdulillah. Semoga berjaya. Terima kasih. 

7 Oct 2021

Bila Masa Yang Sesuai Untuk Pos Content di Media Sosial?

Assalam dan Hai,

When you should post social media?

Boleh guna ini sebagai rujukan bila masa yang sesuai untuk pos content di social media. Bila sebenarnya kita hendak pos di facebook, twitter, instagram, tiktok dll. Mana tahu mungkin boleh mendapat perhatian lebih ramai, nak nak yang belum famos. Kalau sudah famos tak mengapa. Hehe.


Terima kasih.

6 Oct 2021

Resepi Ubi Ungkep

Assalam wbt dan Hai,

Sedap betul ubi ungkep.

Halia (*)
Bawang Putih (*)
Sedikit Ketumbar (*)
Garam secukup rasa
Ubi

Kisar yang bertanda (*) kemudian gaul dengan ubi. Kemudian, korang tumis seperti biasa, letak minyak sedikit dalam kuali. Kalau sudah agak-agak kering, letaklah air. Sila tumis ubi sampai lembut tau. Selagi tak lembut, tambahlah air, tak ada masalah.
 
Mudah sangat, boleh letak sesuka hati halia, bawang putih dan ketumbar. Ikut cita rasa masing-masing. Sedap pulak itu, mengimbau masa lalu.

Saya beli di SHOPEE. RM5.89 sahaja untuk 2 kilo. Memang bagus sangat. Cumanya korang kena terus masak lepas beli. yelah, JnT dah peram dalam 2-3 hari sebelum sampai rumah kita, takut tengik. 



Selamat mencuba.

4 Oct 2021

Teknik Proning Untuk Membantu Menambah Oksigen

Assalam wbt dan Hai,

Tahu sudah ramai yang kongsi, tapi aku nak juga simpan di sini. Mana tahu hendak rujuk pada masa-masa akan datang.






Sekian.

3 Oct 2021

Teka Teki Zhulian - Berapakah Jumlah

 Assalam dan Hai,


Teka-teki datang lagi. Kali ini Zhulian yang buat soalan, jadi aku tolong pos sahaja. WHATSAPP



Korset Sasherra = 15

SS Solution = 25

Soalan terakhir = 15 + 15 x 25 = 390 


Mudah sangat kan? Hehe....  Terima kasih

1 Oct 2021

Tak Boleh Pegang Tasbih Digital Sebab Tangan Digunakan Untuk Buat Kerja Lain, Tetapi Kita Masih Boleh Berzikir dengan Selawat Mengikut Kiraan Minit

Assalam wbt dan Hai,

Kita disunatkan berzikir setiap masa dan ketika. Zikir kepada Allah seperti bertahmid, bertakbir dan lain-lain, semuanya perlu dihadirkan di lidah dan di hati. Berapa banyak keyakinan dan ketaqwaan, ketekunan, keikhlasan semuanya diukur di sisi Allah. Jadi kita perlu buat sehabis baik dan seikhlas yang mungkin. Kita juga disunatkan berzikir selawat sebanyak-banyaknya, sekurang-kurangnya 100 kali sehari. Namun begitu, angka 100 bukanlah mudah untuk orang yang berkerja, katanya susah nak sebut. Sebenarnya zikir selawat ini mudah sangat, dan boleh dilakukan ketika kita idle atau tidak melakukan apa-apa. 

Amalan yang diterima oleh Allah hatta ketika kita berlagak, riak, melakukan perkara-perkara apa pun, ialah Selawat kepada Rasulullah SAW. 

Sebenarnya banyak masa yang kita boleh curi-curi untuk berselawat, bukan sahaja hanya di tikar sejadah, tetapi boleh juga di waktu lapang yang lain. Nampak macam tiada masa, tetapi sebenarnya ada saja. Kalian boleh cuba. Waktu idle ini selalunya kita akan gunakan untuk scroll instagram, scroll facebook, scroll socmed lah senang kata. 

10 Waktu Idle / Tidak Tahu Ingin Melakukan Apa-Apa, Jadi Boleh Digunakan Untuk Berselawat
1. Ketika beratur membeli makanan di kedai
2. Ketika beratur menunggu makanan disajikan ketika dine in di kedai
3. Ketika menunggu lampu trafik berwarna merah (nak-nak lampu trafik 199 Giant Shah Alam, masha Allah 5 minit!)
4. Ketika menunggu giliran tidak kira sama ada, beratur nak membayar di pasaraya Giant/Tesco/Aeon Big, giliran di hospital, tunggu masa hendak bermulanya mesyuarat dll 
5. Ketika memandu
6. Ketika sedang menonton drama (netflix, kdrama dll)
7. Ketika membuat kerja rumah seperti memasak, membasuh, mop lantai, vakum rumah, berkebun dll
8. Ketika berjoging
9. Ketika bermain basikal
10. Ketika kita berehat sebentar (take 5) setelah lama berkerja di hadapan laptop

Memegang tasbih digital mungkin terlalu mainstream sebabnya kalau kita sedang menaip, memasak, membasuh pinggan jadi bagaimana mahu tekan button tasbih digital? Hah, tak boleh bayangkan. Jadi Syeikh Muhd Zainul Asri dan ramai lagi Ustaz-ustaz yang mencadangkan begini, mula-mula kita sediakan pembolehubah pemalar (hah, ingat sains saja ke ada?). Selawat yang paling mudah yang kita boleh baca ketika minda separa sedar iaitu ketika kita sedang melakukan perkara lain adalah Selawat Jibril, memang paling mudah disebut ya. 

Selawat Jibril (google sahaja)


Buat eksperimen terlebih dahulu untuk seminit, berapa yang kita boleh lakukan untuk membaca Selawat Jibril. Gunalah jam ke, timer ke, boleh saja. Gunakan dengan kelajuan bacaan seperti biasa ya. Jangan laju-laju. 

Pemboleh ubah pemalar
1. Selawat Jibril yang boleh dibacakan dalam tempoh 1 minit
2. Kelajuan yang normal

Dalam seminit, bacaan normal manusia untuk Selawat Jibril ialah dalam lingkungan 25 hingga 40 kali tapi saya selalu memilih untuk menggunakan konsep 1 minit bersamaan 30 kali bacaan Selawat Jibril. 

timer digital saya

Boleh beli timer di SINI

Jadi saya cadangkan, kita gunakan timer yang ada di telefon. Cuma kadang-kadang agak susah juga nak pause, sebab kita nak buka apps lain. Jadi, saya beli pula timer digital di shopee, serendah RM3.80 sahaja. Nampak lebih memudahkan. Apa yang saya lakukan, apabila saya mahu membasuh pinggan, saya akan tekan button start, jadi mulalah berselawat semampunya. Kemudian jika saya perlu bercakap dengan anak-anak, saya akan stop (maksudnya pause/halt). Seterusnya apabila saya hendak mulakan semula, tekan button start. 

Contoh, pengiraan berdasarkan timer saya:

38 minit x 30 kali Selawat Jibril = 1,140 kali Selawat Jibril

Alhamdulillah sepanjang dua jam saya di hadapan komputer, saya sudah membaca 1,140 kali Selawat Jibril. Mudah bukan? Alangkah mudahnya berselawat ketika membuat kerja-kerja rumah, daripada kita fikir bukan-bukan, lebih baik kita berselawat kepada Rasulullah SAW.


Semoga bermanfaat untuk semua.


Sekian terima kasih.