TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

4 May 2021

Nasi Goreng Melimpah (NGM) Viral Dengan Sotong Besar di Tanjung Karang Selangor

Assalam wbt dan Hai,

SHOPEE KAKNA

Kalau korang ada masa pergi ke area Tanjung Karang Selangor, jangan lupa singgah di Restoran Nasi Goreng Melimpah (NGM) Viral. Selalunya kalau ada wording "Viral" di belakang nama kedai, tak sedap. Tapi aku boleh jamin yang ini TERKECUALI, diulangi TERKECUALI. Haha. Siap caps lock aku bubuh. Betapa sedap dan tak ruginya kami singgah. Sebenarnya kami bukanlah nak makan di situ tapi sebab kami sudah lapar sangat jadi kami pun singgah, tak sangka memang tak rugi. Hehe

Apa yang aku suka sangat, portion memang besar, sotong pun besar. Aku tak berapa kisah sotong baru ke sotong frozen ke, yang penting dia tak hanyir. Menu di sini simple bebonar! Korang ada 4 menu ini sahaja. 


Nasi Goreng Melimpah Viral RM27.90 ; portion untuk 3 atau 4 orang dewasa makan. Sotong sangat lembut dan sedap! 

Burger daging RM3.90

Yang tak kedekut bethol pemilik kedai ini menyediakan sup kaki ayam PERCUMA ! Diulangi PERCUMA ! Ya hampun SEDAP ! nak nak percuma ! Hahah. berapa banyak aku punya tanda seru ? Boleh ambil sampai kau kembung perut, tiada had! Wow!


Lepastu nak tambah excited korang lagi, kalau beli set Nasi Goreng Melimpah tadi, korang dapat percuma 3 cawan air. Mereka bagi cawan plastik macam beli kat gerai itu kan, korang isi sendiri. Sesudah habis, korang boleh tambah lagi sampai perut kembung. ahahaha... Lepastu kalau nasi goreng tadi tak habis, ada polistrin percuma, plastik percuma, pandai-pandailah korang tapau sendiri. Hoyyeh memang best! 

Fasiliti, ada surau lelaki dan surau perempuan, walaupun tak besar mana tapi ada. Ada toilet juga tapi toilet kongsi jadi pandai-pandailah korang toleransi ya. Cara pembayaran pulak boleh online transfer. Kan mudah tu kan.... 

Jadi apa tunggu lagi, lepas raya korang serbu sini okay? Hehe... Selamat menjamu selera!!

No comments: