Lunch sedap di Shah Alam.
Kalau korang berada berdekatan dengan TTDI Jaya Shah Alam, korang bolehlah singgah di Restoran Ami. Landmark sebelah stesen minyak Petron. Apa yang sedap di sini? di sini menyediakan pelbagai jenis lauk pada waktu tengah hari sampai rambang mata. Memang sedap setanding Restoran TTDI Jaya aka Restoran Merah. Cuma jenis lauk memang tak boleh lawan Restoran TTDI Jaya sebab yang itu banyak sangat! Yang penting harganya lebih murah. Hehe, parking pun banyak.
sepinggan ini berharga RM8
Aku memang suka makan ikan patin, kebiasaannya beli di Restoran TTDI Jaya tetapi oleh sebab parking susah nak dapat, jadi kita pergi ke alternatif. Yeah!
Selamat mencuba. Terima kasih !
No comments:
Post a Comment