Hari ini saya ingin bercerita tentang tempat membeli sarapan yang menarik di SS 13 Subang Jaya. Jika ada yang mencari nasi lemak yang sedap, boleh datang ke sini. Kali ini pilihan aku antara yang boleh repeat order. Memang sedap sangat!
Sebungkus nasi lemak berharga RM3 (aku tambah telur mata). Bagi aku sambal just nice tak terlalu manis. Aku memang tak berapa gemar sambal manis-manis.
Banyak pilihan menu di sini. Untuk menu tengah hari, serendah RM3 ya. Mana nak jumpa di kawasan Lembah Klang??
Pekerja sedang menebar roti canai.
Di sini juga ada menu Roti Canai Sarang Burung atau Roti Canai Goyang. Harga aku tak berapa pasti tetapi mendapat permintaan yang agak tinggi sebab masa kami datang memang sedang menunggu giliran. Jadi kami membeli nasi lemak sahaja.
Jujurnya, nasi lemak di Gerai Rasa SS13 lebih menarik daripada Restoran Lenggong. Wah, sudah ada pesaing di hatiku. Okay selamat menjamu selera ya semua. Terima kasih.
1 comment:
Yg tebar roti canai tu Melayu ke mamak?
Post a Comment