SHOPEE KAKNA
Selamat mencuba!
Kalau korang ada termengidam nak makan nasi ambeng, aku cadangkan Nasi Ambeng Kayangan. Korang boleh survey kat dalam IG diorang. Taip saja nasiambengkayangan hah confirm jumpa. Kenapa dikatakan "kayangan" sangat tu? sebab menu dia selain apa yang selalu kita makan, diorang buat nilai tambah gitu.
Selalunya nasi ambeng ada nasi, serunding, ayam masak kicap, mee goreng, ikan masin dan sambal jawa. Diorang punya pula, da nasi, serunding, ayam masak kicap, mee goreng (mi kuning), mee goreng (mihun), ikan masin, sambal belacan, urap kelapa, telur rebus pedas, sayur, sambal goreng, dan begedil. Gila tak kayangan?
Pada pendapat aku, rasanya sangat boleh tahan. Memang lauk banyak gile. dan yang paling best, oleh sebab lauk banyak, kita boleh habiskan nasi yang diletakkan. hihi. Kalau tidak, selalunya nasi tak habis, lauk habis dulu. Lepastu, selalunya nilai komersial ada pada mee goreng. Jika mee gorengnya sedap, maka nasi ambeng ini dikira sedap. Gitu hipotesis seorang anak jawa! Kahkah.
OKay apa tunggu lagi korang, sila beli. Oh ya, better korang beli dan hantar melalui rider saja. tak payah COD sebab kalau area Shah Alam, COD di stesen minyak Petron Seksyen 7, giler sesak weh sana pada waktu petang, nangis dalam jammed. Hihi. So, bayar lebih sikit untuk rider, dalam RM10 kot gitu.....
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment