TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

28 Jun 2021

5 Ahli Syurga - Petikan Ceramah Ustaz Wadi Anuar

Assalam wbt dan Hai,

5 AHLI SYURGA

1. Orang yang masuk syurga tanpa dihisab.

2. Orang yang masuk syurga, perlu dihisab terlebih dahulu.

3. Orang yang masuk syurga dengan rahmat Allah, semasa ditimbang amalannya 50:50 pahala dan doa, lalu Allah mengizinkan dia masuk ke syurga.

4. Orang yang masuk syurga tetapi telah masuk ke neraka terlebih dahulu, pergi ke syurga kerana mendapat syafaat atau pertolongan daripada orang-orang yang soleh yang sudah ada di syurga, dengan rahmat Allah.

5. Orang yang masuk syurga yang terlebih dahulu masuk neraka tetapi masuk juga ke syurga dengan rahmat Allah kerana tidak menyekutukan Allah.











Insha Allah, doalah setiap masa.

"Ya Allah masukkan kami ke dalam syurga firdaus tanpa dihisab, tanpa diazab.."


Kata Allah, doa yang paling maksimum kemudian ekor-ekornya automatik dapat. Minta dunia, dunia saja yang dapat. Jika kita minta akhirat, dunia pun dapat, akhirat pun dapat. Insha Allah. 


25 Jun 2021

Saya Sudah Ada Shopee ZHULIAN Tapi Tutup Sebab Takut Kena Saman Dengan Zhulian



Assalam wbt dan Hi,

Saya sudah ada kedai di Apps Shopee. WHATSAPP

Namanya Adra Ansari Shopee tapi dah kena tutup sebab risau ye, upline aku kata, HQ Zhulian makin strict, tak bagi jual kat shopee atau beg kuning tiktok. Hanya boleh contact each other gitu. Kalau ada yang jual juga, if one day diorang bising, ha susah. jadi apa-apa whatsapp saya ya. 





Jangan lupa beli Zhulian di sini ya...........


TERIMA KASIH.

23 Jun 2021

Bahana Mulut Masin - Jangan Suka Ejek Orang

Assalam wbt dan Hai,

Aku tulis di sini sebagai pengajaran sahaja. 

Semasa aku kecil dahulu, keluarga aku memang susah sangat. Abah aku berkerja sebagai buruh pembinaan di kampung kami untuk mencari wang. Sehari mungkin boleh menerima upah sebanyak RM50. Kalau hari hujan, tidak boleh berkerja. Badan abah setiap hari sakit sebab penat berkerja. Jadi kami terpaksa pijak-pijak badan abah pada malam hari, memang malas nak buat, sebab kami budak-budak pun penat seharian belajar, waktu itu tak terfikir perasaan abah, ya lah masih budak-budak. 

gambar ehsan google



Ada satu waktu, abah berkerja untuk seorang pakcik, buat rumah pakcik itu. Kedudukan rumah pakcik itu tak jauh dari rumah kami, dalam selang tiga rumah sahaja, kiranya jiran kami. Anak pakcik itu bersekolah di sekolah yang sama dengan aku, umurnya setahun lebih tua. Cuma suka aku ingatkan di Johor, sistem sekolah berbeza dengan di Selangor. Darjah 2 di Sekolah Kebangsaan bermaksud Darjah 1 di Sekolah Agama. Jika tidak lulus sekolah agama pula, akan terus kekal di darjah yang sama sehingga lulus. Kalau tidak lulus tiga tahun, maka mereputlah kau tiga tahun dalam kelas itu. Tetapi dalam usia aku 11 tahun macam itu, sistem ini dibubarkan dan darjah 1 di sekolah kebangsaaan bermaksud darjah 1 di sekolah agama. 

Okay berbalik dengan kisah anak pakcik tadi, aku namakan sebagai Haris (bukan nama sebenar). Haris sekolah pagi darjah 4 sekolah kebangsaan tetapi sekolah agama darjah 2 sama-sama dengan aku. Mungkin dia tidak lulus periksa, aku tidak pasti. Tempat duduk di kelas ditentukan oleh cikgu kelas dan kebetulan aku duduk di kawasan pelajar repeat paper. Memang teruk aku kena!

Mereka panggil aku, 'Anak Kuli'. Kemudian, Haris bagitahu pada semua kawannya yang abah aku kerja kuli di rumahnya. Kemudian, macam-macam lagi perkara buruk yang dia sebarkan sampai kakak aku pun terlibat, tapi aku tak ingat secara detail. Kadang-kadang kalau aku tidak tahan marah, aku kejar satu sekolah dengan penyapu. Eh buli ini tidak putus di sini, berlarutan sampai dia habis darjah 6. Lama! 3 tahun! Aku benci betul pergi sekolah agama masa itu kerana dia, tapi aku gagahi jua. Masa darjah berapa entah, dia berhenti sekolah agama, baguslah! Haha.

Namun begitu, kami masih jumpa di sekolah kebangsaan, ejekan dia masih tidak berhenti. Lepas kakak aku berhenti sekolah, lagi menjadi-jadi sampai aku nangis. Bukan dia ejek, tapi kawan-kawan dia pun join sekaki. Memang kena buli mentally kiranya. Lalu aku berdoa. 

Aku doa kepada Allah supaya Haris satu hari nanti tidak akan diterima berkerja di mana-mana pun dia pergi. Apa pun dia buat akan gagal sampai dia melutut minta maaf pada aku dan abah. 


Fast forward, aku sudah lupa tentang Haris sampai satu hari (umur sudah dalam 20 an), mak aku cerita yang Haris sudah habis belajar tetapi tak dapat juga kerja, kemudian dia kerja dengan kawan dan katanya ditipu. Kemudian, dia bercucuk tanam dan jual di pasar kemudian tak laku. Pelik juga. Aku tak rasa apa-apa. Bila lama aku fikir baru aku ingat apa yang aku doa. Masa itu aku rasa bersalah ke tak tahu nak kata apa, mungkin kebetulan kot kan.. betul tak,...

Kemudian, bila hati aku sudah sejuk, aku maafkan.


Fast forward (selepas setahun dua), Mak aku cerita lagi pasal Haris, Alhamdulillah perniagaannya semakin laris sekarang dah boleh sampai luar negeri. 



Walaupun memang sudah disuratkan oleh Allah, tetapi kita perlu berdoa. Kita perlu berusaha untuk menghindari perbuatan yang menyakiti manusia lain. Kita tak tahu yang doanya mungkin dimakbulkan oleh Allah. Jadi janganlah sesekali buli walaupun hanya buli mentally sahaja. Jaga-jaga Allah memerhati. 


Terima kasih. 

21 Jun 2021

Memori Abah Membawa Aku Melihat Lebuh Raya

 Assalam wbt dan Hai,

SHOPEE KAKNA

Kalau kata tentang PLUS, Lebuh Raya Utara Selatan, aku memang ada pengalaman yang menarik dengan lebuh raya, kenangan yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Aku kalau nampak kerja kosong dengan LLM, PLUS memang aku mohon sebab aku teringat kenangan lebuh raya ini. Haha.

Selepas selesai menduduki peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) pada tahun 2000, abah berjanji untuk membawa aku pergi jalan-jalan. Aku suka sangat, hari itu hari Jumaat. Aku bangun awal walaupun cuti sekolah bersempena UPSR. Abah membonceng aku dengan motor buruknya ke suatu tempat. Jauh sangat, masa itu tempat yang paling jauh aku pernah pergi ialah Tanjung Bidara Melaka dengan keluarga Atok. Tapi bukan semua ahli keluarga yang ikut, itu pun mungkin aku termuntah. Huhuk.

Kemudian, kami tiba di suatu kawasan iaitu tempat yang boleh lihat lebuh raya dengan jelas. Kawasannya agak tinggi di atas bukit. Abah suruh pandang lebuh raya dan abah cakap, jauh lagi perjalanan yang aku perlu lalui selepas ini seperti lebuh raya yang jauh penghujungnya, bersambung-sambung. Memang ironinya, lebuh raya itu sejauh mata memandang dan banyak R&R. Kalau kita bandingkan dengan kehidupan kita R&R adalah seperti persinggahan kita yang banyak, belajar, bekerja, berkahwin dan lain-lain. 

ehsan google

Selepas banyak perkara yang abah ceritakan, abah singgah di sebuah kedai dan membelikan aku sebatang aiskrim. Kemudian kami singgah di tempat kerja kawan abah dan abah berbual-bual dengan mereka sementara aku habiskan aiskrim aku. 


Walaupun singkat tapi pengalaman yang sangat indah buat aku. Terima kasih Abah!



Al-Fatihah (dibaca)

19 Jun 2021

Pattern Daun Ketum Zhulian, kini sudah boleh dibeli ya!

Assalam wbt dan Hai,

Kalau ada sesiapa yang teringin nak pakai gelang bercorak daun ketum, tapi yang ini Zhulian punya tau, korang bolehlah order dengan saya. WHATSAPP

                  
BT9012 Saiz 1.5cm RM389 & BT9011 Saiz 2cm RM448
Nak diskaun? Boleh WHATSAPP kite 
Boleh beli SHOPEE kite.


Cincin RG9010



Kita ada RANTAI LEHER, LOKET DAUN KETUM, CINCIN DAUN KETUM dan GELANG DAUN KETUM. Semua Zhulian punya tau... bukan emas 916 tetapi emas Zhulian, logam yang disadur emas 999 asli... 


Okay... tengok-tengok dulu kemudian boleh beli ya. Terima kasih.

16 Jun 2021

Pengganti Jamu iaitu Vegi Vera dan Susu Coloskim

Assalam wbt dan Hai,

WHATSAPP KAKNA

Kalau kakak-kakak, adik-adik, cik-cik, puan-puan rasa minum jamu is too mainstream, kalian boleh bertukar kepada jamu alaf baru dari Zhulian iaitu Vegi Vera dan Susu Coloskim. 

Cara pengambilan?
2 sacet Vegivera pada waktu pagi
2 sacet Susu Coloskim sebelum tidur

1 kotak Vegivera yang berharga RM89 mempunyai 30 sacet. Kemudian 1 kotak Susu Coloskim yang berharga RM113 mempunyai 30 sacet juga. Jadi kalau kalian ingin mengambil jamu selama 44 hari, maka saya kirakan jumlahnya ya.

Jumlah sacet Vegivera yang diperlukan setiap hari = 2 x 44 = 88 sacet
1 kotak = 30 sacet
Jadi perlukan dalam 3 kotak
Jumlah yang perlu dibayar = RM110 x 3 = RM330

Jumlah sacet Susu Coloskim yang diperlukan setiap hari = 2 x 44 = 88 sacet
1 kotak = 30 sacet
Jadi perlukan dalam 3 kotak
Jumlah yang perlu dibayar = RM85 x 3 = RM255

Jumlah untuk 44 hari = RM330 x RM255 = RM585



Jika pengambilan 44 hari seperti lama sangat, mungkin boleh guna untuk 30 hari saja.
Jadi perlukan 2 kotak setiap satu.

Jumlah untuk 30 hari = ( RM110 x 2 ) + ( RM85 x 2 ) = RM390

Jom kita intai semula kebaikan Vegivera dan susu Coloskim.









Kalau teringin nak membeli, bolehlah wasap saya ya.


Sekian, terima kasih. 

15 Jun 2021

Mudahnya Beli Ayam di Kedai Ayam Ladangku SS 19 Subang Jaya

Assalam wbt dan Hai,

Kalau korang tinggal di kawasan Subang Jaya lepastu tak berapa pasti nak beli ayam kat mana? Korang bolehlah datang sini. Mudah sangat nak cari ayam di kawasan Subang Jaya, taip je Ladangku. Hah terus jumpa. Bersih, cantik, boleh potong lagi... Memang terbaik!


Harganya hari itu aku beli 2 ekor, RM35, kalau tak silap aku peniaga ini kata harga ayam dah fix, memang seeokor dalam RM17 range gitu. Ikut koranglah kan nak beli kat mana tapi ini cadangan sahaja. Oh ya, masa PKP pun dibuka.


Okay selamat membeli.................

UPDATE 2022 - KEDAI SUDAH DITUTUP

14 Jun 2021

Beli Scones di Zalynz Oven Seksyen 3 Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

SHOPEE KAKNA

Kalau korang area Shah Alam atau Subang Jaya atau yang berdekatan, teringin nak makan scones tapi tak tahu nak cari di mana, korang boleh beli scones di Zalynz Oven. Kafenya berwarna pink serba-serbi, letaknya di Seksyen 3 Shah Alam. Memang dibuka sepanjang PKP sebab sudah ada surat MITI. Kalau korang nak order terlebih dahulu, boleh DM terus di IG mereka. 


Sebiji scone berharga RM4.50, setiap scones didatangkan bersama jem strawberi dan butter sekaligus. Memang sedap bagi aku. Cuma tak boleh lawan perasaan makan scones di sini dan kalau makan di Cameron Highlands, nikmatnya berbeza. Hihi. Nak datang sana tak tahu lagi bila kan. Jadi kita makan dulu yang ada di sini. Kalau tidak silap aku, ada juga perkhidmatan transporter makanan dari Cameron Highland di Instagram cuma aku belum pernah cuba. Aku tahu harga penghantaran mesti mahal, jadi aku nak jimat, maka aku beli yang ada di area berdekatan sahaja. 

Gambar scones sengaja aku tangkap bersama cawan dan piring. Cawan dan piring ini adalah hadiah kahwin kami tahun 2013 dan hanya dipakai buat pertama kalinya semasa dihidang bersama scones. memang tak sangka baru nak guna sekarang. Hehe. Air teh decaffeinated katanya, tapi memang sedap! (Bilalah aku nak diet?)


Jangan lupa cuba ya. sekian terima kasih.

13 Jun 2021

Teka-Teki Zaman Dulu (Long-Chair Malay)

Assalam wbt dan Hai,

Aku ada terjumpa teka-teki zaman dulu, mungkin memang zaman belum ada standard bahasa Melayu oleh DBP. Buku pun agak usang. Tajuk bukunya Long-Chair Malay. Aku pun tak berapa pasti tahun berapa. Ada sesetengah teka-teki kurang difahami, mungkin zaman itu ianya lawak jenaka. 

kredit twitter Adibah Noor.






Sudah disertakan jawapan, jadi tak perlu susah-susah pecah kepala untuk berfikir. Kalau korang nak cuba tanya dengan orang zaman kini, bolehlah... 

12 Jun 2021

Rahsia Kejayaan Aku Dalam Kos Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

Assalam wbt dan Hai,


Malam ini aku saja menulis tentang tajuk jurusan yang aku ambil masa zaman universiti iaitu kira-kira 15 tahun lalu. Ya Allah dalam diam tak sedar sudah kertu ya. Haha. Okay kalau korang cari label "Siswa" boleh jumpalah coretan aku sebelum-sebelum ini. Nak ceritanya kos ini memang susah. Ramai juga yang repeat paper tapi Alhamdulillah batch kami tak ada yang repeat semester. insha Allah. 

👉 Buat soalan tahun lalu, jawapan boleh bincang dengan kawan
👉 Rajin tulis nota yang lecturer cakap tapi tak ada dalam slide notes
👉 Buat latihan yang lecturer recommend
👉 Tengok soalan test dan assignment yang lecturer bagi semester itu
👉 Kalau ada senior sama kos, ambil nota dia, kadang-kadang soalan exam yang lepas
👉 Kalau boleh fahamkan, bukan tiru bulat-bulat, nanti nak goreng tak pandai time periksa
👉 Minta kawan yang pandai, fahamkan kita sampai kita faham dan boleh jawab soalan yang lebih kurang sama
👉 Fahamkan soalan, sebab kadang-kadang soalan sama, cuma lecturer ubah jadi pasif ke aktif ke
👉 Teknik menghafal : tulis semula apa yang kita faham
👉 Teknik menghafal : buat akronim 
👉 Kalau tak ingat time periksa, baca doa Nabi Yunus (Lailahailla anta....) tepuk tengkuk tiga kali
👉 Usaha, doa, tawakal

Sebenarnya apa yang kita belajar ini mengikut universiti masing-masing. Okay ini berdasarkan pengalaman ya, kalau zaman sekarang dah berubah yang itu aku tak tahu sebab aku pun tak nak ambil tahu. Haha. Universiti itu kalau jenis macam melebih-lebihkan management macam universiti aku, Universiti Teknologi Petronas, maka kau pun akan selalu ada presentation. Sikit-sikit ada, so dalam diam terasah bakat kau nak public speaking, mahu ke tak mahu. Lepastu lecturers memang ramai foreigners eh kalau Malaysians pun kau kena speaking tak boleh kecek melayu, guano gitu, jadi pandailah speaking juga. Test, midsem test ke apa, kuiz semua banyak. Kebanyakan kuiz, assignment semua ini akan dibawa ke markah final. Okay contoh 100% markah nak jadi pointer, 60% adalah assignment dan 40% adalah markah final test sahaja. Sama aje ini mana-mana pun...

Okay kemudian, kalau korang nak apply mana-mana universiti tu kan, better korang riki-riki lah kat twitter ke, cari info drp student yang belajar di situ. contoh macam UITM, bagusnya belajar kos kejuruteraan kat sana, semua students belajar autoCAD. kalau korang nak tau, subjek Auto CAD ini subjek kemestian untuk seorang engineer. eh kalau masuk kerja kau tak tahu, hmm susahlah wehhh. kebanyakan company memang nak orang yang tau basic tentang ini... Jadi kalaupun universiti korang tak ada mengajar subjek ini, pergilah ambil kelas ke apa ke. Atau korang explore sendiri, kan komputer sekarang dah power-power nak install apa-apa software pun tak ada masalah, belajar pun boleh melalui Youtube saja, so apa salahnya korang belajar. 

Lepastu kos ini memang susah itu sebab terlalu banyak benda nak hafal kemudian semua berkait-kait. Eh elektrik elektronik kot, benda kau tak nampak. Nak faham memang susah kalau kau tak ada feel dan minat, kalau tak minat tu tak payah nak cuba-cuba. Ambillah kos yang korang minat. Senang... Bila kerja, apa yang kita belajar tak banyak boleh apply. Konsep sama tapi perinciannya berbeza mengikut company masing-masing. Cuma apa yang aku nampak, kita belajar sampai degree/ijazah ini adalah untuk membentuk otak kita, hati kita biar lebih jadi matang. Matang dalam menguruskan stress kerja, masalah persekitaran tempat kerja, bijak mengambil peluang dan boleh menyuarakan pendapat depan manusia lain dll. Insha Allah.

Kalau untuk aku, subjek elektrik dan elektronik tak susah sangat. Kalau akulah tau sebab Alhamdulillah aku dikurniakan otak yang cerdik dan baik. (Rezeki Allah Syukur sangat-sangat). Masa aku belajar dulu, aku perlu selak dan baca semua nota aku, jadi masa aku jawab exam atau test apa-apa, aku macam scan je. Tak kisahlah aku faham ke tak faham. Aku boleh jawab sebiji seperti dalam nota, seolah-olah macam tiru gitu kan. Rezeki Allah bagi. Aku tak ada masalah blur-blur tak dapat jawab soalan. Tak ada masalah kertas kosong sampai lukis-lukis, semua itu memang tak ada. Bila dalam kelas, kawan-kawan tanya soalan, aku tak boleh jawab. Kemudian mereka bengang sebab ingatkan aku kedekut ilmu. Aku tak kedekut ilmu ya kawan-kawan, tapi malas pula aku nak buka cerita ini. Aku memang tak faham sangat pun masa belajar, cuma memang result aku sentiasa baik setiap semester. Jadi apa yang kawan-kawan aku buat, mereka akan buka nota aku setiap nak exam dan baca dan kadang-kadang photostate. Kebetulannya selalu kalau aku tulis nota, memang nota itu masuk dalam exam. Nota itu selalunya datang drp mulut lecturers sahaja, dan mereka tak tulis dalam slide notes. Rezeki Allah. 

Bijakkan aku? Haha....Masa semester 1, aku masih blur lagi jadi result teruk sikitlah.


last semester aku ambil accounting sekali dapat A- kalau aku tak ambil aku dapat 4.00 semester last weyhyyy haha.... 


CGPA 3.62 tapi uni kami mengklasifikasikan sebagai Kelas Kedua Atas, zaman itu CGPA 3.75 baru boleh jadi kelas pertama. Hmm jauh sangat. Kalau tajaan Mara, anggap kami first class jadi bolehlah dapat free biasiswa. Alhamdulillah. Cuma perancangan Allah yang kita tak tahu. Sebaik mana pun result kita dalam peperiksaan bukan penentu pekerjaan kita. Aku tak pernah pun dapat kerja yang herlok menggunakan result periksa. Hehe. Jadi korang jangan hampa kalau result korang tak baik pun, boleh saja dapat kerja oi... silap-silap boleh dapat lagi baik drp yang dapat result baik macam aku... Nantilah ada masa aku cerita lagi ya. 

👉 INGAT, yang result tak menentukan KEJAYAAN pada masa hadapan
👉 Sungguhpun begitu, kalau korang yang berjaya resultnya tetapi tidak berjaya dapat jawatan yang baik, jangan pernah rasa yang korang belajar itu sia-sia. Insha Allah ada hikmahnya tapi belum nampak.
👉 Kalau korang tak boleh lawan dalam kejayaan dunia (rumah besar, kereta besar, kerja gaji banyak), korang lawanlah jadi hamba Allah yang lebih baik, iaitu beribadat lebih banyak. 
👉 Semoga kita kuat lalui pandemik covid-19 ini bersama-sama
👉 Dont lose hope
👉 Yakin dengan Allah, anda sedih, anda gembira, anda tak dapat kerja, anda tak ada jodoh, anda tak ada duit, anda baca Istighfar sebanyak yang mungkin. 



Semuanya dengan izin Allah.

Terima kasih. 

11 Jun 2021

Beyond Aroma Essential Oil Zhulian Rosemary, Lavender dan Eucalyptus

Assalam wbt dan Hai


Hari ini kita nak menjual Beyond Aroma Air Freshner. Tapi sebenarnya essential oil ya... Ada tiga jenis iaitu Rosemary, Lavender dan Eucalyptus. Harganya RM68 dan kandungannya ialah 60ml sahaja. 

Aku nak cuba pada diffuser You*gs and Livin* ,sebab kawan aku kata, diffuser mereka yang terbaik, isi EO dia tak berapa kisah guna apa-apa pun. Jadi aku pegang kata-kata dia maka aku pun beli diffuser hehe. 





Kalau berminat boleh whatsapp okay...



Terima kasih. 

8 Jun 2021

Resepi Kek Marble Untuk Orang Noob Yang Baru-Baru Nak Cuba

Assalam wbt dan Hai,

SHOPEE KAKNA

Alhamdulillah aku diketemukan dengan resepi kek marble yang sangat mudah betul insha Allah confirm jadi ya. Kalau tak jadi, memang tak tahu nak kata apalah sebab memang simple sangat!! Finally pandai juga aku buat kek marble sebab kek marble adalah salah satu kek yang aku suka. 


Resepi Kek Marble Yang Sangat Mudah (resepi daripada adik aku, aku lupa dia follow resepi siapa)

1 1/2 cawan marjerin (apa-apa, marjerin pelangi boleh, butter boleh ikut korang suka apa)
1 1/4 cawan susu pekat (ini memang manis biasa, resepi asal 1 1/2 cawan)
4 biji telur gred B (atau 5 biji telur gred C)
2 cawan tepung naik sendiri (atau 2 cawan tepung gandum ditambah 1 sudu kecil baking powder - jangan lupa ayak)
2 sudu besar serbuk koko

Petua:
1. Pastikan ayak tepung terlebih dahulu. 
2. Guna cawan yang sama untuk sukatan yang diberikan. Tak kisahlah cawan apa pun, tapi aku guna cawan kalau kita minum teh/kopi yang saiz standard itu. 
3. Kalau tak jadi cantik macam gambar, guna mixer. Resepi asal kacau guna tangan saja. Jenuh juga aku nak bagi jadi warna lebih kurang sama.

Cara-cara:
1. sebatikan marjerin dan susu pekat, tak perlu kembang sangat pun tak mengapa
2. pecahkan telur satu demi satu dan masukkan satu demi satu ke dalam acuan (1)
3. tambah tepung (masukkan sikit demi sedikit)
4. bahagikan dua iaitu satu dicampurkan dengan serbuk koko, satu bahagian lagi tak payah letak apa-apa. 
5. bakar 170 darjah Celcius, 60 minit api atas bawah. (resepi asal, 45-50 minit, jadi ikut oven masing-masing)

Cantik kan, dan rasanya pun sedap! Hahah, utk pertama kali, aku pandai buat kek! oyeahhh!!!!



Nota aku:
Bagi aku perlu guna mesin mixer supaya sebati, kalau tak guna kurang sedap. macam bantat gitu agaknya.. aku guna marjerin pelangi separuh, butter separuh... bila guna semua butter, butter memang sedap tapi kenapa kek aku macam bantat. aku pun pelik.. haha


Okay, sekian, terima kasih. 



7 Jun 2021

Subang Shawl Fesyen Terkini - Anting-Anting Hijab Zhulian Sara Nisa 2021

Assalam wbt dan Hai,

WHATSAPP KAKNA

Kalau korang suka pakai shawl atau tudung bersama subang seperti gambar model di bawah, korang boleh cuba beli Zhulian ya.

gambar ehsan google

gambar ehsan google



Jika pakai subang seperti gambar di atas, korang perlu pakai kat telinga kan... kalau ada sesetengah orang tak suka nak pakai di telinga mungkin sebab rimas, mungkin sebab nak jaga aurat. Jadi Zhulian ada jual subang untuk fesyen subang shawl ini. 

3 Langkah Pemakaian Anting-Anting Hijab Zhulian (zhulian_chua)
1. Gayakan hijan anda mengikut citarasa dan keselesaan sendiri
2. Sematkan anting-anting hijab di atas lapisan hijab anda secara jelujur, rapat di bawah kedudukan cuping telinga anda
3. Ulang langkah kedua di sisi sebelah lagi


SELESAI ... Jangan lupa kemaskan.... 

Kalau tak nampak gambar, sepasang Anting-Anting Hijab berharga RM169


Hah sebenarnya subang shawl ialah jarum peniti shawl ya... Wow! Memang bijak sangat!!! Suka sangat! Panjang bahagian yang bergantungan itu dalam 6cm macam tu lah... cantik ke tidak? 


Harga? Harga yang dilampirkan belum ditolak diskaun. Apa tunggu lagi, whatsapp saya ye. 
Kalau harga di Shopee tiada diskaun sebab susah sikit nak bagi diskaun kat situ.


Terima kasih !!!

6 Jun 2021

Siri 16 Cadangan Menu Sarapan Pagi Sempena PKP / MCO 3.0

Assalam wbt dan Hai,

Kalau korang sudah kering idea nak sarapan apa pagi-pagi time musim PKP, nah aku sajikan menu yang boleh jadi pilihan korang ya. 

Cadangan Menu Sarapan 1 - Nasi Ambeng
Cadangan Menu Sarapan 2 - Nasi Lemak

Cadangan Menu Sarapan 3 - Nasi Goreng
Cadangan Menu Sarapan 4 - Kuey Teow

Cadangan Menu Sarapan 5 - Lontong Goreng
Cadangan Menu Sarapan 6 - Roti Jala

Cadangan Menu Sarapan 7 - Roti Bakar dan Kacang Panggang
Cadangan Menu Sarapan 8 - Bihun Goreng

Cadangan Menu Sarapan 9 - Pecel
Cadangan Menu Sarapan 10 - Maggie Goreng

Cadangan Menu Sarapan 11 - Mi Goreng
Cadangan Menu Sarapan 12 - Soto

Cadangan Menu Sarapan 13 - Roti Canai
Cadangan Menu Sarapan 14 - Lontong

Cadangan Menu Sarapan 15 - Karipap
Cadangan Menu Sarapan 16 - Laksa Johor



Nah ada 16 cadangan menu sarapan, korang tinggal nak pilih samada beli atau buat sendiri. Aku? Aku memang malas sarapan selain roti canai. Hehe. Selamat makan!


4 Jun 2021

Ikan Bakar Belakang Istana, Kuala Lumpur

Assalam wbt dan Hai,

SHOPEE KAKNA


Kalau korang teringin nak makan pelbagai jenis ikan bakar, korang google map atau waze saja Gerai Seri Menanti Ikan Bakar Jalan Bellamy . Sedap sangat sebab banyak pilihan. Ada beberapa kedai di situ. 


Nanti lepas habis PKP, datanglah sini okay?


Terima kasih. 

2 Jun 2021

Seloka Kerja Tidak Mudah

Assalam wbt dan Hi,

Dulu aku fikir mudah sangat nak dapat kerja
Dulu aku fikir mudah sangat nak beli kereta
Dulu aku fikir mudah sangat nak beli rumah selesa
Ingatkan masuk universiti swasta
Dapat result dekan setiap semester
Mudah nak dapat nak kerja 
Mudah nak capai impian dunia
Ingatkan apply kerja hari Selasa
Hari Rabu perlu hadir temuduga
Berharap gaji besar sampai 3000 nyata
Tapi sebenarnya ijazah tak menentukan gaji kita
Kalau ada "kabel" kuat lain pula cerita
Semalam apply semalam dapat surat terima
Kalau kau bukan siapa-siapa
"Maaf permohonan anda tidak diterima"
Nak-nak sekarang Covid-19 melanda
Lagi susah berganda nak cari kerja
Kalau dapat kerja bersyukur sentiasa
Tak kisah gaji ciput cukup makan, bayar bil dan kereta
Sebab konsep kapitalis take it or leave it sister
Bos kedekut pun kena kipas kuat level lima
Takut besok-besok dapat surat berhenti kerja
Hakikat dunia ini sebenarnya pahit seperti peria
Hakikat dunia tiada siapa yang cerita
Tapi soal rezeki ialah rahsia Sang Pencipta
Kita usaha dan berdoa
Moga tak dibayar di dunia, dibalas di akhirat sana
Oh Allah, if today I lose hope please remind me that your plans is better than my dreams.



Nukilan,
Anakin
31-5-2021


1 Jun 2021

Hari Pertama PKP 3.0 Ada Promosi Barang Kemas Zhulian

Assalam wbt dan Hai.


Ada promosi daripada zhulian_chua ya.. 5% untuk semua barang kemas sahaja. produk lain, bergantung kepada harga asal... kira mengikut terma dan syarat lah.. Tempoh dari 1 Jun sehingga 14 Jun 2021 sahaja ya... Cepat-cepat!








Jangan lupa whatsapp saya jika nak beli barang zhulian.


Terima kasih.