TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

21 Mar 2020

Harga No Plat di Laman Web JPJeBid

Assalam wbt dan Hi,

Memandangkan cuti masih ada, jadi aku nak share apa itu laman web JPJeBid 

Korang perlu ada ID JPJ iaitu mySIKAP, kalau tak, tak boleh login ya. 

Selepas login masuk, korang akan nampak no plat apa yang sedang aktif untuk dibida. Untuk tarikh 18 hingga 23 Mac 2020, terdapat 3 jenis no plat iaitu ALQ, CEG dan VET. Selalunya nombor yang dibida ini belum lagi dipaparkan dalam website mySIKAP. Untuk menyemak no plat kenderaan yang terkini, boleh check di sini

Untuk tarikh 21-Mac-2020 contohnya
1) di Perak untuk setakat ini adalah ALP tetapi yang aktif dalam pembidaan ialah ALQ
2) di Pahang untuk setakat ini adalah CEF tetapi yang aktif dalam pembidaan ialah CEG
3) di WP Kuala Lumpur untuk setakat ini adalah VEP tetapi yang aktif dalam pembidaan ialah VET

Jadi aku simpulkan di sini, JPJ sengaja membuka no plat di JPJeBid lebih awal daripada di mySIKAP untuk memberi peluang kepada sesiapa yang ingin membeli nombor yang diingini lebih cepat.  


sila klik pada tab "Bidaan" dan masukkan nombor yang korang mahukan

Kadar bayaran untuk pendaftaran ialah RM10 iaitu sama dengan di mySIKAP. Bayar dahulu RM10 then baru boleh start membida.


Aku boleh mengatakan yang JPJ sudah menetapkan harga mengikut kecantikan atau keunikan nombor tersebut. Oh ya, suka aku ingatkan yang di JPJeBid kalau ada beberapa orang yang sama suka nombor yang sama, mereka boleh membida sehingga tarikh atau masa yang diberikan oleh JPJ itu masih aktif. Memang ala-ala Chilindo hokey! 

Harga no plat kereta adalah seperti berikut 

1. Nombor 1 hingga 10 adalah RM10,000 dengan kenaikan bidaan sebanyak RM1000.
2. Nombor 11 hingga 19 adalah RM3,000 dengan kenaikan bidaan sebanyak RM150.
3. Nombor cantik berulang seperti 55,88,99, 999 dll adalah RM3,000 dengan kenaikan bidaan sebanyak RM150.
4. Nombor 2 digit seperti 20, 26 dll adalah RM800 dengan kenaikan bidaan sebanyak RM40.
5. Nombor cantik jenis berpagar seperti 818, 7171 dll adalah RM800 dengan kenaikan bidaan sebanyak RM40.
6. Nombor 3 dan 4 digit yang random sangat seperti 813, 419, 2910 dll, RM300 dengan kenaikan bidaan sebanyak RM15

Kesimpulannya, sesiapa pun boleh menggunakan no plat yang cantik, asalkan ada ongkosnya. Oh ya, kalau korang guna runner, maka kos RM200 akan ditambah. Kalau buat sendiri memang mudah tapi korang kena pergi JPJ untuk mendaftar ID pengguna.














Sekurang-kurangnya selepas 24 jam tarikh atau waktu pembidaan selesai, korang akan dapat surat yang mengatakan korang berjaya bida. Jadi boleh mengemukakan surat tersebut kepada penjual kereta yang korang nak beli, nanti dia akan daftarkan no plat korang ke atas kenderaan baru. Hoyyeh. sangat mudah !


Pautan berkaitan. Bagaimana Hendak Membeli No Plat Kereta Tanpa Runnerer 



Semoga bermanfaat.


Terima kasih.

No comments: