TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

16 Feb 2021

Contengan Tentang Rakan

Assalam wbt dan Hai,
Saja aku bercerita di sini, sebab memang takkan ada orang baca. ye dak... Aku tulis pada 16 Jun 2022.

Cinta kita ini hanya kepada Allah dan Rasulullah yang paling utama, kemudian baru suami, mak, abah, anak-anak dan lain-lain. Aku pun belum lama mendalami ilmu agama, mungkin baru setahun yang lalu.  

Masa aku di unibesiti, aku rapat dengan seorang namanya mimot (bukan nama sebenar). masa aku down sangat, tak ada kawan, dia yang selalu dengan aku. jadi aku cakap kasar-kasar pun belajar daripada dia. dia suruh aku suarakan pendapat aku, jangan simpan-simpan, sentiasa berterus terang. jadi tadi tu, suara aku bukan jenis manja-manja, jadi bila cakap kasar plus suara kasar, dia jadi makin bertambah kasar. kiranya mimi ini yang banyak mencorakkan minda dewasa aku. aku banyak dengar nasihat dia. dalam diam aku macam obses dengan dia. obses nak kawan, aku rasa dia macam tak boleh nak kawan dengan orang lain. hah gitulah. aku rasa, aku takkan dapat kawan yang best macam dia di dunia ini kalau tiba-tiba dia tinggalkan aku. aku rasa, dia segala-galanya. aku rasa jealous bila dia mula ada ramai kawan-kawan lain. aku rasa dia orang paling penting dalam hidup aku sampai aku hari-hari doakan dia boleh bahagia. kemudian, aku doakan dia dapat jodoh yang bagus. macam-macamlah aku buat, buatkan kad, datang ke rumah dia, jumpa umi abah dia, bermalam di rumah dia, selalu belanja makan, selalu dengar dia berborak dll. memang bagi aku melebih-lebihkan sangat kan. bila lama-lama, aku tak sedar sebenarnya kecenderungan perasaan terhadap manusia memang tak baguslah untuk pemikiran aku. One day aku dapat tahu dari instagram yang dia kahwin dengan seseorang. Aku rasa marah sangat sebab aku kan anggap aku best friend dia, kenapa tak bagitahu benda penting. Jadi, aku whatsapp, aku mesej di instagram mungkin dengan nada marah. Lepas itu, dia reply balik dengan nada marah, then dia putuskan tali persahabatan kami. Dia kata putus kawan, selepas ini jangan contact dia lagi. Aku nangis macam putus cinta. Innalillah, memang susah juga nak buang perasaan itu, sampai aku pun bacalah yaasin. Dalam seminggu, baru hati aku terubat.

Dan kini aku sedar yang semua itu dusta duniawi. Alhamdulillah Allah tarik nikmat persahabatan yang tak ada penghujungnya syurga. Putus kawan adalah jalan yang terbaik. Sekarang aku dah delete nombor dia, aku dah unfriend juga di twitter, di instagram aku sekadar mute notification sahaja. Aku sudah tidak kisah apa jadi dengan hidup dia. Walaupun begitu, aku tidak menyesal aku pernah berkawan dengan dia. Cuma memori unibesiti aku memang tidak indah. 


Apa-apa pun, hidup jangan obses. 

No comments: