TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

29 May 2021

Roti Canai SEDAP di Restoran Ziela Kaman, Seksyen 22 Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Masih lagi tentang sarapan pagi iaitu roti canai yang sedap! Haha... Sementara belum PKP Lock Down. Okay jadi hari ini nak bercerita kedai roti canai yang super laris di sebelah Stesen Minyak Petron. Hehe. Memang sedap sangat ye. Memang ramai sangat yang beratur menunggu order, tak apa lambat pun janji dapat beli. 

Roti canai sangat lembut ! Lembut semua bahagian ya. Memang cukup sifat gitu. haha. Aku  memang tak berapa suka roti canai mamak sebab selalu jenis keras kenyal kan, jenuh gigi nak mengunyah. Jadi kami memang prefer melayu yang tebar roti canai. 

Roti tampal ini berharga RM2 kalau tidak silap. Ada kuah dalca dan sambal. Oh ya kami makan dalam kereta, bukan area situ tapi area jauh sikit. 

Restoran Ziela Kaman. Ramai tunggu jadi sabar menanti.

Sorry aku tak ambil nombor telefon sebab tak berniat nak order banyak-banyak. Hehe. Kalau korang datang sini nanti, korang bolehlah minta ye nombornya. Jangan lupa datang okay? 



Terima kasih !

No comments: