TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

3 Feb 2019

Melawat Desa Dairy Farm, Kundasang - Proses Memerah Susu Lembu

Assalam wbt dan Hai,

SHOPEE KAKNA

Alhamdulillah kami berpeluang untuk melawat Desa Dairy Farm di Desa Mesilou Kundasang. Kedudukannya agak tinggi dan berada di kaki Gunung Kinabalu membuatkan kita rasa sejuk sangat seperti New Zealand Malaysia. Namun begitu, cuaca memang tidak mengizinkan kami bergambar dengan Gunung Kinabalu. Bayaran untuk masuk ke Desa Dairy Farm ialah RM5 untuk dewasa. kanak-kanak berusia 11 tahun ke bawah tidak dikenakan bayaran. hoyyeh.

Saya ada terbaca dalam satu blog, proses memerah susu lembu adalah dalam pukul 3 petang. Oleh kerana kami teringin sangat nak tengok sendiri, jadi kami datang waktu petang. Waktu itu hujan renyai-renyai di pekan Kundasang. Nasib baik bila sudah berada di Desa Dairy Farm, hujan berhenti.


Kami tiba seawal 230 petang, jadi kami pergi dahulu feeding animal. Semuanya ada di situ, hanya perlu jalan kaki untuk menuju ke setiap tempat. hehe... Harga untuk membeli seikat rumput adalah RM1 dan sebotol susu adalah RM1.50. Oleh sebab kami mungkin bukanlah pengunjung terawal, jadi masa kami tiba, anak-anak lembu dan kambing sudah agak kekenyangan. Ada juga yang sudah tiada mood untuk berdiri dan makan. Puas juga pengunjung lain memujuk. Kami berpusing agak lama, dalam 30 minit, barulah rumput dan susu habis. 

 By luck lah ni ada anak kambing nak minum susu.

susah nak ambil gambar sebab Nasuha takut. hehe


Di sinilah tempat susu lembu diperah. Untuk 1 cycle, kandang ini boleh memuatkan lebih kurang 96 ekor lembu. fuhhhh......


Okay cycle dia, ada dua barisan. Setiap baris berjumlah 16 ekor lembu. Satu waktu untuk proses pemerahan susu, mengambil masa lebih kurang 15 minit. Giliran lembu ada beberapa bahagian. 
1. lembu yang diperah susunya (16 x 2)
2. lembu yang sudah siap diperah susunya (16 x 2)
3. lembu dalam waiting list untuk diperah susunya. (16 x 2) 

Bayangkan betapa chaos nya lembu-lembu ini. sudahlah badan besar, tempat sempit pulak. ada juga adegan gaduh-gaduh sondol menyondol. ada juga yang berak merata-rata. haha... nak tunggu turn balik ke kandang punyalah lama, adalah dalam sejam. Lembu bukan sejenis haiwan yang duduk macam manusia ya.. hadoi.  Kami memang teringin hendak melihat sendiri proses ini. Jadi lama juga tunggu hihi. Sambil-sambil tu makan aiskrim. Walaupun cuaca sejuk, keinginan makan aiskrim itu tetap membuak-buak. kakakakakakaa.... di kawasan melihat proses perahan susu ini, tidak ramai sangat, mungkin tidak ramai yang berminat seperti kami. wakakaka. jadi kami dengan senang hati dapat duduk lama-lama. ada cermin kaca okay, dont worry tidaklah berbau sangat. 

sebenarnya kami ada juga melawat ladang lembu. ada juga lembu warna coklat tapi satu dua saja kot.
di sana, nampak staff membersihkan lembu, siap ada yang jolok dari dubur lembu, maybe lembu tu sembelit ke, aku tak pasti. tapi aku tabik spring dengan pekerja ladang lembu sebab tidak jijik. bagus-bagus!

sepatutnya boleh nampak Gunung Kinabalu belakang itu tetapi malangnya hanya nampak kabus... Nasib baik dapat jugak tengok lembu hitam putih . hehe. Bukan senang nak ambil gambar bersama. Ramai sangat weh orang. berduyun-duyun, belum pelancong oversea lagi.

ini saja Kinabalu yang kami dapat tangkap. kahkah. Tapi tapi tapi, kalau sekali tengok dah tak macam Kundasang. 

Aiskrim wajib dibeli

air kotak yang wajib dibeli


Sempat mengepow sticker hihi








oleh sebab sudah beli tiket flight awal, kami tidak dapat check cuaca awal-awal. sudahnya,  sampai-sampai waktu hujan. insha Allah akan ke sana lagi satu hari nanti hihi 😍

No comments: