Selepas make-over Tasik Shah Alam, maka terhasillah Jambatan Kanopi yang sangat menarik! Yelah mana tidaknya, jambatan gantung pertama yang ada di tengah2 bandar Shah Alam. waktu panas matahari dalam pukul 12 pun masih ramai berkunjung ke sini. Parking tepi jalan pada laluan basikal, waktu hujung minggu tidak disaman. Kalau hari berkerja, insha Allah kena saman. hihi... Sekarang bolehlah tersenarai dalam tempat menarik di Shah Alam atau di Selangor.
ini jambatan pertama.. mampu menampung beban 11 orang.
kami nak juga bergambar di "i love Shah Alam".... walaupun sebetulnya kami tinggal di Subang Jaya tetapi kami memang sayang betul Shah Alam. Banyak benda best. Di sini juga ada taman permainan yang disukai oleh kanak-kanak. Memang taknak balik kalau datang sini. Ada juga orang jual bubble RM5 tu kan, tapi kami taknak beli sebab kalau beli pun, mama babah yang main, anak-anak lari-lari saja lepastu ambil masa sejam baru habis. haha...
Naqib nak bergambar di sini. Ada kawasan yang tinggi, ada kawasan yang rendah yang pasti memang betul-betul beriadah. sebelah Jambatan Kanopi ada tasik ya. Kita boleh masuk kawasan tasik tersebut melalui Taman
Nah peta Jamabatan Kanopi keseluruhannya.
No comments:
Post a Comment