TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

9 Feb 2021

Nasi Beriyani SEDAP SANGAT daripada Centong Pak Ajis

Assalam wbt dan Hi,

Support local hari ini ialah Nasi Beriani Ayam Kurma daripada Centong Pak Ajis. Rasanya sangat memikat dan sangat sedap. Yang aku jamin, hampir tak ada ajinomoto atau perasa tiruan atau perasa berlebihan. Buktinya, aku tak mengantuk lepas makan nasi beriani ini. Kalau ikutkan, aku ini jenis cepat mengantuk setiap kali makan juadah nasi beriani, nasi minyak, nasi arab dan nasi-nasi sekufu dengannya. 

Nasi beriyani dia sangat sedap sebab anak-anak kami pun suka makan. Portion pun sangat cukup untuk kami yang makan sedikit. Kalau sejenis makan banyak, kena beli betul-betul per berapa orang yang ada di rumahlah ye. 

Ayam pun sangat besar! Yang nanas itu tak payah cakap banyak, tak pedas dan boleh diratah sahaja! 


Lokasi penghantaran di Lembah Klang sahaja. 

Sebungkus berharga RM12.

Penghantaran dengan rider motor, charge mengikut kawasan ya.

Boleh contact terussssssssssss dengan Pak Ajis di www.wasap.my/60127474293 


Terima kasih. 

No comments: