SHOPEE KAKNA
Nasi Lemak sedap sangat seterusnya yang menjadi pilihan kami adalah nasi lemak yang terletak di hadapan Tealive Drive Thru USJ 9. Tealive ini di deretan Stesen Minyak Petronas. Nasi lemak di sini sangat sedap dan memang setiap hari ramai yang beratur untuk membeli. Pembeli juga dalam kalangan orang Melayu, orang Cina dan orang India.
Mereka buka seawal jam 7.30 pagi dan dalam pukul 10 pagi masih ada. Setakat ini tak pernah tahu bila mereka tutup kedai. Nasi lemak memang jenis boleh repeat! Oh yeah... Sambal dia manis sikit tapi manis just nice yang memang boleh terima. Okay, nasi lemak ini pun boleh setanding dengan Nasi Lemak Lenggong dan Nasi Lemak Gerai Rasa SS13.
Selamat beratur di sini. Selamat Menjamu Selera !!!
Kami tapau dan makan di dalam kereta dan menghadap taman.
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment