TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

17 Oct 2021

Pengalaman Dengan Pengangkutan Awam Iaitu Bas

Assalam wbt dan Hai,
Pengalaman dengan bas memang tak dapat dipisahkan sebab selalu naik bas sejak Tingkatan 1 sampai habis unibesiti. Sikit sebanyak aku ceritakan. aku malas nak caps lock yang mana perlu. harap maap. 



1. Masa tu tingkatan lower form, tak ingat tingkatan berapa. aku sampai batu pahat, nak naik bas tingtong ke pekan rumah aku. tiba-tiba aku baru perasan yang aku tak ada langsung duit! langsung !!! serious weh macam mana aku nak balik kalau aku tak ada duit. aku doa supaya Allah bagi aku seringgit. Memang Allah Maha Mendengar! Aku jalan kaki kawasan bas yang aku nak naik, kemudian terjumpa RM1, duit syiling lama yang kuning, masa itu masih laku lagi. Alhamdulillah! Dapatlah aku balik ke rumah! Terima kasih Allah....Allah bagi ilham kat orang yang tercicir duit kat kawasan bas kemudian aku yang gunakannya. 

2. Masa lower form jugak, sekolah asrama aku terletak di negeri sembilan. kemudian, aku tunggu bas di terminal one. aku sudah letakkan beg aku di kawasan yang tersembunyi sikit, di sebalik tiang. lepastu ada konduktor bas yang gila, dia pergi bawak beg aku masuk ke bas yang ke arah utara. gile ke apa?? aku marah dia, tak kisahlah time itu aku muda lagi. aku paksa dia panggil balik bas itu, suka suki kan! akhirnya aku dapat balik beg aku. Alhamdulillah!

3. Masa lower form lagi, aku naik bas tingtong dari negeri sembilan ke melaka. kemudian, di melaka, naik bas dari stesen bas hang tuah. masa itu, melaka sentral belum wujud tau. dari melaka, nak balik ke johor, naik bas apa pun aku tak tahu, tapi cuma ada kami bertiga aje! ya Allah memang takut gila, tapi zaman itu kita tak takut dengan penculikan ke apa, sebab memang dunia penjenayah belum meluas, yang kita takut ialah kena makan hantu. hehe. Alhamdulillah memang itu jalannya, kami yang over risau. haha.....

4. Masa kat unibesiti, aku dah charge handphone, otw ke johor, asyik main mesej dengan ex boipren sampai bateri kong. yelah bateri jaman dulu mana tahan lama, bukan macam sekarang, streaming 3 jam pun baru kurang 20%. lepastu pulak, aku tertidur. ya hampun, kat mana dah bas ini pergi? tahu tahu saja sudah terlepas simpang batu pahat! sebelah tempat duduk aku ada couple, aku dengan beraninya minta sikit kredit. muka aku naif macam budak sekolah menengah, jadi mereka kesian. Aku telefon abah aku, aku dah sampai Machap. mereka ambil aku di RnR machap. Sudahnya, setiap kali aku naik bas, abah mesti akan call aku setiap 5 minit kalau aku kata, aku tinggal beberapa kilometer lagi nak sampai ke signboard yong peng. Punyalah takut aku terlepas lagi. Terima kasih abah :)

5. Masa naik bas, aku selalu doa ada laki hensem duduk sebelah aku, taknak laki busuk. tapi tak pernah pun jumpa. hakhak... jadi, sudahnya aku selalu booking yang single seat sebab senang malas nak fikir. lepastu selesa ya hampun.... 

6. Masa naik bas dulu, aku selalu muntah. isk isk aku pernah muntah termuntah kt kawan aku. kesian dia, mesti dia ingat aku ni fara yg muntah dalam bas tu kan? isk isk isk... tapi pengalaman semuanya. sekarang aku dah okay dah. 

No comments: