TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

2 Feb 2019

Bercuti Di Kundasang, Sabah 2019

Assalam wbt

Malam ini saya mendedikasikan masa untuk menulis panjang pengalaman kami sepanjang di Sabah. Kami merancang percutian ini agak lama. Tiket KLIA ke KKIA berharga RM945 untuk kami berempat, dua dewasa, dua kanak-kanak berumur 2 dan 4 tahun. Saya akan kongsikan beberapa entri yang penting sahaja.

Kami terpaksa skip banyak aktiviti sebab sepanjang lima hari di Sabah, 80% hujan. Sayang jugalah, tiada rezeki hendak menatap Gunung Kinabalu banyak-banyak kali. Yang frustnya, selepas pulang ke KL pada hari Selasa, ada ternampak kawan saya post gambar di Sabah, mereka pergi ke Sabah daripada hari Rabu - Ahad, tidak hujan langsung!!! uwaaaa... macam nak nangis.

Apa-apa pun ini adalah itinerari Sabah yang kami rancang walaupun ada banyak yang terpaksa skip.

Jumlah perbelanjaan belum termasuk tiket kapal terbang. Plus minus saja itu. Mungkin kurang lagi kalau tidak makan sakan macam kami.  

Keseluruhan perjalanan kami. Jauh juga ya.



Suka saya ingatkan di sini, jika kita masuk ke Sabah dan Sarawak, akan melepasi pintu immigration di airport. Kalau orang Semenanjung, akan dapat resit ini ya. Simpan elok-elok sebab apabila kita ingin meninggalkan Sabah atau Sarawak perlu kemukakan semula di kaunter imigresen sebelum naik flight ke KLIA. Kalau anda risau resit ini hilang, boleh saja gunakan passport anda. Simple. Saya ingatkan sebab masa awal-awal dulu, pertama kali saya ke sini, saya simpan sambil lewa, nasib baik terdengar orang berborak di surau dan saya tak terhilangkan, jika tidak pasti sudah didenda. Saya tidak ingat berapa ringgit, tetapi kehilangan resit ini menyamai anda kehilangan passport, terpaksa buat laporan polis dan maybe akan terlepas flight... Semasa kami nak check out di KKIA, ada seorang auntie terhilang resit ini.... Seriouslah..... memang kena marah dengan pegawai imegresen yang sedang bertugas. 

Kalau tanya line telefon okay ke tak? kami pengguna umobile. umobile tiada coverage okay di area Temparuli, terus ke Ranau. fuhhhh.... Memang hanya boleh guna google map sahaja! uwaaa.... tak boleh update ig. haha. tapi kami beli simkad extra, no maxis. memang ada 4G di sini. macam pergi oversea rasanya, siap beli simkad segala...

Kami sewa kereta dengan ZA International, berhubung terus dengan En Zahiril. Kereta Saga lama, RM370 untuk 5 hari 4 malam. Jika ambil dan pulangkan kereta di tempat-tempat lain selain KKIA, akan dikenakan bayaran RM30. Tidak jadilah. hihi. 013 - 8638559. Semasa hantar dan ambil kereta, staff En Zahiril yang akan deal dengan kita. jangan lupa ambil gambar resit, ambil gambar kereta before dan after, jangan lupa mintak resit!!! okay? sebab staff yang hantar kereta, minta RM370 bayaran penuh sedangkan saya sudah bayar RM100 pendahuluan. kira total bayaran RM470. ketika pulangkan kereta, RM100 tak boleh refund. marah juga. nasib baik dapat semula wang. yang penting pastikan resit ada ya....! jangan kena tipu even dengan orang lain-lain. Eh tapi so far, layanan dorang baik dan pantas ya. itu saya puji. 

Akan menyusul nanti post berkaitan Sabah:



Bermalam di Kiram's Village  Pekan Kundasang 



Air Panas Poring Hotspring, Ranau


Muzium Marine UMS

Bermalam di Promenade Service Apartment, KK


Terima Kasih. 



No comments: