Kami ke KSCC iaitu Kuala Selangor Cabin Camp. Masuk dengan harga RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Kalau nak mandi, lain harga. Masa kami datang ada keluarga tengah buat family day. Nak bayar, cuma kaunter meja saja, bawah khemah. Simple saja. Aku baca dalam surat khabar, KSCC ini dikendalikan oleh penduduk kawasan sini untuk meningkatkan pendapatan. Jadi, haruslah kami memberi sokongan.
Aktiviti lasak, yeah pakai selipar saja sebab tak terfikir nak singgah sini hehe.. OKaylah bolehlah janji rock. Hoyyehhh kita main je.
Tempat penginapan. Yang segitiga macam homestay Masbro ada aircond tapi yang hobbit tak ada aircond, ada kipas saja. Kemudian boleh baring dalam 4 orang gitulah. Kalau jenis yang besar, mungkin tak muat. mungkinlah hehe. Oh ya, toilet semuaaaaaaaaaaa sharing ya kat luar. Jadi pandai-pandailah kome.... Hehe... Konsep tidur bawah pokok kelapa sawit, kami dah biasa, jadi taknak tidur kat sini.
Ada petting arnab, jadi ambil gambar dengan arnab besar hehee....
ada sangkar kucing. kebetulan ada kucing demam, lalu mereka tulis "demam, jangan sentuh" lebih kurang gitu ayatnya. Bagus pengurusan sini.
Banyak aktiviti boleh dilakukan di sini. Tempat bersih dan kami suka.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment