TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR
REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023
Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...
31 May 2021
Nasi Lemak Dalam Polistrin di Gerai Tepi Jalan, Batu Tiga Shah Alam
30 May 2021
Roti Canai Sedap Restoran Sri Alam, Seksyen 18 Shah Alam
Terima kasih.
29 May 2021
Roti Canai SEDAP di Restoran Ziela Kaman, Seksyen 22 Shah Alam
28 May 2021
Nasi Kerabu Batu Tiga di Restoran HZ Celup Tepung
26 May 2021
Emas Zhulian versi Bebola dan Coco Candy Sangat Cantik
24 May 2021
Beli Laksa Johor dan Mi Bandung di Medan Selera USJ 7 Subang Jaya
23 May 2021
Roti Canai Sedap di Warong Mak Siti Batu 3 Shah Alam
21 May 2021
Pasar Batu Tiga Taman Mutiara Subang Ada Jual Sate
20 May 2021
Nasi Lemak Taman Mutiara Subang Batu Tiga Shah Alam
19 May 2021
Gelaran Yang Dipertuan Agong dan Gelaran Sultan di Malaysia
1.
Negeri Sembilan
2.
Selangor
3.
Perlis
4.
Terengganu
5.
Kedah
6.
Kelantan
7.
Pahang
8.
Johor
9. Perak
KDYMM Kebawah Duli Yang Maha Mulia – Panggilan Sultan
Sultan Terengganu
Sultan Pahang
Sultan Kedah
Sultan Perlis
Yang Teramat Mulia YTM – Panggilan Sultan
Sultan Kelantan
Duli Yang Maha Mulia DYMM – Panggilan Sultan
Sultan Johor
Sultan Perak
Sultan Selangor
Yamtuan Besar – Panggilan Sultan
Sultan Negeri Sembilan
18 May 2021
Makan Tengah Hari di Restoran Ami TTDI Jaya
17 May 2021
14 Kisah Aku dan Cikgu
Assalam wbt dan
Hai,
Oleh kerana
semalam Hari Guru 16 Mei 2021, jadi aku rasa saja nak kongsikan pengalaman aku
bersama dengan guru, iaitu yang aku masih ingatlah. Tak payah nak repeat banyak
kali, mak dan abah aku jadi cikgu pertama aku dalam hidup. Okay aku nak
perkenalkan cikgu-cikgu yang lain pula.
1. Cikgu pertama aku ialah kakak
aku sendiri iaitu Kak Leha. Dulu-dulu dia yang ajar kami daripada kami takt ahu
langsung ABC sampai dah boleh membaca. Aku boleh membaca seawal tiga tahun
setengah. Cepat gila kan ? kiranya semasa umur aku 4 – 5 tahun memang sudah
lancar. Apa yang aku baca? Buku sekolah kakak aku dan kertas surat jemputan
majlis walimatul urus. Haha. Tapi aku baca saja Cuma belum faham. Dia siap
lukis lagi kat atas kad manila, A untuk ayam, B untuk bola dan seterusnya.
Hari-hari dia suruh belajar.
2.
Then, teacher during my
kindergarten. Her name is Cikgu Zaliah. Cikgu Zaliah sangat baik dan sangat
mesra rakyat. Aku suka sangat pergi sekolah Tadika sebab cikgu tak pernah
marah. Mungkin sebab aku ditakdirkan jadi budak dah pandai membaca buku masa
sekolah tadika, jadi aku rasakan tadika itu fun dan langsung tak stress. Semua
benda basic aku dah belajar di rumah sebab kakak aku dah serupa dengan cikgu.
Aku ingat sangat sebab orang pertama yang aku sebut “Cikgu”.
3.
Cikgu seterusnya ialah Cikgu
Ahmad Tazlan. Masa ini aku masuk darjah 1 sekolah rendah. Katanya Cikgu Amat
baru tahun pertama mengajar kami. Jadi tiap tahun jadi guru kelas kami kecuali
darjah 2 dan darjah 3. Masa aku darjah 1, aku bukan kategori nakal, cuma
kadang-kadang keras kepala gaduh-gaduh sampai patah pembaris lepastu kena cubit
dengan cikgu. Kemudian, hilang pembaris lalu abah aku belikan. Bila sampai
sekolah aku ingatkan pembaris itu kawan aku punya, aku pass kat cikgu Amat. Bila
aku balik rumah, mak aku cakap abah yang belikan. Nangis aku. Besoknya aku
mintak balik dengan cikgu. Haha. Cikgu Amat satu-satunya cikgu yang aku contact
sampai sekarang. Aku rasa aku membesar dengan banyak perkara positif yang Cikgu
Amat bekalkan dalam bait kata-kata dia. Aku nak jadi orang berjaya macam dia.
Semangat aku membara bila dengar dia memberi semangat.
4.
Cikgu seterusnya Cikgu Emran.
Kalau budak sekolah aku, memang semua takut dengan cikgu ini. Cikgu yang sangat
sinis! Kahkah. Memang kalau dia marah, semua orang meremang bulu roma. Belum
lagi dia koyak-koyak kertas ujian sebab kita tak dapat meet target yang dia
nak. Tapi aku rasa cikgu Emran membawa pesan bahawa subjek matematik sangat
penting nilainya dalam hidup kita lepastu dia juga ada cakap dunia dewasa ini
bukan seperti yang kita angan-angankan. Masa itu aku tak faham tapi sekarang
aku dah faham. Huhu
5.
Masa aku sekolah kat emaresem
menengah rendah dan menengah rendah, kami tidak didedahkan untuk rapat dengan
cikgu. Jurang agak jauh jadi aku sememangnya tak berapa ingat nama cikgu
kecuali cikgu yang ada medsos. Hehe. Okay Cuma satu cikgu yang aku ingat betul
iaitu Ustaz Kamal time emeresem kuale klawang. Nama ustaz ini canggih macam
arab-arab tapi aku tak ingat. Aku ingat sebab ustaz ini baik dan ingat semua
nama kami walaupun dia cuma ajar subjek Arab atau Pendidikan Agama Islam. Kau
bayangkan kelas ada 8 dan setiap kelas ada 25 orang. Dia ingat semua nama. Jadi
aku sukalah excited. Haha. Cikgu-cikgu lain jarang ingat nama budak-budak yang
tak berapa pandai termasuk aku. Hukhuk. Lepastu ada satu insiden yang lagi
membuatkan ustaz ingat nama aku sebab dia ajar Arab. Weh senang gilaaaa time
tu, tingkatan 2, waktu peperiksaan semester akhir, aku tidur sebab aku dah
habis jawab soalan. Sudahlah aku duduk depan sekali siap bawak jam loceng. Nak
dekat waktu habis periksa, jam loceng aku bunyi, terkejut giler weh semua orang
gelakkan aku. Rupa-rupanya Ustaz Kamal yang on alarm. Haha Hadoyai.
6.
Lagi cikgu yang tak lapuk
daripada memori aku ialah Cikgu Anis, cikgu Sejarah sekolah menengah rendah. Ya
Allah garang gileeeeee weh ! Lepastu cara dia nak memupuk semangat cintakan
sejarah, dia suruh kami hafal sebijik-sebijon ayat dalam buku Sejarah, siap
titik koma bracket dll. Lepastu kalau dapat Sejarah gred bukan A, dia akan
suruh pelajar bawa sepanduk kata gred apa dan masuk setiap kelas. Malu kehkeh.
Lepastu kalau dalam kelas tertidur pulak, dia baling dengan kapur dan lukis
titik guna marker permanent kat muka. Haha. Hamek kau. Dari kerana itu, aku suka
Sejarah!
7.
Oleh sebab aku suka Sejarah
masa sekolah menengah rendah, jadi terbawa-bawa masa sekolah menengah atas.
Cikgu Zaherah. Sungguhpun cikgu belum berumah tangga tapi cikgu tu baik. Eh
kalau dia cakap sinis pun kau tak terasa, kenapa tah aku tak tahu. Kami siap
tidur bermalam di rumah cikgu. Lepastu cikgu banyak belanja makan. Baik sangat
sampai dah habis university pun kami masih contact cikgu. Cuma lepas kami
kahwin, langsung tak jenguk dan whatsapp cikgu, call pun tidak. Tapi aku masih
ingat dan insha Allah selalu doakan. Oh ya, cikgu Zaherah rabun jadi dia selalu
suruh kami jawab soalan tulis besar-besar. Kau bayangkan sebesar garis satu.
Haha. Kesannya kami dapat A sebab tulis banyak-banyak macam banyak isi kemudian
penuh satu page. (Dulu-dulu SPM tahun kami kena buat karangan masa jawab
soalan. 1 soalan 1 muka surat). Cikgu Zaherah juga penyebab aku suka pada SETEM
siap daftar kelab Filateli (kelab setem) untuk keahlian seumur hidup tapi tak
tahu apa status sekarang. Hukhuk
8.
Cikgu seterusnya Cikgu Daud.
Cikgu Bahasa Melayu masa aku sekolah menengah atas. Kerana Cikgu Daud, aku baru
faham Bahasa Melayu ini tak mudah ya kawan-kawan. Selama ini aku pandang enteng
saja dan malas baca buku untuk tambah pembendaharaan kata. Sebelum ini subjek
BM memang confirm dapat A++ gitu tapi dengan Cikgu Daud, paling tinggi pun
70/100. Masha Allah memang rendah! Okay lepastu Cikgu Daud ini seorang yang
kelakar gileeee cuma dia tak pernah gelak dengan apa yang dia kata. Kesannya
kami terseksa nak gelak setiap kali kelas dia. Hehe.. kemudian, dia jugalah
yang pilih karangan aku karangan surat tak rasmi paling baik di sekolah siap
jadi contoh. Hekhek bangga kejap. Cikgu BM masa aku tingkatan 4 pun sangat baik
tapi kejap aje dia kat situ, dia tukar sekolah lain. Namanya Cikgu Rosliza
kalau tak silap.. Mereka membawa mesej BM subjek yang best jadi kesannya BM aku
A1. Alhamdulillah
9.
Cikgu seterusnya Ustaz Razali,
cikgu Pendidikan Islam masa aku sekolah menengah atas. Dia dulu belajar kat
Mesir atau negara timur tengah yang lain tak ingat mana, tapi dia dah pergi
menunaikan haji setiap tahun sepanjang dia belajar kat sana. Kemudian dia
banyak cerita tentang agenda ilmunati, dajjal, akhir zaman dll. Dia selalu
cerita pasal tauhid. Sampai kadang-kadang tak belajar langsung pun, cuma dengar
dia bercerita. Kertas periksa jangan cakaplah, memang kami selalu dapat A pun,
haha tak tahulah jawapan betul ke tidak tapi selalu dapat A. Dia kata ini
duniawi saja. Oleh sebab dia selalu cerita macam tu, ada juga yang panas hati
tengok. Huhu…
10.
Cikgu seterusnya dalam memori
aku ialah Cikgu Azman bin Ubin, cikgu fizik. Aku overall memang suka sangat
cikgu Azman sebab kebapaan gitu. Baik sangat dan sopan, nak marah pun sopan
membuatkan kau jatuh hati pada subjek Fizik. Sayangnya fizik aku hanya dapat
gred A2 tapi aku tetap pilih aliran fizik iaitu kejuruteraan masa di
universiti.
11.
Seterusnya ialah Cikgu Dr
Mohammad bin Awan nama dia yang sebenar tapi kami selalu panggil Dr Awan
padahal Awan itu nama abahnya. Mengajar kami Analog Electronic masa kat yutipi.
Garang sangat dan suka bagi ayat sinis tapi oleh sebab masa itu pun budak baru
nak up jadi kami rasa santai saja dan tak terkesan dengan perli semua itu. Ada
satu masa, aku lupa tulis nama, aku biasalah tak tulis nama memang sudah sebati
dalam hidup aku. Kahkah. Dr Awan suruh datang jumpa dia dan kenalpasti tulisan.
Bila dah dapat markah, dia tolak 1 markah sebab tak tulis nama. Sejak daritu,
aku selalu tulis nama cepat-cepat sebab takut terlupa. (tapi ada juga 1 insiden
terlupa. Lainkali cerita) Kemudian, kerana dia garanglah memori itu ada dan aku
masih ingat sampai sekarang. Moga Dr baik-baik saja di Perak.
12.
Seterusnya ialah Puan Salina.
Mengajar kami subjek apa lupa tah tapi kat yutipi juge haha. Aku ingat sebab Puan
Salina seorang yang fun dan sempoi yang juga ex yutipi katanya. Sampai sekarang
aku follow medsos Puan Salina. Hehee.. menarik dan positif.
13.
Seterusnya ialah Dr Aamir Saeed
Malik. Doktor ini penasihat aku masa jaman final year project, yang berasal dari
Pakistan. Kenapa aku apply bawah Dr Aamir? Sebab aku nak belajar cakap BI.
Haha. Kalau tak aku kaku weh serious kaku tak pandai speaking. Aku bukan
dibesarkan dalam surrounding yang mudah-mudah speaking dan aku belajar English
pun lewat sangat iaitu tahun pertama aku masuk unibesiti. Kau bayangkanlah
teruk nau. Kemudian, Dr Aamir yang bagi aku galakan suruh speaking dan dia suka
kerja aku. Alhamdulillah aku dapat A untuk FYP 1 dan FYP 2. Dia ada offer untuk
sambung Masters dengan dia tapi aku terpaksa tolak sebab masa itu abah aku dah
start sakit dan aku perlukan duit yang agak banyak. Sampai kesudah aku tak
sambung masters. huhukhuk
14.
Okay Cikgu seterusnya ialah
Alen aka Amalina. Eh bukan cikgu pun, tapi aku akan ingat jasa dia sampai
bila-bila sebab dialah yang ajar aku Grammar English sampai aku faham dan
pandai. Nak dikatakan aku memang BOD*H grammar! Seriously takt ahu macam mana
SPM English aku boleh dapat A1. Miracle sangat! Lepastu aku masuk yutipitipu
kan, aku jumpa Alen kat sana. Aku bagitahu Alen aku tak pandai langsung English
dan minta dia tolong ajar. Yes dia ajar aku beberapa hari sampai aku pandai!
Aku dah nekad bila dia kahwin nanti, aku nak bagi hadiah atau aku nak datang
majlis dia. Hehe.. Itu jelah the best thing yang aku boleh buat utk balas jasa
dia.
Dan seterusnya
kepada semua guru yang pernah mengajar saya. Terima kasih yang tidak terhingga.
Mungkin banyak memori yang terlupa tapi semoga Allah saja yang mampu membalas
jasa kalian.
16 May 2021
Beli Kuih Tepung Pelita Kak Siti Shah Alam
15 May 2021
Sate Sedap di Alam Megah, Seksyen 27 Shah Alam
12 May 2021
Kat Mana Nak Cari Murtabak Langkawi Di Selangor?
11 May 2021
Beli Biskut Timbang di Station Biskut di Taipan dan di Seksyen 18 Shah Alam
10 May 2021
Beli dan Servis Basikal di Kedai Basikal Shah Alam, Roda Berputar Ventures Seksyen 19
9 May 2021
Makan Nasi Lan Kedah di Seksyen 7 Shah Alam
Sekian, terima kasih.
8 May 2021
Biskut Semperit Yang Rangup, Subang Jaya
7 May 2021
Support Local - Sambal Tempe SAMBAL MAK KAW
6 May 2021
Makan Nasi Ambeng Sedap, Nasi Ambeng Kayangan Shah Alam
Selamat mencuba!