TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

10 Mar 2020

Melawat Muzium Diraja di Jalan Istana Kuala Lumpur

Assalam wbt dan Hi.


Alhamdulillah pada 23 Februari yang lalu, kami berpeluang melawat Muzium Diraja yang terletak di Jalan Istana Kuala Lumpur. Boleh rujuk website ini. Muzium Diraja ialah Muzium Nasional yang lama iaitu tempat tinggal YDPA dan Raja Permaisuri Agong pada tahun 1957 hingga 2011. Muzium ini dibuka kepada awam pada 1 February 2013 sehingga kini. 





boleh bergambar di luar sahaja.

Mari kita menyoroti sedikit sejarah tentang Muzium Diraja

Sebelum menjadi istana, ia adalah bangunan biasa. Bangunan ini dibina pada 1928 yang lalu oleh seorang jutawan Cina yang digelar Chan Wing sebagai tempat tinggalnya. Bangunan dua tingkat itu di reka khas oleh arkitek terkenal dari Singapura iaitu Swan dan MacLaren. Senibina itu adalah berkonsepkan stail Palladian yang memberi impak  kemewahan dan keagungan (opulence and granduer). Semasa zaman pemerintahan Jepun di Malaya, istana ini asalnya menjadi tempat tinggal staff mereka sebelum diambil oleh BMA (British Military Administration) pada akhir Perang Dunia ke-2. BMA menggunakan bangunan itu sebagai tempat letaknya Angkatan Udara Diraja. 

Kemudian pada tahun 1950, bangunan ini dijadikan sebagai istana sementara untuk Sultan Selangor, iaitu Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah sehingga habis tempoh waktu sewaan pada Februari 1957. Kemudian, bangunann ini dibeli oleh kerajaan persekutuan untuk dijadikan sebagai Muzium Nasional iaitu tempat tinggal rasmi YDPA dan Raja Permaisuri Agong. Istana ini kemudiannya melalui beberapa proses perubahan dan penambahbaikan pada tahun 1980-an untuk memberi ruang Balairong Seri sebagai tempat rasmi majlis-majlis diraja. 

Objektif adalah untuk sebagai rujukan untuk Raja Perlembagaan di Malaysia, memberi maklumat tentang senibina istana itu sendiri, untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah sebagai harta kebangsaan (national treasure), dan juga memberi program pendidikan kepada rakyat. 

Pendapat aku

Bagi pendapat jujur aku sebagai rakyat Malaysia, ilmu yang ada ketika kita melawat muzium tersebut agak terhad. Maklumat yang digantung pada dinding sangat terhad. Kita juga dilarang mengambil gambar di dalam muzium. Kawasan yang kita boleh pergi juga agak terhad, palang di mana-mana, tidak boleh sentuh itu ini dan tidak boleh duduk di kerusi sembarangan, cctv juga di mana-mana jadi janganlah buat perkara bukan-bukan. 

Tiket masuk
Dewasa RM5
Warga emas RM3
Kanak-kanak (6 tahun ke atas) RM2

Kemudahan, tempat parkir kereta agak banyak, ada tandas, dan ada mesin air gedegang. (read : vending machine). Daripada pondok tiket ke istana agak jauh, tiada shuttle so kena jalan kaki sendiri ya. Mungkin berjalan dalam 300m di kawasan berbukit sedikit. 

Perlu berjalan ke atas (belakang kami). Kiri kami ada padang bola yang luas. 


Baru nampak jauh.

padang bola atau tempat landingnya helikopter

berjalan lagi ke bahagian tengah istana untuk membuka kasut dan masuk ke dalam Muzium Diraja


bergambar di pintu pagar. cantik pintu pagarnya tau! hehe


Namun begitu, oleh kerana kami memang suka melawat tempat-tempat menarik di Malaysia, jadi kami semua rasa sangat gembira kerana dengan wujudnya Muzium Diraja, kami dapat mengetahui betapa kayanya raja-raja di Malaysia dan beruntungnya mereka kerana lahir dalam kalangan orang yang berada. 

aku ada pernah terbaca tentang roh kita yang memilih menjadi manusia atau haiwan. apabila roh memilih menjadi manusia, menjadi rahsia Allah pula ke dalam manusia jenis apa, roh akan ditiupkan. oleh itu, kita sebagai manusia wajib bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah dan selalu kembali ke jalanNya. jangan terlalu berfikir tentang kelebihan orang lain sehingga kita lupa pada apa yang kita ada. Terima kasih. 

No comments: