Kalau korang teringin nak makan nasi lemak yang dibungkus dengan cara berbeza, korang boleh datang sini untuk cuba sendiri. Cantik dan kemas betul brader ini bungkus. Nasinya banyak betul! Semangkuk dan tambah lagi dua senduk nasi. Korang yang suka makan banyak-banyak time sarapan, mesti singgah. Kenyang ya hampun!
Cuma, oleh sebab nasinya banyak, maka harganya RM2 ya, harga asas. Lauk lain harga. Aku tak berapa pasti kalau nasi lemak berlauk telur mata jadi berapa ringgit, mungkin RM3 kot. Sambalnya manis, not bad. Boleh jadi pilihan sahaja tapi bukan favorite lah. Hehe. Aku suka sambal pedas dan ikan bilis banyak. Maka bila aku balik rumah, aku makan dengan keropok ikan. Lokasi di tepi jalan berhadapan dengan Anjung Merah Taman Mutiara Subang Batu 3 Shah Alam.
Okay selamat membeli.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment