3 Feb 2019

Bermalam di Hounan Ridge Farmstay, Bundu Tuhan, Sabah

Assalam wbt dan Hai,

SHOPEE KAKNA

The Struggle is Real 

Haha... itu yang aku cadangkan untuk tiba di sini. Susah sangat hokey nak sampai sini. Perjalanan dari jalan utama ke homestay Hounan mengambil masa lebih kurang sejam juga iaitu dalam 30km. Mungkin sebab cuaca yang gelap kerana hujan, maksud aku, berkabus sangat. Jalan teruk pula. Once dah datang memang tidak boleh keluar. haha. membazir masa nanti. masa kami tiba, hujan belum turun. jadi sempat juga melihat sekitar kawasan

Bilik ini berharga RM130. extra tilam berharga RM25. ada balkoni sendiri okay. sangat cantik. Bersih. Air panas ada. Iron free tapi iron rosak. kekeke... Ada kafe tapi kami tak makan di situu sebab agak mahal. Towel disediakan. overall puas hati bebenau...

ini dia balkoni


boleh nampak khemah-khemah sudah didirikan. boleh sewa sahaja khemah. 


Rate untuk Hounan Ridge Farmstay & Camping. Boleh contact +60 13-850 6463, sangat mesra dan cepat reply! hoyyehhh


dari jauh.




Boleh nampak dua gazebo ya sedang buat barbecue. 

Kami minum air panas sahaja. hehe. Hipster sangat. masa ini, budak-budak sudah tidur. jadi mama babah dating. hehe

pandangan sisi rumah. 

sebenarnya boleh nampak gunung kinabalu dari sini. 



ini view sebenar jika tidak hujan. nak nangis tak dapat tengok. lain kali kami akan datang lagi ke sini. insha Allah.  Sayang sangat rasa nak check out awal-awal tu. hehe. Must Repeat!

Terima kasih.

Melawat Pekan Nabalu, Sabah

Assalam wbt dan Hai,

SHOPEE KAKNA

Dari Temparuli, kita akan melalui Pekan Nabalu. Mungkin dalam 40-50km juga dari Temparuli. Memang otw ke Kundasang ya. Nak atau tak nak memang akan lalu. hehe.. Kami singgah juga untuk lunch dan solat. gitulah plannya. 

Namun, dalam beberapa minit kami sampai, hujan lebat gila weh..... lunch apa yang ada. dan tak solat di situ sebab tiada bekalan air. kakakakaa.. aduhai malang sikit. tapi sempat juga merasa dua biji durian. kihkih. 1 kg RM5 untuk durian hutan. kami assume durian kampung lah kot rasa dia. okay not bad sedap dan murah.

barang-barang cenderhati di sini katanya lebih murah daripada di pasar philipine KK tetapi kami tidak membeli hanya melihat sahaja. hehe. Makanan pun banyak, buah-buahan banyak. Semua pun ada di sini. Tolong beli kat sini aje senang. 


cantik tetapi sebab berawan sangat tak nampak sepatutnya ada gunung apa di belakang itu. hehe

bolehlah asalkan ada gambar.

sekadar bergambar di pekan nabalu. 

Temparuli Suspension Bridge di Sabah

Assalam wbt dan Hai,

SHOPEE KAKNA

Sebenarnya kalau kita waze atau google map, ada Temparuli Bridge dan Temparuli Suspension Bridge. aka Jambatan Temparuli. Okay fine. Kita perlu google Temparuli Suspension Bridge which means for pejalan kaki ya. Tidak berapa jauh, maybe dalam 200m sahaja. cuaca cerah ketika ini. kalau tahu nak hujan, kami cepat-cepat ke Kundasang. hihi. Jambatan baru untuk laluan kereta dibina oleh orang British katanya. Jadi jambatan ini semakin kurang menjadi perhatian. Yang kami perhatikan, jambatan baru memendekkan perjalanan kita ke arah Ranau, Kundasang semua itu. kira short-cut lah.


berhadapan kami, ada pasar kecil. area pasar ada banyak tempat parking, jadi jangan risau. maksud pasar lebih kepada pasar basah.



Ini dari arah bertentangan. ada juga tempat parking tapi tak banyak. 

berani sangat-sangat sebab ada dawai besi. tak takut kaki nak terjatuh dan handphone nak terjatuh. hihi. panas litlit, tak ramai yang jalan-jalan di sini. hehe. di bawah tu, Sungai Tuaran jika saya rujuk pada peta di google. Panjang juga Sungai Tuaran ini. 

Sebelum tiba di Temparuli Suspension Bridge, sebenarnya kami terlebih dahulu lalu di hadapan Rumah Terbalik Temparuli. Sungguhpun upside down house pertama dibina di Malaysia, tetapi kami pilih untuk tidak singgah sebab bayaran untuk sekali masuk, RM12. Mahal sangat rasanya. Bergambar pun hanya boleh di bahagian luar rumah. Tidak berbaloi sangat. Tapi jangan risau, parking banyak ya, dan tak risau nak terlepas sebab sign board banyak. 

okay, selepas itu, kami teruskan perjalanan. 


Terima kasih. 

Melawat Desa Dairy Farm, Kundasang - Proses Memerah Susu Lembu

Assalam wbt dan Hai,

SHOPEE KAKNA

Alhamdulillah kami berpeluang untuk melawat Desa Dairy Farm di Desa Mesilou Kundasang. Kedudukannya agak tinggi dan berada di kaki Gunung Kinabalu membuatkan kita rasa sejuk sangat seperti New Zealand Malaysia. Namun begitu, cuaca memang tidak mengizinkan kami bergambar dengan Gunung Kinabalu. Bayaran untuk masuk ke Desa Dairy Farm ialah RM5 untuk dewasa. kanak-kanak berusia 11 tahun ke bawah tidak dikenakan bayaran. hoyyeh.

Saya ada terbaca dalam satu blog, proses memerah susu lembu adalah dalam pukul 3 petang. Oleh kerana kami teringin sangat nak tengok sendiri, jadi kami datang waktu petang. Waktu itu hujan renyai-renyai di pekan Kundasang. Nasib baik bila sudah berada di Desa Dairy Farm, hujan berhenti.


Kami tiba seawal 230 petang, jadi kami pergi dahulu feeding animal. Semuanya ada di situ, hanya perlu jalan kaki untuk menuju ke setiap tempat. hehe... Harga untuk membeli seikat rumput adalah RM1 dan sebotol susu adalah RM1.50. Oleh sebab kami mungkin bukanlah pengunjung terawal, jadi masa kami tiba, anak-anak lembu dan kambing sudah agak kekenyangan. Ada juga yang sudah tiada mood untuk berdiri dan makan. Puas juga pengunjung lain memujuk. Kami berpusing agak lama, dalam 30 minit, barulah rumput dan susu habis. 

 By luck lah ni ada anak kambing nak minum susu.

susah nak ambil gambar sebab Nasuha takut. hehe


Di sinilah tempat susu lembu diperah. Untuk 1 cycle, kandang ini boleh memuatkan lebih kurang 96 ekor lembu. fuhhhh......


Okay cycle dia, ada dua barisan. Setiap baris berjumlah 16 ekor lembu. Satu waktu untuk proses pemerahan susu, mengambil masa lebih kurang 15 minit. Giliran lembu ada beberapa bahagian. 
1. lembu yang diperah susunya (16 x 2)
2. lembu yang sudah siap diperah susunya (16 x 2)
3. lembu dalam waiting list untuk diperah susunya. (16 x 2) 

Bayangkan betapa chaos nya lembu-lembu ini. sudahlah badan besar, tempat sempit pulak. ada juga adegan gaduh-gaduh sondol menyondol. ada juga yang berak merata-rata. haha... nak tunggu turn balik ke kandang punyalah lama, adalah dalam sejam. Lembu bukan sejenis haiwan yang duduk macam manusia ya.. hadoi.  Kami memang teringin hendak melihat sendiri proses ini. Jadi lama juga tunggu hihi. Sambil-sambil tu makan aiskrim. Walaupun cuaca sejuk, keinginan makan aiskrim itu tetap membuak-buak. kakakakakakaa.... di kawasan melihat proses perahan susu ini, tidak ramai sangat, mungkin tidak ramai yang berminat seperti kami. wakakaka. jadi kami dengan senang hati dapat duduk lama-lama. ada cermin kaca okay, dont worry tidaklah berbau sangat. 

sebenarnya kami ada juga melawat ladang lembu. ada juga lembu warna coklat tapi satu dua saja kot.
di sana, nampak staff membersihkan lembu, siap ada yang jolok dari dubur lembu, maybe lembu tu sembelit ke, aku tak pasti. tapi aku tabik spring dengan pekerja ladang lembu sebab tidak jijik. bagus-bagus!

sepatutnya boleh nampak Gunung Kinabalu belakang itu tetapi malangnya hanya nampak kabus... Nasib baik dapat jugak tengok lembu hitam putih . hehe. Bukan senang nak ambil gambar bersama. Ramai sangat weh orang. berduyun-duyun, belum pelancong oversea lagi.

ini saja Kinabalu yang kami dapat tangkap. kahkah. Tapi tapi tapi, kalau sekali tengok dah tak macam Kundasang. 

Aiskrim wajib dibeli

air kotak yang wajib dibeli


Sempat mengepow sticker hihi








oleh sebab sudah beli tiket flight awal, kami tidak dapat check cuaca awal-awal. sudahnya,  sampai-sampai waktu hujan. insha Allah akan ke sana lagi satu hari nanti hihi 😍

2 Feb 2019

Bercuti Di Kundasang, Sabah 2019

Assalam wbt

Malam ini saya mendedikasikan masa untuk menulis panjang pengalaman kami sepanjang di Sabah. Kami merancang percutian ini agak lama. Tiket KLIA ke KKIA berharga RM945 untuk kami berempat, dua dewasa, dua kanak-kanak berumur 2 dan 4 tahun. Saya akan kongsikan beberapa entri yang penting sahaja.

Kami terpaksa skip banyak aktiviti sebab sepanjang lima hari di Sabah, 80% hujan. Sayang jugalah, tiada rezeki hendak menatap Gunung Kinabalu banyak-banyak kali. Yang frustnya, selepas pulang ke KL pada hari Selasa, ada ternampak kawan saya post gambar di Sabah, mereka pergi ke Sabah daripada hari Rabu - Ahad, tidak hujan langsung!!! uwaaaa... macam nak nangis.

Apa-apa pun ini adalah itinerari Sabah yang kami rancang walaupun ada banyak yang terpaksa skip.

Jumlah perbelanjaan belum termasuk tiket kapal terbang. Plus minus saja itu. Mungkin kurang lagi kalau tidak makan sakan macam kami.  

Keseluruhan perjalanan kami. Jauh juga ya.



Suka saya ingatkan di sini, jika kita masuk ke Sabah dan Sarawak, akan melepasi pintu immigration di airport. Kalau orang Semenanjung, akan dapat resit ini ya. Simpan elok-elok sebab apabila kita ingin meninggalkan Sabah atau Sarawak perlu kemukakan semula di kaunter imigresen sebelum naik flight ke KLIA. Kalau anda risau resit ini hilang, boleh saja gunakan passport anda. Simple. Saya ingatkan sebab masa awal-awal dulu, pertama kali saya ke sini, saya simpan sambil lewa, nasib baik terdengar orang berborak di surau dan saya tak terhilangkan, jika tidak pasti sudah didenda. Saya tidak ingat berapa ringgit, tetapi kehilangan resit ini menyamai anda kehilangan passport, terpaksa buat laporan polis dan maybe akan terlepas flight... Semasa kami nak check out di KKIA, ada seorang auntie terhilang resit ini.... Seriouslah..... memang kena marah dengan pegawai imegresen yang sedang bertugas. 

Kalau tanya line telefon okay ke tak? kami pengguna umobile. umobile tiada coverage okay di area Temparuli, terus ke Ranau. fuhhhh.... Memang hanya boleh guna google map sahaja! uwaaa.... tak boleh update ig. haha. tapi kami beli simkad extra, no maxis. memang ada 4G di sini. macam pergi oversea rasanya, siap beli simkad segala...

Kami sewa kereta dengan ZA International, berhubung terus dengan En Zahiril. Kereta Saga lama, RM370 untuk 5 hari 4 malam. Jika ambil dan pulangkan kereta di tempat-tempat lain selain KKIA, akan dikenakan bayaran RM30. Tidak jadilah. hihi. 013 - 8638559. Semasa hantar dan ambil kereta, staff En Zahiril yang akan deal dengan kita. jangan lupa ambil gambar resit, ambil gambar kereta before dan after, jangan lupa mintak resit!!! okay? sebab staff yang hantar kereta, minta RM370 bayaran penuh sedangkan saya sudah bayar RM100 pendahuluan. kira total bayaran RM470. ketika pulangkan kereta, RM100 tak boleh refund. marah juga. nasib baik dapat semula wang. yang penting pastikan resit ada ya....! jangan kena tipu even dengan orang lain-lain. Eh tapi so far, layanan dorang baik dan pantas ya. itu saya puji. 

Akan menyusul nanti post berkaitan Sabah:



Bermalam di Kiram's Village  Pekan Kundasang 



Air Panas Poring Hotspring, Ranau


Muzium Marine UMS

Bermalam di Promenade Service Apartment, KK


Terima Kasih. 



28 Jan 2019

Tasik Shah Alam Bertambah Menarik Dengan Jambatan Kanopi Baru

Assalam wbt


Selepas make-over Tasik Shah Alam, maka terhasillah Jambatan Kanopi yang sangat menarik! Yelah mana tidaknya, jambatan gantung pertama yang ada di tengah2 bandar Shah Alam. waktu panas matahari dalam pukul 12 pun masih ramai berkunjung ke sini. Parking tepi jalan pada laluan basikal, waktu hujung minggu tidak disaman. Kalau hari berkerja, insha Allah kena saman. hihi... Sekarang bolehlah tersenarai dalam tempat menarik di Shah Alam atau di Selangor.

ini jambatan pertama.. mampu menampung beban 11 orang. 






kami nak juga bergambar di "i love Shah Alam".... walaupun sebetulnya kami tinggal di Subang Jaya tetapi kami memang sayang betul Shah Alam. Banyak benda best. Di sini juga ada taman permainan yang disukai oleh kanak-kanak. Memang taknak balik kalau datang sini. Ada juga orang jual bubble RM5 tu kan, tapi kami taknak beli sebab kalau beli pun, mama babah yang main, anak-anak lari-lari saja lepastu ambil masa sejam baru habis. haha... 





Naqib nak bergambar di sini. Ada kawasan yang tinggi, ada kawasan yang rendah yang pasti memang betul-betul beriadah. sebelah Jambatan Kanopi ada tasik ya. Kita boleh masuk kawasan tasik tersebut melalui Taman
Flora  (tak pasti nama apa. hehe) atau dulu namanya Taman Budaya. 

Nah peta Jamabatan Kanopi keseluruhannya. 

25 Jan 2019

Pilihan Restoran Nasi Vanggey di PKNS Shah Alam

Assalam wbt

Vanggey bermaksud Mari. Jadi apabila nampak tulisan "Vanggey" besar sangat tu, rasa terpanggil nak cuba makan nasi vanggey.

Nasi Vanggey di PKNS Shah Alam boleh ditemui di tingkat bawah.
Apabila makan, rasa nak makan lagi, nak makan lagi. Memang sangat sedap.
Harga yang berpatutan. Pilihan lauk yang banyak.


yang paling sedap bila makan, dengan kuah warna orange tu. itu yang menambah selera sangat2.

Saya cuba juga cari resepi tapi belum terjumpa. hihi... kalau tak, boleh juga dikreditkan di sini....



24 Jan 2019

Review Air Fryer Jenama Birkeshire

Assalam wbt

Pada dua bulan yang lalu, saya telah membeli air fryer jenama Birkeshire sempena Lazada 11.11 Cyber Sale. Tunggu offer sampai pukul 2 pagi. Berbaloi juga sebab harga asal air fryer tersebut RM189 sebelum pos, tapi dapat RM164 termasuk pos. kira penjimatan berganda juga. Tapi sekarang dah naik harga sikit di Shopee tapi okaylah tu kan.





Gambar ehsan google sebab lupa nak ambil gambar yang sebenar. Didatangkan dengan bungkusan yang kemas. Sangat berbaloi. Warranty setahun. kena pandai2 baca komen semua, survey sehabis yang baik baru boleh membeli. Kuasa membeli di tangan anda! chewah... Sebenarnya jenama Amgo dan Russell Taylors memang kerap keluar dalam iklan, namun tidak menarik minat saya. sebab banyak juga baca warranty dan penghantaran tidak berapa bagus.

Tetapi bagi saya sebenarnya semuanya bergantung kepada nasib kalau kita guna poslaju atau sewaktu dengannya ini. kemungkinan barang dicampak-campak ketika dipindahkan sangat tinggi. berdoa sahaja dapat yg elok-elok dan tak merugikan duit anda.



So far, saya gunakan sangat bagus. Penjimatan minyak berganda-ganda. 

Petua yang saya dapat melalui pembacaan
1. jangan basuh ketika air fryer masih panas. biarkan sekurang-kurangnya 30 minit atau memang sudah sejuk barulah dibasuh
2. basuh dengan kain lembut supaya tidak bercalar. kalau calar, maybe ada tindakan kimia ke atas besi tersebut. bahaya juga...

Berapa lama masa pembakaran menggunakan air fryer? saya pun kurang pasti. Tetapi untuk jenama Birkeshire, terdapat gambar arahan yang kita boleh ikut. seperti fries, suhu mesti 180 degree, masa dalam 12 minit. kalau banyak kuantiti, dalam 18 minit. suhu pembakaran mesti 180 degree, yang berubah hanya masanya sahaja. sebab apa, kalau saya gunakan suhu 160 degree atau yang lebih sedikit, memang tak masak terutamanya ayam. 

Kalau nak masukkan apa-apa yang masih frozen pun boleh! tiada masalah. letak dan tinggal. jimat masa, jimat minyak, bersih pulak. Cumaaaaaaaaaaaaaa,,,, yang tidak berapa best ialah kalau kita biarkan makanan yang dimasak air fryer terlalu lama, makanan akan menjadi keras.. contohnya fries. serious keras!

oh ya, Air fryer tidak boleh menggantikan tugas oven okay! nak masak pizza ke? jangan cubalah. sebab kalau letak roti piza, cheese, sosej contohnya, semuanya mengeras ! haha. memang air fryer. habis dry semua. 

************************************

UPDATE 2022, masih boleh digunakan. Kalau nak tahan lama, sila alas penggorengan dengan aluminium foil. Kemudian letak minyak sikit okay, takat renjis-renjis manja saja. Basuh sesudah sejuk! Jangan lupa. Lepastu nombor dia pun makin lama makin hilang, takpe korang buka je gambar yg ada merata kat internet, boleh dah agak. Kalau dah biasa guna, boleh tahu nak pusing sampai mana. hehe


Okay, sekian perkongsian daripada saya... Terima kasih. 

22 Jan 2019

68 Mutiara Kata untuk Tahun 2019

Assalam wbt dan Hai

SHOPEE KAKNA

Entri pertama pada tahun ini ialah 68 Mutiara Kata / Kata-kata Hikmah supaya kita lebih bersemangat insha Allah.

1)        Empty pocket teaches you a million things in life but full pocket spoils you in a million ways

2)       Sometimes you have to forget what’s gone, appreciate what still remains, and look forward to what’s coming next

3)       Bila orang berkongsi kebaikan dan kita mengatakan mereka show-off kita perlu check hati kita

4)      Ya Allah jadikanlah aku redha dengan keputusanMu sehingga aku tidak suka meminta agar dipercepat apa yang Engkau tunda dan minta tunda apa yang Engkau percepatkan

5)      Before you judge how I live my life, I suggest you take a good at your own

6)      Life is too short to waste time hating anyone

7)      Di dunia ini tidak ada kata ‘gagal’ yang ada hanyalah pintu kejayaan yang ditunda

8)      Disappointments are just God’s way of saying “I have got something better”. Be patient, live life and have faith

9)      Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi noktahnya kerana seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain biarpun tanpa bayangnya

10)    Sebaik-baik manusia yang tinggi akhlaknya kerana disukai Allah dan juga RasulNya dan disenangi manusia seluruhnya akhlak mulia ibarat bunga

11)      Selalu benar kau manjakaman matamu memandang keindahan, kelak kau mudah menjadi pelupa. Selalukan pujuk matamu memandang kedaifan kelak kau akan menjadi pengingat

12)     Hati ibarat tanah dia boleh gersang, hati gersang tidak akan menumbuhkan lagi pokok-pokok kebaikan. Hati gersang disebabkan tidak berzikir, hati tidak selalu mengingati mati

13)     Think big – bermimpilah kita setinggi langit jika kita jatuh masih di antara bintang

14)    None can destroy iron but its own rust can! Likewise, none can destroy a person, but his own mindset can

15)    When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile

16)    When a girl tells you about her problems, it doesn’t mean that she is complaining, it means she trusts you love

17)    Isn’t it strange how LOVE can be the happiest thing ever, but also coz the most pain and yet everyone keeps searching for it

18)    The most beautiful line is “But I love you” . the most painful line is “I love you, but…”

19)    Sahabat yang baik akan cuba membantu ketika kita berada dalam kesusahan bukan menghilang

20)   Biar putus cinta dengan manusia asalkan tidak putus cinta dengan Allah. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik, namun jika putus cinta dengan DIA, apa lagi yang nak digantikan?

21)     Tidakkah hasil tuaian lidah manusia itulah yang menghumbankan muka mereka dalam neraka (Hadith riwayat Tarmizi, An Nasai, Ibn Majah & Ahmad)

22)    Friend is a collection of hearts, ready to give, share and unserstand. It never fades and never ends.  It only reminds us life is not perfect without a friend

23)    Bertemu jodoh dengan orang yang kamu cintai mungkin satu kebetulan tapi mencintai siapa jodohmu adalah kewajipan

24)   Di dunia ini tidada kata “gagal”. Yang ada hanyalah pintu kejayaan yang tertunda

25)   Terkadang Allah hadirkan insan-insan yang baik di sekeliling kita mungkin kerana mereka, wasilah buat kita, untuk terus tetap dalam kebaikan

26)   Adakalanya kesalahan itu membuatkan seseorang itu membaiki diri. Tidak pernah berslaah itu, boleh mendatangkan “sombong diri”. Itulah dia satu kesilapan yang tak disedari

27)   Love is knowing that the other person will always be with you regardless of what happens missing the other person when they are away but remaining near in heart all times.

28)   Love is the source of security

29)   Saudaramu yang sebenarnya ialah yang bersmaamu. Yang sanggup berkorban demi kebagaiaanmu, kalau ada sesuatu yang menimpamu, ia sanggup meninggalkan sesiapapun untuk bersamamu (Saidina Ali)

30)   Learn to pray not because you need something but coz you ought to thank HIM for everything

31)     Kadang-kadang Allah tak memberikan apa yang kita mahu tetapi memberikan apa yang kita perlu

32)    Selagi kita bergantung kepada Allah, sungguh kita tidak akan pernah jumpa perkataan “kecewa” dalam kamus hidup kita. Yang penting “Yakin”

33)    Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam syurga mana yang dia suka

34)   When im right no one remembers, when im wrong no one forgets

35)   Kita dihidupkan hari ini bukan untuk menyambung maksiat semalam melainkan untuk kembali mencari pengampunan Tuhan

36)   Someone once asked me, “why do you insist on taking the hard rock?” I replied, “why do you assume I see two roads?”

37)   Clear your mind of cant

38)   You see things and you say “why?” but I dream things that never were, and I say “why not?”

39)   I love you not for what you are but what I am when I am with you

40)  Looking back live this to regret that too often when I loved, I didn’t say so

41)    The greatest use of life is to spend it for something that will outlast it

42)   The toughest part of getting to the top of the ladder, is getting through the crowd at the bottom

43)   The longest journey of any person is the journey inward

44)  It is better to have loved and lost than never to have lost at all

45)  The tragedy of life is not that it ends so soon, but that we wait so long to begin it

46)  Half of our life is spent trying to find something to do with the time we have rushed through life trying to save

47)  Love is like violin, the music may stop now and then but tie string remains forever

48)  Challenges are what make life interesting, overcoming them is what makes life meaningful

49)  Painting is just another way of keeping a diary

50)  We should not let success go to our heads, or our failures go to our hearts

51)    The impossible is often the untried

52)   Success seems to be largerly a matter of hanging an after others have let go

53)   Worry doesn’t empty tomorrow of its sorrow, it empties today of its strength

54)  The best way out is always through

55)   Silence is one of the hardest arguments to refute

56)  Self-confidence is the first requisite to great undertakings

57)   Remember that what you believe will depend very much on what you are

58)   If you are not big enough to lose, you are not big enough to win

59)  Love is ice, enjoy it before it melts

60)  Life is something that everyone should try at least once

61)    When you are content to be simply yourself and don’t compare or compete, everybody will respect you

62)   A hero is no braver than an ordinary man, but he is braver 5 minutes longer

63)   Success usually comes to those who are too busy to be looking for it

64)  It is possible to fail in many ways while to succeed is possible only in one way

65)  Enjoy your life today coz yesterday had gone and tomorrow may never come

66)  There’re things that are known and things that are unknown and in between there are doors

67)  The fearless are merely fearless, people who act in spite of their fear are truly brave

68)  The purpose of life is to live a life a purpose
·