12 Mar 2022

Sarapan Nasi Lemak Depan Pintu Masuk Kingsley Hills Putra Height

Assalam wbt dan Hai,

Sedap rupanya nasi lemak di sini, selalunya nampak masa nak pergi kerja, baru dapat beli dan dapat makan. Takut teringat-ingat masa puasa, jadi kami singgah juga untuk beli. Beli dan bawa balik, makan di rumah sahaja. Hihi. Banyak juga lauk yang ada seperti sotong (sotong betul, bukan sotong yg besar-besar itu), udang, paru, ayam goreng, ayam masak merah. Ada juga laksam dan beberapa jenis kuih seperti lepat pisang, keria dan kuih kaswi.

Kakak penjual, orang Kelantan tapi suaminya bukan. Jadi sambalnya agak manis, tapi sesuai untuk sebungkus nasi lemak. Sedap betul dan nasinya pun wangi ye. Tak sia-sia nak berhenti dan beli. Harga standard daripada RM2-RM6 bersama dengan lauknya. Alhamdulillah.


Sekian terima kasih. 

11 Mar 2022

Petua Menyembuhkan Sakit Dada

Assalam wbt dan Hai,

Petua ini boleh digunakan untuk sesiapa yang sakit dada, tidak semestinya untuk budak-budak tetapi juga boleh digunakan oleh orang dewasa. Insya Allah. 


Insya Allah dengan izin Allah, bacalah bahagian wasyifaúlima fissudur kemudian, buatlah tangan bentuk sikat, maka sikatkanlah bahagian rusuk dada kalian atau dada anak. Buat dalam tujuh kali di kanan kemudian di kiri. 

Buat jangan sampai putus asa buat sampai sembuh. Proses ini bukan sekali sahaja ya tetapi banyak kali. 


Terima kasih. 


10 Mar 2022

Sambutan Hari Wanita 2022 di Smoked Kingdom Don Daniyal di Vista Alam Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Hari ini kami berpeluang untuk menghadiri Sambutan Hari Wanita di Smoked Kingdom by Don Daniyal, iaitu restoran Ustaz Don yang terletak di Vista Alam, Shah Alam. Tak sangka ada program menyambut hari wanita. Sebenarnya hari wanita jatuh pada 8 Mac yang lalu tetapi acara ini dibuat pada 10 Mac daripada pukul 11:30 pagi sehingga 2:00 petang. Dimulakan dengan bacaan doa pada jam 12:00 tengah hari. Semua orang sudah lapar jadi kita beratur ambil makanan.

Pengacara pada hari ini ialah Kak Abby Fana. Nampak dari jauh saja tak dapat ambil gambar. Kemudian, ada penyanyi jemputan iaitu Inteam dan Shahir AF8. Inteam dan Shahir masing-masing menyanyikan tiga buah lagu. Maaflah tak seberapa fokus kerana sibuk makan makanan. Kemudian ada tiga orang menyambut hari lahir, jadi Ustaz Don selaku pengacara tak rasmi menyanyikan lagu hari lahir bersama Syahir. Kemudian Ustaz Don mendoakan mereka. Ada sesi Ustaz Don bagi tazkirah ringkas tapi aku juga tak berapa dengar. Hihi. Menarik juga aku kirakan. 

Kali pertama sebenarnya datang ke sini. 

Jumpa dalam IG, harganya RM79 untuk menempah, boleh makan tiada had. 

 
Dapat goody bag yang cantik dan shawl ALEIA jenama yang dijual oleh isteri Ustaz Don

Makanan tadi, sedap semuanya. Alhamdulillah...

Akhir sekali bergambar dengan Ustaz Don Daniyal dan mutawif umrah kami, Ustaz Ariff Ashraf.


Terima kasih kepada Awul atau Nurul Huda yang telah mengajak dan tolong membayarkan makanan hari ini. Enjoy sangat dan selamat hari lahir untukmu. Semoga Allah memberkati selalu. Aaamiin.


Terima kasih. 

9 Mar 2022

Cara Solat Jenazah 4 Takbir Yang Mudah

Assalam wbt dan Hai,

Pahala yang kita dapat kerana solat jenazah tak kira solat biasa atau solat ghaib ialah sebanyak 2 qirat. Berapa 1 qirat? 1 qirat bersamaan Gunung Uhud. Dikatakan panjangnya Gunung Uhud sejauh 7km. Jadi bayangkanlah betapa besarnya pahala.

yang rendah di hadapan itu Bukit Uhud. yang di belakang itu Gunung Uhud. Masjid putih itu ialah Masjid Uhud. Di Bukit Uhud inilah Perang Uhud terjadi di mana pasukan memanah Rasulullah menunggu arahan Rasulullah. Tidak terlalu tinggi dan boleh didaki.


Solat Sunat Jenazah 4 Takbir.

Niat : 

Sahaja aku solat jenazah, 4 takbir, tunai kerana Allah. 


Takbir 1: Baca Al-Fatihah



Takbir 2: Bacaan Selawat Ibrahimiyah atau bacaan selawat kepada Rasulullah SAW.



Takbir 3: Doa kepada jenazah.


Untuk jenazah lelaki : Allahumaghfirlahu warhamhu waáafihi waa'fuánhu

Untuk jenazah perempuan : Allahumaghfirlaha warhamha waáfiha waa'fuanánha

Untuk jenazah yang ramai : Allahumaghfirlahum warhamhum waáfihim waa'fuanhum


Takbir 4: Doa Kebahagiaan Dunia dan Akhirat


Bacalah Doa : Rabbana Atina Fiddunya Hasanah, Wafil Akhirati Hasanah, Waqina Azabannar

Bagi salam kanan dan kiri.







Selesai.

Terima kasih. 


Terima kasih. 

8 Mar 2022

Jom Kenali Ahli Baqi' Iaitu di Perkuburan Baqi' Masjid Nabawi di Madinah

Assalam wbt dan Hai,

Selalu tertanya-tanya siapakah yang dimakamkan di Perkuburan Baqi yang terletak di Madinah? Jadi hari ini kita nak kongsikan sedikit ilmu yang diperoleh semasa Umrah 2022. Lebih kurang 6000 orang sahabat Rasulullah yang dimakamkan di sini.

Untuk orang biasa seperti kita, bukan mudah hendak dimakamkan di sini, ada kriteria yang ditetapkan. Namun semua itu peraturan manusia. Adapun yang menetapkan sebenarnya ialah Allah. Ada suatu cerita di mana seorang hamba Allah dari Malaysia kerjanya biasa sahaja, semasa menziarahi Rasulullah di Masjid Nabawi dia ditakdirkan meninggalkan dunia. Gembiranya, dia dikuburkan di Perkuburan Baqi. Sudah tentu orangnya soleh. Alhamdulillah, rezeki. Sesiapa yang dikuburkan di sini, terlepas seksa kubur dan akan mendapat syafaat daripada Rasulullah. 


Untuk pengetahuan semua, Perkuburan Baqi ini tidak boleh dilihat terus dari dalam pagar Masjid Nabawi. Nak masuk untuk mengkuburkan satu jenazah pun kena naik tangga ke pintu masuk. Lelaki sahaja dibenarkan masuk manakala perempuan haram ya masuk. Oleh itu, kita boleh lihat dari tepi jalan besar sahaja. Sesiapa nak ke sini, kalian perlu keluar dari pintu 361 atau kalau salah, dari pintu yang menghala keluar jalan raya. Pintu ini dekat dengan Pintu 41, Pintu Baqi'. Jalan di hadapan beberapa kedai yang sudah ditutup, dalam 5-10 minit juga. Memang menghala ke jalan besar barulah jumpa. 



Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَأَوَّلُ مَنْ يَنْشَقُّ عَنْهُ الْقَبْرُ، وَأَوَّلُ شَافِعٍ وَأَوَّلُ مُشَفَّعٍ

Maksudnya: “Aku adalah pemimpin anak Adam pada hari Kiamat. Aku adalah orang yang pertama akan dibangkitkan daripada kubur. Aku adalah orang pertama yang akan memberi syafaat dan dibenarkan  memberi syafaat.” [Riwayat Muslim (2278)]


Saya ada mendengar ceramah Ustaz Don Daniyal, manusia pertama yang dibangkitkan di Padang Masyhar ialah Rasulullah SAW. Manusia kedua dari umat Nabi Muhammad ialah Sayidina Abu Bakar, kemudian Sayidina Umar. Seterusnya ahli baqi' iaitu muslimin dan muslimat yang dimakamkan di Perkuburan Baqi'. Insya Allah. 

Jadi, saya ingin kongsikan muslimin dan muslimat yang dimakamkan di sini. Hasil kajian Ustaz Muhadir bin Hj Joll.

Untuk jemaah dari Masjid Nabawi, perlu keluar dari betul-betul Pintu Baqi'. Pagar ini dibuka semasa angkat jenazah sahaja. Kiranya siapa yang teringin nak pergi, lepas bagi salam solat waktu terus lari ke sini, tak perlu solat sunat jenazah. Sebab mereka memang on time. (berdasarkan pemerhatian ketika di Masjid Nabawi)

Lakaran hebat Ustaz Muhadir bin Hj Joll

Kubur Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah
Kubur Sayyidina Hasan bin Ali
Kubur Sayyidina Ali bin Husain
Kubur Sayyidina Muhammad al-Baqir bin Ali bin Husain
Kubur Sayyidina Jaafar ash-Shadiq bin Muhammad al-Baqir
Kubur Sayyidina Abbas bin Abdul Muthalib (bapa saudara Rasulullah)

Kubur Sayyidatina Ummu Kalthum binti Rasulullah
Kubur Sayyidatina Ruqayyah binti Rasulullah
Kubur Sayyidatina Zainab binti Rasulullah

Kubur Ummahatul Mukminin atau Kubur Isteri-Isteri Rasulullah kecuali Sayyidatina Khadijah, berada di Perkuburan Baqi. 

Kubur Sayyidatina 'Aisyah
Kubur Sayyidatina Saudah
Kubur Sayyidatina Hafsah
Kubur Sayyidatina Juwairiyah
Kubur Sayyidatina Ummu Salamah
Kubur Sayyidatina Zainab binti Khuzaimah
Kubur Sayyidatina Ummu Habibah binti Abi Sufyan
Kubur Sayyidatina Sofiyyah binti Huyay
Kubur Sayyidatina Zainab binti Jahey


Kubur Sayyidina Uqail bin Abi Talib
Kubur Sayyidina Abu Sufyan bin Al-Harith
Kubur Sayyidina Abdullah bin Jaafar At-Thoyyar

Kubur Imam Malik bin Anas (Imam Maliki)
Kubur Imam Nafi' Maula Ibn Umar (guru kepada Imam Malik)

Dalam pada mencari maklumat tentang Imam Maliki iaitu Imam Malik bin Anas, rupa-rupanya beliau adalah anak kepada Sayyidina Anas bin Malik sahabat Rasulullah SAW. Masya Allah, saya baru tahu.

Kubur Sayyidina Ibrahim bin Rasulullah
Kubur Sayyidina Uthman bin Maz'un
Kubur Sayyidina Abdul Rahman bin Auf
Kubur Sayyidina Sa'ad bin Abi Waqqas
Kubur Sayyidina As'ad bin Zurarah
Kubur Sayyidina Khunais bin Huzafah as-Sahmi
Kubur Sayyidatina Fatimah binti Asad

Kubur Syuhada' Hurrah

Kubur Sayyidina Uthman bin Affan (sahabat Rasulullah) rupa-rupanya ada di Perkuburan Baqi juga.

Kubur Sayyidatina Halimah as-Sa'diyah ibu susuan Rasulullah

Kubur Sayyidina Abu Sa'id al-Khudri
Kubur Sayyidina Sa'ad bin Mu'az


Untuk jemaah muslimin, jika berkesempatan, bolehlah datang ziarah di sini, bertawasul dengan ahli bait, sahabat Rasulullah, para tabi' tabi'in. Insya Allah. Semoga bermanfaat. Terima kasih. 

7 Mar 2022

Jom Kenali Tiang Yang Ada di Rawdah Masjid Nabawi Tulisan Ustaz Muhadir Haji Jol

Assalam wbt dan Hai,

Nota ini ditulis oleh Ustaz Muhadir Haji Jol

ilustrasi oleh Ustaz Muhadir Haji Jol



(1) Tiang Wangi/ Mukhallaqah (Mukhallaqah” atau “Muthoyyabah” ( atau “Mu’aththorah” ) (bermaksud “yang diletak minyak wangi” kerana para sahabat selalu menyapu minyak wangi sebagai tanda tempat solat Rasulullah. Dikatakan Rasulullah pernah melihat kahak yang melekat di tiang tersebut lalu para sahabat membuangnya dan meletakkan minyak wangi di situ. Tempat Rasulullah selalu solat. Rasulullah solat wajib di sini berbelas hari setelah perubahan arah kiblat. Dikenali dengan nama “Usthuwanah Hannan” ( yang merujuk kepada batang pokok kurma yang merintih seperti unta yang menangis kerana tidak digunakan lagi oleh Rasulullah untuk bersandar ketika berkhutbah setelah digantikan dengan mimbar baru. 

(2) Tiang Sayyidatina Aisyah disebut dengan “Tiang Undi” kerana Rasulullah pernah menyebutkan kelebihan sembahyang dan berdoa di situ sehingga jika tidak ada jalan lain untuk mendapatkannya kecuali dengan mengundi, nescaya para sahabat sanggup mengundi (lihat Majma’ az-Zawa’id, 4/10). Dikenali juga dengan “Tiang Muhajirin” kerana orang Muhajirin selalu mengadakan majlis di sini. Tempat mula Rasulullah solat sebelum pindah ke Tiang Wangi. Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman, Sayyidina Abdullah bin Zubair, Sayyidina Amir bin Abdullah selalu solat dan berdoa di sini.

(3) Tiang Taubat. Dikenali dengan “Tiang Abi Lubabah” merujuk kepada Abu Lubabah, seorang sahabat yang bernama Rifa’ah bin Abdul Munzir. Ketika Perang Bani Quraizhah, Rasulullah mengutus Abu Lubabah kepada Yahudi Bani Quraizhah. Ketika Yahudi Bani Quraizhah bertanya kepadanya apakah mereka akan tunduk kepada Rasulullah, beliau berkata “Ya” sambil memberi isyarat dengan tangan ke tengkuk yang bermaksud “Kamu akan mati jika menerimanya.” Beliau menyesal, bertaubat, lalu mengikat dirinya pada tiang tersebut selama 9 hari. Isterinya akan membukanya ketika waktu solat dan mengikat kembali selepas solat. Ketika Allah menerima taubatnya, para sahabat mengerumuninya untuk membuka ikatannya, tetapi ditolak olehnya. Beliau inginkan Rasulullah sendiri yang membukanya. Ketika hendak menunaikan solat Subuh, Rasulullah menghampirinya dan membuka ikatannya.

(4) Tiang Sarir atau Tiang Katil. Rasulullah biasa beriktikaf di sini. Semasa beriktikaf pada waktu malam, Baginda akan berehat di sini sambil berbaring di tempat tidur yang dibuat daripada pelepah tamar. 

(5) Tiang Ali atau Tiang Pengawalan. Apabila berjumpa dengan masyarakat, Rasulullah duduk di tempat ini dan dijaga oleh para sahabat. Dikenali dengan “Tiang Ali” kerana beliau selalu solat dan duduk di sini untuk menjaga Rasulullah. Baginda tidak memerlukan pengawal lagi selepas turun ayat: “Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.” (Surah Al-Maidah: 67)

(6) Tiang Deligasi. Rasulullah akan menyambut dan bertemu para deligasi yang hendak berjumpa dengan Baginda di sini. 

(7) Tiang Tahajjud. Di belakang rumah Sayyidatina Fatimah. Rasulullah solat Tahajjud bersendirian di situ selepas para jemaah meninggalkan masjid. Sekarang tidak dapat dilihat dari luar kerana telah termasuk di dalam binaan makam. 

(8) Tiang Empat Persegi Kubur. Dikenali dengan “Tiang Jibril” kerana Jibril akan berada di sini ketika bertemu Rasulullah. Sekarang tidak dapat dilihat dari luar kerana telah termasuk di dalam binaan makam.

Moga memberi manfaat. 

6 Mar 2022

Persediaan Barang Wajib Umrah dengan Shopee

Assalam wbt dan Hai,

Beberapa barang yang boleh dibeli di Shopee. Saya tulis secara random saja, bukan mengikut priority perlu dibeli. 



Memang perlu sangat-sangat sebab nak masuk Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, memang kena masukkan dalam kasut dalam uncang kasut. Memang banyak rak kasut, tetapi kita yang takut tertukar. Lagi satu, tak semestinya kita masuk dari pintu itu dan keluar dari pintu yang sama. Jadi mudah juga. Tolong pilih jenis plastik, tak perlu beli yang jenis woven bag sebabnya kadang-kadang kita ke toilet, takut basah pula, geli nanti. Ambil saiz 20 x 30 cm tau dan ke atas. 

2. Stokin Tebal Muslimah RM8.53 https://shp.ee/ruqnxjj


Stokin perlu tebal juga di Mekah sebab banyak berjalan tanpa selipar. Sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, kita boleh pakai selipar bersih atau stokin saja. Stokin kalau tipis sangat pun tak best sangat. Hehe. Tak mahal pun stokin ini, 3 pasang RM8.53 sahaja. Memang jimat dan terbaik. 

3. Spray Wudhuk RM2.20 https://shp.ee/ywe9p7j


Spray wudhuk diperlukan sebab toilet di Masjidil Haram memang jauh. Kena keluar terlebih dahulu. Kalau terkentut, bolehlah wudhuk saja di tepi-tepi tempat yang orang tak berapa lalu lalang. Bukan basah pun guna spray wudhuk. Kalau di Masjid Nabawi jangan risau, toilet memang banyak dan di mana-mana, jadi spray wudhuk tidak berapa diperlukan.

4. Jubah Ironless Jenis 1, RM50 - RM65 sahaja

Jenis ini cepat kering bila dibasuh

Jubah ironless memang penting sangat-sangat sebab mana sempat nak iron. Langsung tak sempat! Sebab kita busy nak beribadah sahaja. Insya Allah moga dimudahkan. 

5. Kain Ihram Haji Jenis Tebal RM65 https://shp.ee/g2awbz3


Kain ihram sebenarnya perlu beli jenis yang tebal. Sebab kalau tak tebal, tak selesa ya tuan-tuan. Ramai saja yang ambil mudah. Cara memakai ihram dengan baik juga perlu betul. 


6. Tali pinggang ihram ada beberapa jenis. Harganya memang dalam RM12 - RM30 begitu bergantung kepada jenis cangkuk.

Yang pertama jenis bercangkuk besi:

Yang ini beli jenis bercangkuk besi, boleh laras dan juga kegemaran orang ramai. Memang pilihan utama selalu akan beli jenis bercangkuk ini.


Yang kedua jenis bercangkuk seperti tali pinggang biasa.
Link 3 https://shp.ee/9vc2kzj (ada banyak color - maroon, putih, hijau dan hitam)


Yang ketiga jenis plastik seperti cangkuk beg galas.


7. Seluar celana dalam ada tali untuk orang lelaki yang berihram. Jika ada sesiapa yang tak selesa tiada seluar celana dalam boleh belilah. Selalunya orang memilih untuk tidak memakai. Ini tidak bermaksud lucah tetapi begitulah hakikat yang sebenar. 


8. Bantal leher 
Link 1 (RM8 - random color) : https://shp.ee/jqfdvqj
Link 2 (RM7 - random color) : https://shp.ee/ffrbfyj
Link 2 (RM7 - boleh pilih color) : https://shp.ee/4xvd7yj

pastikan ada button tap kat bahagian bawah sebab mudah nak dibawa, boleh sangkut dengan luggage hand carry kita

Masa bila nak pakai? Jawapannya masa di dalam kapal terbang. Lenguh betul jika tak beralas leher kita itu. Kalau ada, baru lega sikit dan selesa nak tidur. Bawa saja bantal leher ke bahagian atas (tak masuk kabin bawah). Hampir semua bawa kecuali yang naik business class. Hehe...


9.  Penutup Mata https://shp.ee/jj6tmzj

Nak pakai masa bila? Jawapannya masa dalam kapal terbang. Hehe. Sebab kadang-kadang kita susah nak tidur jadi memang kenalah ada supaya gelap mata dan dapat tidur dengan tenang. 




























5 Mar 2022

Gelang Power Rangers - Gelang Hitam Tracker Umrah

Assalam wbt dan Hai,

Mari saya ceritakan proses pulang dari umrah hendak masuk ke Malaysia. Gelang power rangers ialah gelang tracker hitam. Hehe.

Mula kuarantin : 27/2/2022
Habis kuarantin : 4/3/2022
Tempoh kuarantin : 5 hari 
Pulangkan gelang power rangers : 6/3/2022
Bebas kuarantin : 7/3/2022

Sebelum pulang ke Malaysia, kita perlu mengisi bahagian "Traveller" di mysejahtera.

Kemudian, isi borang ini secara online https://reg-hqm.quickmed.care/register  . Borang ini diisi ketika di Madinah/Mekah. Borang ini akan dilihat oleh pegawai KKM ketika di KLIA ketika memakai gelang power rangers nanti. 

Keluar sahaja dari kapal terbang akan jumpa toilet. Kalau nak terasa nak qada hajat sebaiknya selesaikan dahulu kerana proses nanti lama, takut sakit perut pula menunggu. Kami keluar dari pintu C27. Kami disuruh masuk ke pintu C23. Di situ kami perlu mengisi borang KKM yang disuruh menyatakan tempat kuarantin, nama, IC dll. Simple sahaja. Pastikan bawa pen siap-siap ya. Kemudian beratur untuk diterangkan sedikit sebanyak tentang tempoh kuarantin dll. Jika selepas swab test tiada covid maka home quarantine cumalah 5 hari. Jika ada covid, maka dipanjangkan menjadi 7 hari. Penambahan hari ini secara automatik di dalam mysejahtera.

Selepas kami mengisi borang tadi, staff KKM akan memakaikan gelang kuning sebagai tanda kami sudah disoal selidik. Kemudian masuk ke pintu seterusnya untuk mendapatkan nombor giliran. Nombor giliran ini, 1 nombor untuk 1 tempat kuarantin yang sama. Kita akan menunggu untuk dipakaikan tracker hitam atau gelang power rangers umrah. Heheh. Kita tidak dibenarkan membuka gelang ini sehingga tamat kuarantin. 


Kemudian, kami perlu menaiki train untuk ke lapangan terbang utama. Pintu C27 ini agak jauh ya. Sebelum menaiki tren/transporter, kita perlu isi bahagian Traveller di mysejahtera dahulu. Selagi warna tidak merah tanda kita home quarantine, selagi itu polis bantuan tidak membenarkan kita masuk ke dalam train. 

Sesudah keluar dari train, kita follow saja ke arah laluan mengambil bagasi. Hampir hendak tiba ke laluan akhir, akan ada staff KKM yang menunggu di sana. Mereka akan menyuruh kita ke laluan swab test. Laluan swab test ini memang untuk orang umrah saja semasa itu. Swab test sekejap, kemudian jalan lagi untuk mengambil bagasi. Selepas selesai ambil bagasi, jangan lupa ambil air zam-zam. Kemudian kami dapatlah keluar. 

Setelah keluar, kami makan di Level 2 food court. Makan nasi ayam saja. Memang semua orang pandang pelik sebab kami baru balik dari umrah. kemudian kembali ke Level 3 bahagian Arrival International untuk mendapatkan servis Grab. Di situ ada teksi SUV airport tapi harganya RM199, berbanding dengan Grab SUV harganya cuma RM105. 

Bersama dengan gelang power rangers tadi, kami perlu bawa sekali sebuah kotak hitam. Kotak hitam itu boleh memberi maklumat kepada KKM jarak perjalanan kita. Kotak itu dibungkus dengan plastik ketika di KLIA. Sesudah tiba di rumah tempat kuarantin, baru kita turn on kotak itu. Kotak itu tidak boleh diangkat langsung jadi memang tidak boleh pergi ke mana-mana. 

Gelang power rangers dan kotak hitam ini akan dikembalikan ke klinik terpilih sahaja. KKM sudah beri senarai kliniknya. Boleh scan QR code ini untuk mengembalikan gelang hitam tracker ya.  



Selepas 2 hari swab test, selepas jam 1 petang, barulah dapat result. Alhamdulillah kami bebas covid. Hehe. Syukur. Cuma kita memang terus demam panas sebab penat sangat di Mekah dan Madinah. 

Nanti saya sambung lagi. 

Terima kasih. 



Terima kasih. 

4 Mar 2022

Cerita-Cerita Coretan Umrah 2022 Kami Ketika di Mekah dan di Madinah

Assalam wbt dan Hai.

Entri kali ini saya hanya ingin bercerita coretan kami dan sekeliling kami, yang mungkin boleh dijadikan pengajaran untuk kalian para pembaca. Ehm tak tahulah ada pembaca ke tidak. Hihi. Moga bermanfaat jika ada.  Di Mekah dan Madinah, jangan cakap sembarangan kerana doa semua cash Allah makbulkan. 




MASJIDIL HARAM

1. Di Masjidil Haram, kita perlu memulakan tawaf dari Hajarul Aswad. Jangan mula dari sudut-sudut lain pula sebabnya ada jemaah yang tidak tahu ya. Oleh sebab ramai sangat manusia, kalian akan nampak lampu hijau di bangunan kanan kalian, bahagian atas, boleh nampak lampu hijau itu. 

2. Di Masjidil Haram, untuk memulakan Saie, cukup sekadar kita berjalan ke arah bahagian under roof, di level Ground juga nanti pusing mana-mana pun boleh nampak arah ke Saie. Untuk Saie di tingkat kedua, kalian perlu keluar dari tingkat 1 Saie dan naik eskulator. Yang ini agak complicated, jadi ringankan mulut tanya pada mutawif ya. 

3. Di Masjidil Haram, boleh solat di bahagian Saie. Jangan risau kalau tiba-tiba azan sedang kita Saie, berhenti dan solat beramai-ramai.

4. Kalau nak solat sunat 2 rakaat selepas Saie, jangan berhenti depan pintu keluar, sebaliknya korang solat dekat-dekat dengan batu / kesan baki di bahagian Bukit Marwah, barulah tidak kena halau. Solat cepat-cepat dan pergi. 

5. Jangan lupa istilam menghadap qiblat setiap kali berhenti di Bukit Safa atau Bukit Marwah ketika Saie sebab ramai betul yang terlupa nak istilam. 

6. Kepada sesiapa yang nak umrah sendiri, tunggu saja depan lobi hotel. Pergi ke Tanéem yang paling dekat iaitu Masjid Siti Aisyah R.A, 5km dari Masjidil Haram. Harga satu teksi ialah 50 Riyal. Mudah sangat insya Allah. Bila-bila pun ada teksinya kecuali betul-betul waktu solat, kebanyakan jalan ditutup. 

7. Jika kalian ragu-ragu dengan 13 pantang larang, macam agak-agak ada terlanggar, sila rujuk terus dengan mutawif dan ustaz. Jangan agak-agak boleh derma dekat staff masjid dan niat untuk bayar dam. Kami risau tidak sah bayaran dam itu, sebab kami semua diajar untuk bagitahu mutawif dan mutawif yang akan uruskannya. 

8. Kita boleh solat apa-apa juga waktu di Masjidil Haram, hatta selepas solat Subuh dan Asar. Sedangkan di luar Masjidil Haram tidak boleh. Maka, di Masjid Nabawi juga tak boleh solat selepas Subuh dan Asar, jadi janganlah solat pula ya. Oh ya kecuali solat qada tak mengapa. 

9. Kalau kalian nak jalan-jalan sendiri selepas umrah, dari Saie di Bukit Marwah, ada dua laluan. Satu laluan kembali ke hotel kita dan satu lagi laluan ke tempat tak tahu. Hah tempat tak tahu inilah laluan ke perpustakaan, rumah asal Nabi Muhammad SAW, tempat Rasulullah dilahirkan. 

10. Rumah asal Nabi Muhammad dan Siti Khadijah ialah di kawasan Saie, di Bukit Marwah, tetapi tempatnya tidak nyata di mana. 

11. Rumah asal Sayidina Abu Bakar ialah Hotel Hilton manakala rumah asal Sayidina Umar ialah hotel di sebelah Hotel Hilton (di bahagian kirinya). 

12. Rumah asal Al-Arqam bin abi Al Arqam ialah di pintu masuk Saie. Kalau kalian rajin, bolehlah sentiasa lihat nama pintu-pintu di sini. 

13. Laluan masuk Rasulullah ke Masjidil Haram, laluan favorite ialah Pintu Babussalam, ada eskulator di situ. Kami tidak dapat masuk kerana sedang diubah suai. 

14. Lelaki yang nak solat di dataran di hadapan Kaabah perlu pakai ihram. 

15. Susah nak stay depan Kaabah. Ruang yang ada hanya untuk solat sunat tawaf sahaja. Jika kalian nak solat fardhu depan Kaabah, berhenti untuk solat sunat kemudian jika mereka halau, jalan lagi satu pusingan tawaf dan berhenti solat sunat. Ulang-ulang sampai dalam 15-20 minit lagi nak solat fardhu, bila mereka dah settle down, terus cepat-cepat cari ruang nak solat. Susah juga nak stay tahajjud depan Kaabah. Jadi repeat lagi perkara yang sama. 

16. Susah nak stay tahajjud untuk muslimat di hadapan Kaabah kerana ruangan agak terhad. Juga agak terhad di bahagian ground floor masjid. Jadi, kalian boleh pergi ke tingkat 1, lebih ruang tapi kipas selalunya mereka off. Hehe. Sabar saja lah ya.... 

17. Tidak batal wudhuk ketika berada di hadapan Kaabah mengikut mazhab Maliki dan Hambali. Tidak terbatal wudhuk jika tiada niat syahwat. Namun, kami kembali kepada mazhab Syafie selepas di luar pandangan Kaabah. Maksudnya ketika di hadapan pintu masuk Masjidil Haram, kami yakin ia membatalkan wudhuk. Ikut iktikad masing-masing.

18. Boleh naik ke rooftop melalui pintu 35 yang dari arah pintu masuk asal, di hadapan Hotel Hilton. Kawasan yang kita boleh pergi cuma di bahagian 3 kubah King Abdul Aziz. Bahagian lain semua ditutup kerana proses renovasi.

19. Kita boleh naik skuter ya. Harganya 57 Riyal untuk 1 sesi tawaf atau 1 sesi saie. Kalau nak naik dua-dua pun boleh. Nak naik skuter ketika Saie boleh di ground floor atau tingkat kedua. Untuk tawaf skuter hanya di tingkat 2 sahaja. Tingkat 1 tawaf untuk pejalan kaki sahaja. 

20. Masa digunakan untuk menyelesaikan umrah dalam 1 jam 45 minit. Yang lama ketika Saie. 45 minit cukup untuk 7 pusingan tawaf dan solat sunat tawaf. Sekejap sangat rupanya. Lagilah kalau naik skuter. Lagi cepat selesai. 1 jam sudah cukup untuk saie. Kiraan kami, jarak Safa ke Marwah adalah dalam 400m sahaja. Manakala jarak satu pusingan tawaf hanyalah 200-300m sahaja. Tidak terasa sangat semasa tawaf sebab ramai orang tetapi ketika Saie memang terasa jauh sebab straight saja. 

21. Jangan lupa bawa gunting dan pencukur ketika bertahallul. Untuk menggunting rambut muslimat, cukup gunting yang hujung-hujung rambut. Bawa sekali plastik sebab tong sampahnya jauh betul. 

22. Boleh borak-borak ketika tawaf tapi janganlah over sangat. Sekadar sini sana, selebihnya berdoa saja ya. Doalah apa pun. 7 pusingan itu memang agak lama, jadi zikir, selawat dan doa. Semasa saie pula, lagilah banyak boleh berborak jadi hati-hati ya jangan asyik berborak. Sepanjang jalan kita itu doanya dimakbulkan. Ingat itu. 





MASJID NABAWI

1. Payung Masjid Nabawi akan dibuka pada malam Jumaat selepas Isyak dan akan dipasang semula pada pagi Jumaat selepas Subuh. Jadi kalian alert lah waktu ini ya.

2. Di Masjid Nabawi, untuk pergi ke kubah hijau, melawat Rasulullah SAW, memang ke pintu 1, pintu Babussalam. Kalian ikut saja pintu-pintu yang ada di Masjid Nabawi. Pintunya bernombor seperti 16,15,14,13.... dan sila ikut turutannya sehingga ke nombor 1 untuk bertemu pintu Babussalam. 

3. Masjid Nabawi adalah seperti masjid-masjid biasa. Jadi jangan solat sunat selepas solat Subuh dan Asar. 

4. Susah nak stay selepas solat fardhu Subuh, Zohor dan Asar. Selalunya kena halau keluar, tak pasti mengapa. Namun, kita boleh stay di masjid antara Maghrib dan Isyak. 

5. Cepat-cepat booking waktu Rawdah sesudah tiba di Mekah atau di Madinah sebab slot cepat penuh. Kalau tak dapat slot, boleh minta tolong dengan mutawif, selalunya mutawif akan tolong kita untuk dapatkan slot jadi jangan nangis di bucu katil okay. 





GENERAL

1. Kami tak ingat yang kami bawa wang, ketika dalam flight memang sudah gelabah sangat-sangat. Perjalanan jauh lagi. Doa sepanjang jalan moga ada keajaiban, moga jika duit itu tertinggal di Malaysia, tetapi Allah bawakan wang kami ke Mekah melalui Malaikat Jibril. Yakin saja dengan Allah walaupun risau tak terkata. Sampai saja di hotel di Mekah, kami cepat-cepat check in, terus memeriksa beg bagasi. Alhamdulillah ada.

2. Kami membeli makanan tengah hari di restoran di Hotel Safwah. Balik saja hotel nak pinjam handphone bang Ajid sebab nak ambil gambar makanan. Sekalinya, handphone bang Ajid tiada! Terkejut bukan kepalang. Saya cuba miscalled tetapi tiada orang angkat. Datang semula ke restoran tadi. Ya, memang tertinggal di situ. Alhamdulillah masih ada. Di Tanah Haram insya Allah semua orang pun memang tidak panjang tangan sebab takut balasan cash. 

3. Selalunya orang kata, kalau lewat pergi makan, nanti makanan habis di hotel. Sebenarnya tidak untuk Hotel Safwah Royale Orchid. Banyak sangat makanan! Kalau balik lewat malam jam 9:30 malam pun masih ada lagi. Di situ, hotelnya akan menambah extra 1 jam untuk waktu kecemasan, takut-takut ada jemaah umrah yang nak makan lewat. Jadi tiada istilah makanan habis. Kami siap bawa plastik extra untuk membungkus makanan tetapi tidak digunakan. 

4. Pergi mana-mana mesti bawa uncang selipar / kasut. Di sini tak banyak rak kasut. Kalau ada pun, takut tertukar dengan orang lain. Risau juga. Jadi kami sentiasa masukkan kasut atau selipar di dalam uncang. Kemudian kami bawa di sebelah kami solat bersama beg sandang travel agency. Bukan kami saja buat, semua orang pun buat macam kami. Saya beli uncang kedai Eco saja, yang jenis plastik tu kan, yang gambar dia teddy bear, 4 plastik RM2.20. Jimat hehe.

5. Sentiasa bawa spray wudhuk sebab di mana-mana berhenti pun memang ramai orang. Contohnya kita miqat di Jaaranah, toilet memang kecil dan ramai orang. Jadi memang susah bila nak berwudhuk. Di dalam Masjidil Haram juga memang susah nak cari toilet. Toilet tiada dalam masjid, hanya ada di luar masjid. Jauh juga nak menapak. Nak ambil wudhuk memang kena guna spray wudhuk saja. Ambil wudhuk pula di bahagian perempuan, kan spray spray saja tiada masalah, tidak terlalu basah. 

6. Kalau nak shopping better shopping di Mekah saja sebab murah jauh daripada di Madinah. Di Mekah, boleh shopping di bahagian bawah Hotel Safwah. Harga jubah 5 pasang 100 Riyal. Kalau nak convert seolah-olah RM20 sehelai. Kan murah tu kan... Barang lain seperti set teko, tasbih, sejadah dll. Semuanya murah di Mekah, terutamanya hari Jumaat. Lagilah korang boleh tawar menawar. 

7. Hari Jumaat, kalau nak menghadiri solat Jumaat perlu datang lebih awal, sekurang-kurangnya dua jam untuk muslimat sebab tempat terhad. Untuk muslim, tempat saf banyak, jadi jangan risau kalau datang sejam lewat pun masih dapat tempat. 

8. Kalau nak menderma, better menderma dengan pekerja masjid. Kita boleh bezakan pekerja masjid, yang pakai baju nude tudung color hijau terquoise tu kan, bagi sembunyi-sembunyi. Bagi terus blah, jangan stay pulak. Kang ramai pulak staff masjid lain yang tiba-tiba lalu depan kita sebab dia pun nak juga duit extra. Kata orang, staff masjid tak dapat gaji, saya pun kurang pasti.

9. Untuk sesiapa yang nak wakaf di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, jangan wakaf al-Quran sebab masjid memang ada standard sendiri, AlQuran yang mana yang mereka nak letak di masjid. Untuk wakaf Al-Quran harganya 50 Riyal. Untuk wakaf kerusi roda, harganya 350 Riyal. Di Masjidil Haram, wakaf kerusi roda adalah yang paling bagus sebab memang sangat-sangat digunakan. Di Masjid Nabawi, kebanyakan kerusi roda adalah persendirian. 

10. Jika ada yang berniat nak wakaf kerusi lipat untuk duduk, kalian boleh beli sendiri di mana-mana kedai yang ada di Mekah dan Madinah, kemudian tulis di belakang kerusi "Waqaf lilharam" kemudian letak saja senyap-senyap. Mudah dan tak perlu bagitahu. Kerusi lipat memang ramai sangat yang menggunakannya terutamanya perempuan kerana semuanya malas nak bersila. 

11. Setiap selesai solat fardhu di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan ada solat jenazah. Solatlah berjemaah. Mudah saja, 4 takbir 1 salam. Tak lama, dalam 3 minit saja solatnya. 

Takbir 1 - Al Fatihah
Takbir 2 - Selawat atau selawat tahyat akhir atau Selawat Ibrahimiyyah
Takbir 3 - Allahummagh firlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu (doa jenazah)
Takbir 4 - Rabana atina fiddunya hasanah wafil akhirati hasanah, waqina azabannar
Beri salam kanan dan kiri. 

Nanti imam akan sebut "..... almarhum...." lepas itu semua orang berdiri. Mula-mula mungkin tak familiar, lama-lama kalian dah boleh agak. Sebutan ini tidak didengari ketika dalam live Mekah, kita jemaah umrah saja boleh dengar. 

Pahala menunaikan solat jenazah ialah 2 qirat iaitu 1 qirat bersamaan sebesar Gunung Uhud. Masya Allah. Bukan hanya solat jenazah di Mekah dan Madinah sahaja tau. Jika kita solat jenazah di Malaysia juga pahalanya 2 qirat. Insya Allah. 

12. Ada tong air zam-zam versi sejuk dan biasa di sini. Bolehlah bawa segala botol kosong yang ada. Jaga-jaga jangan bawa banyak sangat air di dalam bagasi, takut tak lepas nak bawa ke dalam kapal terbang. Tak pasal mungkin kena koyak beg kita sebab nak keluarkan botol air tersebut. 

13. Jika keluar umrah dari Madinah, insya Allah boleh bawa air zam-zam 5L. Jika keluar dari Mekah, berkemungkinan besar, kalian tidak boleh bawa air zam-zam. Ini kerana, pengurusan masjid dan lapangan terbang Jeddah tidak membenarkan. Mungkin sekarang berubah, tapi so far semasa kami begitu. Kami Alhamdulillah keluar dari Madinah jadi kami boleh bawa air zam-zam. 

14. Kita akan nampak banyak sangat cara yang berlainan ketika solat. Kita raikan sahaja dan buat tidak tahu. Jangan bergaduh ya. Khusnuzon yang mereka dari mazhab yang berbeza. Kadang-kadang kami sampai terfikir nak belajar tentang mazhab lain.

15. Tidak perlu bawa iron sebab tak sempat nak iron. Hehe. Memang renyuk berlipat-lipat tetapi semua orang pun sama macam kami. Kalau nak iron, kena minta dengan pihak pengurusan hotel. 

16. Jangan lupa bawa extension sebab kebetulannya plug di hotel kami rosak. Masya Allah ada satu saja plug utama. Nasib baik bawa extension cable, kalau tak, haru juga. 

17. Di hotel ada heater, jadi nak buat air panas bila-bila pun boleh. Kalau korang ada ruang nak bawa barang lagi, bawalah maggie. Jemu nak makan masakan pak arab Hehe..... 

18. Sila cuba-cuba membeli makanan di Mekah sebab di Madinah susah nak cari makanan selain makanan hotel. Banyak gilaaaaa pilihan makanan di Mekah. Paling jangan lupa ialah beli nasi arab unta di Mekah, memang kaw kaw sedap. Kalau nak beli mesti bagitahu, saya nak bekas yang 10 Riyal 2 bekas, Hah macam itu. Kalau tidak, mereka charge mahal sangat betul!

19. Orang kata cubalah KFC dan starbuck di Mekah dan Madinah tetapi kami tidak cuba juga. Kami relax-relax sahaja. Alhamdulillah okay saja rasanya kurang pedas dan coffee pun manis leting. Hehe.

20. Sabar banyak-banyak sebab banyak sangat ragam yang kita jumpa terutamanya perangai yang suka potong barisan tidak kiralah warga Malaysia atau bukan Malaysia, sama sahaja. 

21. Kata Ustaz Don, perbaiki niat ketika umrah, ramai suka nak viral saja ketika di sini. Kebanyakan jemaah suka membuat live solat di sini. Saya selalu nampak tapi saya buat tak tahu saja. Siap ada yang jadi MC, hari ini kita kena halau kerana solat di sini. bla3. Hehe.... 



Moga bermanfaat. Terima kasih. 





3 Mar 2022

Pengalaman Umrah 2022, Umrah Pasca Covid (Masuk Rawdah di Masjid Nabawi)

Assalam wbt dan Hai,

Kenapa semua suka nak beribadat di kawasan Rawdah?

Kita cerita dahulu tentang Rawdah. Ada beberapa tiang di dalam Rawdah yang jika kita solat di situ, lebih banyak hikmahnya. Cuma janganlah berebut. Kesemua tiang ini, kalau kalian pandang bahagian atas memang ada namanya. Baca sini untuk tahu lebih lanjut.

Rawdah ini ialah salah satu Syurga dunia. Rawdah juga adalah tapak asal Masjid Nabawi. Jadi ruangannya agak terhad. Oleh itu, jika kita berada di Rawdah, maka insya Allah doanya akan dimakbulkan oleh Allah. Kalau dahulu sebelum Covid, kebanyakan muslim dan muslimat berebut-rebut ke sini, dikatakan ada kejadian tolak-menolak, menangis, bergaduh untuk merebut saf di sini. Selepas Covid, ada kebaikan untuk jemaah Umrah, semua berpeluang untuk pergi ke Rawdah sekali dalam masa 30 hari. Alhamdulillah. Walaupun masa yang diberikan agak terhad iaitu hanya 15 minit, namun itu sudah cukup baik sangat untuk kita terutamanya muslimat. 

Untuk jemaah yang tidak sempat book slot di Eatmarna, pihak muasassah akan menempah slot bagi pihak kalian. Jadi janganlah risau. Cuma, oleh sebab semakin ramai jemaah muslimat, semakin sedikit peluang nak duduk di kawasan Rawdah. 


Gambaran tiang yang ada di Masjid Nabawi ini dilukis oleh Ustaz Muhadir Haji Joll. 

'
Layout Masjid Nabawi. Kita akan masuk dari Pintu 25 untuk ke Rawdah. Pintu ini selalunya ditutup dan hanya akan dibuka jika ada slot Rawdah Muslimah sahaja.Untuk waktu solat, kita akan masuk dari pintu 26, pintu 16, pintu 29, dan pintu 14. Itu sahaja pintu yang dibuka. 



Untuk umrah zaman pasca covid, kalian nampak women entrance pada gambar? Namanya Bab Nisa (Pintu 39), bahagian Rawdah yang dibuka untuk muslimah hanyalah sekadar di Plateform for Security (atas anak panah). Kecil sangat ya dalam tiga tiang sahaja yang emas dan hijau, selebihnya tiang biasa. 


Kata Ustaz, jika hendak book slot untuk muslimat, better book pada jam 10:00 malam ke atas. Kami book jam 2:00 pagi tarikh 24 Februari 2022. Memang tidak ramai orang langsung. Syukur Ya Allah.
 

Tarikh 24 Februari 2022 

Kami tidur sekejap di hotel selepas Isyak. Jam 12:30 malam kami bergerak ke Masjid Nabawi. Staff Masjid Nabawi tidak benarkan kami masuk. Kami ada bagitahu yang Ustaz menyuruh kami masuk awal dan ready. Setelah tiga kali percubaan, kami pun dapat masuk ke perkarangan Masjid Nabawi. Jangan lupa buka aplikasi Eatmarna ketika hendak masuk pagar 339 atau pagar 333 kerana nak masuk Rawdah perlukan slot. 

 

Rawdah Masjid Nabawi, tiang emas dan hijau. Jika kalian nak lihat replika, boleh datang ke Masjid al-Falah USJ 9, tiangnya mereka cat seperti tiang Rawdah Masjid Nabawi. Ada masa nanti kita ambil gambar ya. 

Jam 12:45 malam kami cuba untuk beratur di barisan nak masuk ke pintu rawdah iaitu Pintu 25 dengan menunjukkan slot di aplikasi Eatmarna tetapi staff Masjid tidak benarkan kami. Mereka bagitahu, sila datang lagi jam 1:00 pagi. Kami menurut sahaja jadi solat sunat beberapa rakaat di perkarangan masjid sampai jam 1:00 pagi. Jam 1:00 pagi, staff melihat temu janji slot kami, scan QR code dan membenarkan kami masuk ke Pintu 25 sedangkan slot kami tadi jam 2:00 pagi, Alhamdulillah. Kata kuncinya, selagi mereka tidak scan QR code kalian, selagi itu kalian boleh masuk banyak-banyak kali. Yang tinggal masa, tenaga dan kehendak kalian kuat atau tidak untuk masuk ke Rawdah lagi dan lagi dan lagi. 

Rawdah ini, mereka sudah pagarkan laluannya dengan kain-kain kanvas. Waktu solat biasa, laluan kain kanvas itu tidak dibuka untuk jemaah muslimat. Kawasan menunggu nak masuk Rawdah dan kawasan Rawdah itu sendiri juga dikepung dengan kain kanvas.

Kami masuk berjalan agak jauh dan ada ruang menunggu di situ. Kami solat sunat 2 rakaat sahaja dan berdoa. Ia masih di kawasan Masjid Nabawi yang biasa. Jangan solat lebih-lebih sebab kita dalam status be ready. Doa biasa-biasa. 

beginilah keadaan tempat menunggu, tiang masih jenis biasa, tiada emas dan warna hijau, jadi sekadar solat 2 rakaat sahaja. 


Tiba masanya waktu kita, staff Masjid akan suruh kita berjalan ke arah Rawdah. Kawasan Rawdah agak kecil untuk wanita, mungkin dalam 15 orang sahaja akan berada di Rawdah dan bakinya bukan tetapi masih juga lagi dalam lingkungan kanvas yang sama. Cepat-cepat kami berjalan sebab kami nak solat di kawasan Rawdah. Kalau dahulu karpet Rawdah berwarna merah tetapi kini tidak lagi. Semuanya sudah menjadi karpet hijau. Yang membezakan ialah tiang emas dan tiang hijau, itulah Rawdah. Alhamdulillah kami dapat solat di kawasan Rawdah, bertawasul kepada Nabi Muhammad SAW. Moga ibadat, amalan dan taubat kami diterima oleh Allah. 

Gambar ini pintu masuk Rawdah. Maaflah gambar blur sahaja sebab curi-curi. Ambil gambar boleh tapi jangan berhenti statik, dia kena laju gitu tapi almaklum handphone tak canggih. Huhu



Selepas 15 minit, kami diarahkan keluar. Kami keluar dari Pintu 25 juga. 

Alhamdulillah syukur ya Allah. Moga ada peluang seterusnya.


Cerita ini sebagai pengajaran sahaja.

Jangan complaint atau maki orang yang kita tidak puas hati. Contohnya kalau nampak orang potong barisan kita ke, orang marah-marah ke, buat tak tahu saja. Satu bayaran cash yang saya nampak ketika di sini. Semasa kami sedang beratur di pintu masuk hendak ke Rawdah Masjid Nabawi, kelihatan sekumpulan warga bukan Malaysia memintas barisan kami. Memang kita nampak mereka jenis manusia yang tidak kisah hal orang lain, agak mementingkan diri. Cumanya, komen sajalah di dalam hati. Jangan sesekali kita complaint tanda tidak puas hati. 

Sekumpulan warga Malaysia tidak puas hati dengan warga bukan Malaysia tadi. Mereka kata, ish sakit hati kena potong barisan dll. Selepas itu kami masuk beramai-ramai. Aku dan mak berjalan cepat-cepat. Ketika berada di ruang menunggu, aku dan mak berada di barisan selepas warga bukan Malaysia ini manakala barisan warga Malaysia tadi adalah di belakang kami. Kami hanya solat sunat dua rakaat dan doa sekadarnya kerana dalam tempoh menunggu. Namun warga Malaysia tadi solat lebih daripada dua rakaat dan berdoa dengan khusyuk. Semasa staff masjid menyuruh kami berjalan ke Rawdah, warga Malaysia tadi masih asyik solat sunat dan berdoa. Kesannya sekumpulan warga Indonesia telah memotong barisan mereka tadi.

Oleh itu, spot Rawdah yang patut diduduki oleh warga Malaysia tadi sudah diambil oleh warga Indonesia. Innalillah. Berkemungkinan kerana mereka tidak sabar di pintu masuk tadi. Jadi sabar saja banyak-banyak ye. 


Terima kasih.