SHOPEE KAKNA
Di kala sibuk dengan perintah berkurung, aku nak berkongsi pengalaman bagaimana ingin membeli no plat kenderaan sendiri tanpa runner. Untuk membeli no plat baru ada dua cara, satu kita tanpa khidmat runner dan satu lagi dengan khidmat runner. Untuk pengetahuan korang kalau guna runner memang mudah tak payah buat apa-apa, tahu-tahu saja sudah ada nombor plat kereta yang baru tetapi perlu ada kos upah. Kalau kita buat sendiri tiada kos upah dan ada pengalaman baru.
Nombor plat kenderaan melambangkan identiti kepada si pengguna. Contohnya family aku mengamalkan konsep no plat cantik seperti 199 iaitu tarikh anniversary. Kemudian, aku memilih untuk mendapatkan no siri plat YY kerana mengikut nama asal Bang Ajid. Jadi aku mencari contact nombor plat siri istimewa di facebook. Kemudian aku wasap untuk bertanya, katanya sudah tidak jual sebab no plat yang biasa sudah expired. Macam mana expired tu? Nanti aku terangkan di bawah. Yang tinggal hanyalah no plat yang sangat mahal seperti YY 1, YY99 dan harganya mencecah ribuan ringgit.
Kesimpulan yang aku dapat: Kalau huruf pelik-pelik seperti UU, G1M, YY, UITM, UTM, UTHM dll, memang dijual oleh EJEN tau, jarang JPJ nak jual. Yang ada dalam website JPJ itu aje yang JPJ jual. Tolong cari di dalam Facebook info mana nak beli ya.
Jika korang teringin hendak memiliki nombor plat siri istimewa, korang perlulah alert dengan iklan-iklan di facebook seperti Iklan 1 , Iklan 2, Iklan 3 Tempoh pembelian atau pembidaan selalunya selama sebulan. Tempoh penggunaan no plat tersebut pula adalah setahun. Kalau korang nak tahu, no plat siri istimewa ini dibeli oleh pihak tertentu dengan kebenaran JPJ. Contohnya, pada tahun 2018 harga jual JPJ untuk no plat siri YY 1 sehingga YY 9999 adalah RM500,000. Namun harga jual pihak ketiga kepada orang awam untuk satu nombor plat YY adalah bergantung kepada bilangan digit, satu digit seperti 9, dua digit seperti 99, tiga digit seperti 999 dan empat digit seperti 9999. Semakin cantik nombor tersebut, semakin mahal harganya. Korang bayangkan berapa banyak untung yang JPJ dan pihak penjual ini dapat ya!!
Oh ya, untuk huruf special macam YY yang aku cakap di atas, JPJ akan memberikan tempoh penjualan selama 6 bulan contohnya (tempoh ditetapkan oleh JPJ). Kalau dalam masa 6 bulan beberapa nombor masih tidak dapat dijual ia akan dikira luput atau expired dan tidak akan boleh dijual sampailah ada pihak ketiga nak jual lagi. Makna kata, contoh YY 199 memang ada, available, belum ada kenderaan di Malaysia yang guna tapi dah expired iaitu dah lebih 6 bulan, maka kau tak boleh beli, faham ke? Lepastu, yang syahdu, yang tinggal yang tak expired selalunya nombor yang cantik-cantik saja. Hehe, faham-fahamlah harganya pun syahdu mahal betul.
Hmm lepastu, contohnya, kalau macam aku nak pangkal Kuala Lumpur iaitu V, nombor plat 1604, harganya cumalah RM310 sebelum kos upah. Jadi mungkin selepas ditambah upah, harganya ialah RM800. Nak murah, gunalah tenaga sendiri.
Contoh lainnya, kalau macam korang nak pangkal Kuala Lumpur iaitu V, tapi nombor sesuka hati korang, iaitu dikira running number, jadi boleh tempah terus dengan penjual kereta (tempat korang beli kereta), nanti bayar RM50 sajo untuk dia daftarkan.
Oklah, mari aku terangkan caranya nak beli no plat. Sonang bobonar aih.
Langkah 1 - Dapatkan Kata Laluan Kali Pertama di JPJ berdekatan anda
Jika korang berdekatan dengan JPJ Seksyen 7 Shah Alam, sila terus ke Kaunter 2 iaitu Unit Komunikasi Korporat. Kaunter ini dibuka pada hari Isnin sehingga Jumaat.
Isnin - Khamis : 8:00 pagi hingga 4:30 petang (rehat 1 - 2 petang)
Jumaat : 8:00 pagi hingga 4:30 petang (rehat 12:15 tengahari - 245 petang)
Kata laluan ini akan diberikan oleh staff JPJ yang bertugas. Kata laluannya sangat random yang dihasilkan oleh algoritma komputer. Kemudian staff JPJ mengesyorkan kalau-kalau kita hendak cuba login di sini atau di rumah. Pada pendapat aku better korang terus cuba login di situ. Kalau ada masalah nanti senang. Oh ya jangan lupa bawa IC masing-masing ! Pendaftaran PERCUMA, diulangi PERCUMA !
Langkah 2 - Daftar Pengguna di mySikap
Page depan mySIKAP
Terus masuk ke bahagian "Tempahan No Pendaftaran"
Pilih no plat yang korang nak, cari sampai dapat ! haha
Tekan seterusnya
Langkah 3 - Bayar melalui kaedah pembayaran yang disediakan.
Bayaran khidmat no tender = RM10 (WAJIB)
Bayaran no plat = RM300
Kadar harga no plat, Contoh
WHB 1604 iaitu empat digit yang random = RM300
WHB 160 iaitu tiga digit yang random = RM800
WHB 16 iaitu dua digit yang random = RM1000
WHB 1 iaitu satu digit yang random = RM1500
Kebanyakan nombor yang boleh dibeli di website mySIKAP ialah tiga dan empat digit saja. Nombor pelik-pelik lain sama ada sudah dibeli terlebih dahulu oleh mana-mana penjual nombor kenderaan berdaftar (dan akan dijual dengan harga yang lebih mahal) atau boleh dibida melalui JPJ eBid https://jpjebid.jpj.gov.my/ebid/login
Selingan, melalui JPJ eBid portal, harganya sama saja cuma pembelian korang boleh disailang dirampas oleh orang lain. Ala-ala Chilindo uols ! Contohnya Ahmad membida nombor WHB1604 dengan harga RM300. Oleh sebab Ali juga sukakan nombor yang sama, maka Ali membida semula dengan menaikkan bidaan sebanyak RM310. Kenaikan bidaan hanyalah RM10 untuk sekali bida. Okaylah yang ini aku cerita next post ya.
Bayar sajo. RM310
OK SETTLE ~ ~ ~ ~
Dan akhirnya korang akan dapat satu surat daripada JPJ di mana akan diberitahu korang berjaya beli atau tidak no plat yang korang inginkan. Kalau tidak berjaya, refund akan dibuat jadi jangan risau. tapi yang RM10 tu tak dapatlah. Mesti guna nombor dalam masa setahun ya. kalau tak, expired nombor plat kereta kau. Hehe.
Surat ini kemudiannya korang share dengan penjual kereta yang korang nak beli. Nanti dia akan daftarkan untuk korang.
Just nak share dengan korang kalau korang melalui runner, lebih kurang seperti di bawah kos yang akan ditanggung oleh korang. Kalau rasa-rasa malas, boleh saja guna runner ya, hehe
Perkongsian lain,
1. kalau korang rasa-rasa nombor yang korang nak belum ada, login besok pulak. kalau tak jumpa lagi, login besoknya lagi sampai jumpa. Untuk nombor Wilayah KL cepat sangat nak bertambah.
2. no Wilayah Putrajaya iaitu bermula huruf F tidak dijual di sini
3. no plat siri istimewa seperti G 1 G, YY 1, UTM 1 dll tidak dijual di laman web JPJ dan korang kena cari di penjual no plat berdaftar yang korang boleh jumpa nombor contact mereka di serata internet
4. no plat siri istimewa tidak dijual selalu, ada tempoh waktu contohnya aku nak cari YY 1604 tetapi no plat YY hanya dijual pada Ogos 2018 yang lalu.
5. korang boleh beli no plat kereta untuk suami / isteri , adik-beradik, mak ayah, atok nenek dan anak, pendek kata yang mempunyai pertalian darah saja. masa nak transfer nama, korang kena bawa segala bukti ada pertalian darah dan bawa ke kaunter JPJ.
Semoga membantu!!!!
1 comment:
Contohnya, kalau kita dah menang bidaan nombor plat bawah universiti, bagaimana ya proses pendaftaran di JPJ kalau wakil (adiknya) yang uruskan tanpa guna runner. Boleh kah?
Post a Comment